Dengan aplikasi MAE Maybank2u pelanggan boleh mengakses perkhidmatan perbankan dengan mudah dan selamat, tanpa perlu ke cawangan bank. Aplikasi ini boleh didapati di Google Play Store atau App Store untuk pengguna Android atau iOS.
Anda juga boleh gunakan ciri send and request money pada aplikasi MAE Maybank2u. Ciri ni boleh memudahkan Anda untuk meminta duit, sebagai contoh meminta bayaran atau hutang daripada rakan-rakan dan keluarga. Anda boleh menetapkan nilai sesuatu pembayaran dan menghantar pemintaan bayaran tersebut kepada seseorang yang dituju.
Sekiranya Anda nak tahu cara request duit guna MAE Maybank2u, Anda boleh follow step di bawah ni.
Cara Request Duit Guna MAE Maybank2u
Jadi, dalam artikel ini, kami nak berkongsi dengan Anda cara untuk menghantar pemintaan kepada orang lain untuk membayar kepada Anda. Berikut langkah-langkah cara menggunakan ciri Send & Request Money dari apps MAE Maybank.
- Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi MAE, pada bahagian Quick Acctions ini, tekan pada Send & Request.
- Untuk minta bayaran dari rakan atau keluarga Anda, tekan pada Request Money.
- Disini, ia akan paparkan Nombor Telefon Rakan dan Keluarga Anda yang berdaftar dengan MAE dan pilih saja senarai ini.
- Selepas itu, Anda perlu masukkan nilai permintaan bayaran tersebut pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Right di bawahnya.
- Kemudian, sahkan permintaan bayaran tersebut dengan menekan pada Send Request.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status permintaan bayaran ini.
- Kemudian, rakan atau keluarga akan menerima notifikasi dari MAE berkenaan permintaan bayaran dari Anda.
- Sama ada mereka boleh tekan terus pada notifikasi ini atau pergi ke bahagian Send & Request dan tekan pada pemintaan Anda.
- Seterusnya, mereka perlu tekan pada Pay Now.
- Selepas itu, mereka perlu pilih dari akaun mana untuk buat bayaran ini da tekan pula pada Send Now untuk meneruskan bayaran ini.
- Akhir sekali, mereka perlu tekan pada Approve untuk membenarkan permintaan bayaran ini.
- Anda akan menerima notifikasi MAE apabila pemintaan bayaran ini telah dibayar.
- Selesai.
Kalau Anda menggunakan ciri meminta duit di MAE Maybank2u, pastikan Anda hanya meminta duit daripada individu yang Anda kenali dan percayai. Juga, pastikan Anda memahami terma dan syarat yang terkandung dalam perkhidmatan ini sebelum menggunakannya.
Jadi, setakat itu sahaja artikel kami kali ini semoga perkongsian diatas dapat membantu Anda.