Apps MAE Maybank2u adalah sebuah aplikasi perbankan mudah alih yang disediakan oleh Maybank Malaysia. Aplikasi ini membolehkan pelanggan Maybank mengakses perkhidmatan perbankan melalui telefon pintar atau tablet.
Dengan menggunakan MAE Maybank2u, pelanggan boleh melakukan berbagai jenis transaksi perbankan seperti membuat bayaran bil, menyemak baki akaun, memindahkan wang antara akaun dan menyemak sejarah transaksi.
Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk mengakses perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti pembelian tiket wayang dan membeli belian dalam talian.
Cara Setup eWallet MAE
Yang belum ada akaun MAE lagi, Anda boleh download app MAE di PlayStore atau apple App Store.
- Pertama-tama Anda Uninstall Aplikasi MAE.
- Seterusnya Anda Install kembali Aplikasi MAE.
- Kemudian Anda buka sahaja aplikasi MAE, dia akan paparkan macam ni kan, seterusnya Anda Next sahaja.
- Pada menu Terms & Conditions Anda klik pada butang Agree.
- Kemudian Anda tengok ke atas, contoh ewallet MAE Anda, Anda boleh Login.
- Jadi nak setup nak Login, Anda boleh klik pada butang Log In Now.
- Kemudian dia akan bagi dua pilihan kepada Anda.
- Sekiranya Anda dah ada ewallet MAE dah pun dah ada akaun Maybank2u, Anda pilih yang mula-mula sahaja iaitu Existing M2U/MAE User? Log In Here.
- Kalau Anda belum ada akaun MAE dan tak ada akaun maybank2u Anda boleh pilih No Account? Apply for A MAE Account Now.
- Contoh bila Anda nak setup balik ewallet MAE, lalu Anda perlu pilih Existing M2U/MAE User? Log In Here.
- Kemudian Anda masukkan Username Maybank2u Anda, selesai masukkan Username tekan Next.
- Kemudian Anda pastikan Security Imej Anda, pastikan betul.
- Bila betul Anda boleh klik pada Yes, It’s Mine.
- Lepas tu barulah Anda masukkan Password, ini adalah Password Maybank2u Anda.
- Kemudian dia akan meminta Anda Set PIN Number untuk Aplikasi MAE, walaupun sebelumnya Anda dah punya akaun MAE tetapi Anda perlu set sekali PIN Number Anda, bila Anda Uninstall Aplikasi MAE atau guna Device baharu.
- Jadi Anda perlu setlah 6-Digit Pin untuk MAE ewallet.
- Biometric ID ni kalau Anda nak Enable boleh, dan tak nak Enable pun boleh. Contoh bila Anda nak Enable, Anda tekan pada butang Enable Now.
- Kalau nak skip Anda tekan allow untuk Biometric ID.
- Seterusnya Anda verify dahulu Mobile Number yang, lalu Anda boleh tekan pada Yes, Proceed.
- Tunggu OTP Anda sampai ke telfon, dia kirim dalam bentuk SMS. Lepas tu Anda masukkan OTP tersebut. Bila dah masuk Anda tekan right pada bahagian bawah tu.
- Kemudian Anda tunggu hingga selesai, lalu Anda masukkan nama Anda, nama ni akan dipaparkan dalam ewallet MAE Anda.
- Kemudian dia akan minta Anda untuk Set Primary Account, contoh bila Anda set untuk MAE seterusnya Anda pilih pada MAE.
- Seterusnya Anda kena klik Skip sahaja.
- Set Up Successful, lalu Anda tekan Done.
- Selesai, jadi Anda boleh tengok ewallet Anda.
MAE Maybank2u juga menyediakan fitur-fitur keselamatan yang tinggi untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan dan transaksi pengguna.
Pengguna boleh mengaktifkan notifikasi SMS atau e-mel untuk setiap transaksi yang dilakukan melalui aplikasi ini, serta menggunakan kod pengesahan sebelum melakukan transaksi.
Sekiranya Anda nak transfer duit ke ASB, Anda boleh ikuti step dalam artikel cara transfer MAE Maybank2u ke ASB.
Kalau nak remove akaun MAE macam mana ye? Buat masa ni kami pun tak jumpa option untuk terminate. Yang kami jumpa dalam web maybank, untuk close acc MAE Anda kena call maybank support group 1300 88 6688.
Itulah langkah macam mana nak setup ewallet MAE, semoga dapat membantu Anda.