Cara Daftar Maybank2u Online dan Melalui Telefon

Posted on

Kami akan kongsikan bagaimana cara mendaftar akaun Maybank2u yang betul dan pasti berjaya. Sebetulnya cara register maybank2u online banking ini sangat mudah sebab hanya perlukan beberapa langkah sahaja.

Anda boleh mendaftar secara online selepas itu Anda boleh menikmati pelbagai kemudahan yang ada di internet banking Maybank2u.

Cara Mudah Daftar Maybank2u Online
Cara Mudah Daftar Maybank2u Online

Apa Itu Maybank2u?

Maybank2u merupakan perkhidmatan perbankan online atau dikenali internet banking. Maybank melancarkan maybank2u untuk membantu memudahkan pelanggan membuat pelbagai urusan kewangan secara online.

Dengan menggunakan maybank2u, Anda boleh lakukan pelbagai transaksi seperti:

  • Pembayaran bil
  • Pembayaran hutang sewa, loan kereta, perumahan
  • Pengiriman wang dalam dan luar negeri
  • Semak baki akaun Maybank
  • Print penyata bank
  • Dan banyak lagi

Untuk mendaftar maybank2u Anda boleh gunakan peranti laptop, tablet, komputer PC atau smartphone, pastikan sambungan internet Anda stabil.

Anda boleh gunakan maybank2u pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

Kemaskini Nombor Telefon Maybank di ATM

Pertama sekali pastikan nombor telefon Anda telah berdaftar di Maybank, sekiranya Anda ingin daftar atau kemaskini no telefon Maybank baru boleh ikuti langkah berikut.

Step 1, kemaskini nombor telefon. Untuk kemaskini nombor telefon Anda boleh pilih buat di mesin ATM Maybank ataupun di Kaunter.

  1. Masukkan Kad ATM
  2. Lalu masukkan nombor PIN.
  3. Kemudian pada menu utama tekan Maybank2u/Phone Banking/ATM SMS Alerts Lain-Lain. Cara Mudah Daftar Maybank Online Banking Portal via ATM
  4. Seterusnya pilih Kemaskini Tel.Bimbit M2U TACCara Mudah Daftar Maybank Online Banking via ATM
  5. Nanti akan keluar sistem amaran, lalu tekan Teruskan.
  6. Kemudian anda masukkan nombor telefon, dan tekan Ya.
  7. Selesai kemaskini nombor telefon.

Untuk makluman, tukar no telefon buka bermaknan no TAC. No TAC tu macam no PIN tapi dihantar melalui SMS dari pihak bank, jadi tak boleh tukar no TAC lagipun no tu sentiasa berubah setiap kali kita Request untuk TAC. Tetapi boleh tukar no telefon di ATM.

Sekiranya paparan Menu Utama ditayangkan, sila pilih Maybank2U/Phone Banking/ATM SMS Alerts. Sila pilih menu Kemaskini Tel. Bimbit M2U TAC. Pada ruangan yang diberikan pada laman seterusnya, masukkan nombor telefon bimbit Anda yang sah dan aktif. Seterusnya, tekan Ya. Proses mendaftar nombor telefon Anda selesai.

Cara Kemaskini Nombor Telefon di Kaunter

Bagi mereka yang nak kemaskini nombor telefon melalui kaunter Maybank, Anda perlu bawa kad pengenalan, dan mestilah pemilik akaun.

  1. Kunjungi cawangan Maybank terdekat
  2. Ambil nombor giliran, kemudian beritahu pegawai bank bahawa Anda nak buat penukaran no telefon
  3. Pegawai bank akan minta kad pengenalan dan tanyakan beberapa soalan seperti nama ibu bagi tujuan proses pengesahan.
  4. Selesai

Cara Daftar Maybank2u Online

Selepas Anda mengkemaskini no telefon, langkah seterusnya iaitu register Maybank2u.

Step 2, register akaun Maybank melalui Maybank2u portal.

  1. Buka Portal Maybank2u.com.my
  2. Selanjutnya Anda tekan butang Register Now. Register Maybank Online Banking via Maybank2u Portal
  3. Masukkan Nombor KAD ATM
  4. Kemudian masukkan PIN ATM
  5. Klik pada I Agree With The Terms & Conditions
  6. Lalu tekan butang Continue Register Maybank Online Banking via Maybank2u Website
  7. Seterusnya Nombor OTP akan dihantar ke nombor telefon yang sebelumnya anda kemaskini
  8. Lalu Anda perlu cek atau semak pada mesej (SMS) telefon Anda.

Step 3, Anda perlu isi butiran yang diminta untuk daftar Maybank2u online

  1. Masukkan Username, dan Password
  2. Lalu masukkan kata laluan korang sekali lagi untuk Confirm Password
  3. Seterusnya anda masukkan Email Addres
  4. Untuk Promo Code anda boleh abaikan sahaja.
  5. Lepas tu anda masukkan Nombor OTP yang telah dihantar ke mesej tadi
  6. Kemudian tekan butang Confirm

Register Maybank Online Banking via Maybank2u

Step 4, Kemudian Sahkan Kesalamatan Akaun Maybank2u anda

  1. Pilih Gambar Keselamatan Cara Daftar Maybank Online Banking
  2. Lalu Isikan Security Phrase
  3. Kemudian pilih Challenge Question 1
  4. Isikan Answer 1
  5. Seterusnya pilih Challenge Question 2
  6. Lalu isikan Answer 2
  7. Pilih Challenge Question 3
  8. Seterusnya isikan Answer 3
  9. Lalu tekan butang Submit, dan butang Done. Cara Daftar Akaun Maybank2u Online Banking
  10. Korang telah berjaya untuk mendaftar akaun Maybank2u

Nota: Sekiranya Anda telah buat pendaftaran dekat ATM, arahan nya kene buat dekat cawangan Maybank bukan bermakna ATM yang Anda guna tu bermasalah.

Sekarang ini untuk daftar Anda mesti kena ke kaunter dan untuk kemaskini boleh dibuat di mesin ATM.

Cara Daftar Maybank2u Melalui Telefon

Sekarang ni pendaftaran Maybank2u hanya boleh di buat melalui kaunter sahaja. Sila pergi ke mana-mana cawangan Maybank terdekat, pastikan membawa kad pengenalan dan kad ATM Anda ye.

Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa soalan lazim yang sering ditanyakan.

1. Kad ATM saya hilang, lepas tu saya dah buat kad baru, orang kata kaunter tu cakap saya kena daftar lain untuk Maybank2u, maknanya saya kena perlu update no telefon saya dulu ke kat mesin ATM?

Anda tak perlu ke mesin ATM pun, Anda boleh terus daftar sebab masa Anda buat kad ATM pegawai maybank dah update dah nombor telefon Anda.

2. Orang bank cakap saya register kena guna username baru (Maybank2u yang lama tak boleh pakai dah sebab saya dah tukar kad baru) password guna yang lama pun tak apa.

Tidak ada masalah pun, Anda daftar dulu dekat portal maybank2u lepas tu baru login dekat apps maybank2u.

3. Sebelum ni saya ada buat maybank2u tapi dah bertahun tak pakai bila nak log in balik dah tak boleh, kenapa macam tu?

Cuba Anda reset password ye, kalau tak boleh jugak Anda call Maybank untuk aktifkan maybank2u Anda.

4. Kalau no simkad lama kena block sebab salah password dan simkad lama dah luput dan nak kemaskini no baru di mesin ATM boleh ke?

Anda dah pernah daftar ke maybank2u sebelum nie? Kalau dah Anda boleh kemaskini di mesin ATM tapi kalau belum pernah, Anda kena ke kaunter ye.

Sekiranya Anda menghadapi masalah semasa proses mendaftar akaun Maybank2u, Anda boleh hubungi Maybank Careline:

  • Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Luar Negara)

Jadi itu sahaja perkongsian kami mengenai cara daftar maybank2u online. Semoga perkongisan pada artikel ni bermanfaat.