Maybank2u adalah perkhidmatan untuk transaksi perbankan melalui rangkaian internet yang disediakan oleh Maybank.
Pelanggan dapat menggunakan komputer desktop, laptop, tablet, atau telefon pintar yang disambungkan ke internet sebagai penghubung antara peranti pelanggan dan sistem bank Maybank2u.
Kemaskini No Telefon Maybank Online
Maybank menggunakan TAC sebagai salah satu sistem keselamatan ketika melakukan transaksi perbankan.
TAC atau Transaction Authorisation Code adalah kod atau kata laluan pengesahan satu kali yang terdiri daripada 6 digit yang unik dan rahsia yang biasanya dihantar melalui SMS atau e-mel.
TAC berfungsi sebagai keselamatan tambahan. Ia bertindak melindungi daripada akses tidak dibenarkan ke akaun Anda.
Prosedur Request TAC
Jika Anda belum tahu bagaimana nak guna TAC, sila lihat langkah-langkah dibawah:
- Log masuk ke Maybank2u.
- Untuk transaksi terpilih yang memerlukan TAC, pilih butang Permintaan untuk TAC (Request for TAC).
- Mesej akan dipaparkan memberitahu pelanggan TAC akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan.
- Masukkan nombor TAC 6 digit yang diterima melalui SMS.
Untuk mendapatkan kod TAC, Anda mestilah mempunyai nombor telefon yang telah berdaftar di perbankan Maybank.
Sekiranya Anda telah mempunyai nombor berdaftar dan ingin menukar nombor tersebut dengan nombor baru untuk keperluan TAC, berikut kami kongsikan cara-caranya.
Cara Tukar No Telefon Maybank2u Melalui ATM
Sila pergi ke mesin ATM Maybank terdekat, seterusnya sila ikuti langkah-langkah dibawah:
- Masukkan kad ATM dan nombor PIN.
- Pada menu utama pilih Makluman Maybank2u/Perbankan Telefon/ATM Lain-lain.
- Pilih Kemas kini M2U TAC Mobile.
- Sistem akan memaparkan nota amaran: Sila daftarkan nombor telefon bimbit Anda sendiri dan bukan pihak ketiga untuk melindungi transaksi perbankan internet Anda.
- Masukkan nombor telefon bimbit baru.
Cara Tukar Nombor Telefon Maybank2u di Cawangan Bank
Sila pergi ke cawangan Maybank terdekat dengan membawa kad pengenalan, buku simpanan dan kad ATM. Seterusnya ikuti langkah-langkah dibawah:
- Lawati mana-mana cawangan Maybank.
- Lengkapkan borang permohonan kemas kini / ubah nombor telefon bimbit TAC.
- Pegawai bank akan terus mendaftar TAC.
Sekiranya Anda berada di luar negara, sila guna cara dibawah:
- Dail (603) 78443696.
- Pilih Bahasa.
- Tekan 0 (Cakap dengan Ejen Pusat Panggilan).
- Ejen Pusat Panggilan untuk mengesahkan identiti pemanggil.
- Maybank akan menghantar e-mel kepada pelanggan.
- Pelanggan untuk melengkapkan dan membalas e-mel dengan dokumen sokongan.
- Permohonan akan diproses dalam masa 5 hari bekerja.
Jika Anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan Maybank2u, sila hubungi customer service Maybank melalui nombor 1-300 88 6688 atau +603-7844 3696 (Overseas).