Cara Dapatkan Semula Username Password AGRONet

Posted on

Pelanggan Agrobank dikehendaki untuk sering menukar password AGROnet mereka untuk meningkatkan keselamatan akaun mereka. Ini penting kerana password yang lama mungkin telah disalahgunakan oleh pihak yang tidak dikenali atau mungkin telah diketahui oleh orang lain.

Dengan menukar password secara berkala, Anda dapat memastikan bahawa hanya Anda yang memiliki akses ke akaun Agrobank Anda.

Sekiranya Anda ingin reset password ataupun dapatkan semula username dan password AGRONet, Anda boleh ikuti step di bawah ini.

Cara Dapatkan Semula Username dan Password AGRONet

Cara Dapatkan Semula Username AGRONet

Berikut adalah beberapa cara yang boleh Anda gunakan jika Anda menghadapi masalah terlupa username atau kata laluan AGRONet Anda. Sila rujuk panduan lengkap dalam artikel ni.

  1. So untuk langkah yang pertama, sudah pasti Anda perlu ke website https://www.agronet.com.my
    Cara Dapatkan Semula Username dan Password AGRONet
  2. Bagi yang Lupa Username, Anda perlu klik dekat bahagian Forgot My Username.
    Cara Dapatkan Semula Username dan Password AGRONet
  3. Nanti dia akan keluar paparan macam ni, sekarang Anda perlu masukkan 16 Digit, nombor akaun Agrobank Anda, nombor ni Anda boleh dapatkan dekat kaunter ataupun dekat mesin ATM.
  4. Seterusnya Anda perlu masukkan 16 Digit nombor kad ATM Anda, nombor kad ATM ni adalah nombor yang dipaparkan dekat kad ATM Agrobank Anda.
  5. Kemudian pula Anda perlu masukkan 6 Digit Nombor PIN ATM Anda, nombor PIN ni adalah nombor yang Anda masukkan masa Anda menggunakan mesin ATM, ataupun masa Anda dalam melakukan pembayaran dekat pasar raya.
  6. Lepas Anda dah siap masukkan kesemua maklumat yang diperlukan Anda perlu klik pada bahagian Confirm.
    Cara Dapatkan Semula Username dan Password AGRONet
  7. So automatik dekat sini sistem akan paparkan Username untuk agronet Anda, dan Anda dah boleh login seperti biasa.
  8. Simple sahaja kan cara dapatkan Username AGRONet Anda.

Cara Dapatkan Semula Password AGRONet

Langkah di bawah ini khas untuk mereka yang terlupa kata laluan ataupun yang nak reset password AGRONet.

  1. Bagi yang terlupa Kata Laluan pula, Anda perlu klik pada Forgot my Password.
    Cara Dapatkan Semula Username dan Password AGRONet
  2. Kemudian dekat sini Anda perlu masukkan Username Agronet Anda.
  3. So kepada Anda yang terlupa Username Agrobank tu Anda bolehlah follow step yang dah kami tunjukkan tadi.
  4. Lepas Anda dah siap masukkan Username untuk AGRONet, Anda perlu masukkan pula 16 digit nombor akaun Agrobank Anda.
  5. Lepas tu Anda juga perlu masukkan 16 Digit Nombor Kad ATM Anda.
  6. Seterusnya Anda perlu masukkan 6 Digit Nombor PIN Kad ATM Agrobank Anda.
  7. Lepas Anda dah isi kesemua maklumat yang diperlukan, Anda klik lagi sekali Continue.
    Cara Dapatkan Semula Username dan Password AGRONet
  8. Dan dekat sini Anda perlu cipta Password yang baru untuk akaun AGRONet Anda.
  9. Untuk Password yang baru ni, sila pastikan Anda gabungkan huruf dan juga nombor.
  10. Lepas tu Anda perlu gunakan 8 Hingga 12 Karakter, dan yang paling penting tak boleh ada simbol.
  11. So ini adalah contoh Password yang mungkin Anda boleh guna : Iyasaya87*, Normal76!, Salinau529#
  12. Lepas Anda dah siap cipta dan masukkan Password yang baru. Seterusnya pula Anda perlu salin semula Password yang Anda cipta tadi, lepas tu Anda klik Confirm.
    Cara Dapatkan Semula Username dan Password AGRONet
  13. So Anda dah pun berjaya reset Password yang baru untuk akaun AGROnet Anda.
    Cara Dapatkan Semula Username dan Password AGRONet guna Online Portal
  14. Lepas tu Anda boleh login guna Username dan Password Anda yang baru.
    Cara Dapatkan Semula Username dan Password AGRONet guna Online Website Portal
  15. Lepas tu Anda boleh buat transaksi Agrobank secara online.

Username dan password merupakan dua maklumat penting dalam sistem keselamatan perbankan internet. Username mengidentifikasi pengguna unik sementara password memberikan akses ke dalam akaun pengguna tersebut.

Oleh itu, penting bagi setiap pengguna perbankan internet AGRONet untuk memastikan bahawa mereka memilih username dan password yang kuat dan tidak mudah diketahui oleh orang lain.

Kalau Anda nak update no telefon Agrobank, Anda boleh baca artikel ni cara kemaskini no telefon Agrobank.

Soalan Lazim

Pertanyaan dan jawapan di bawah ini mungkin boleh bantu Anda.

1. Nak tanya macam kad bank saya tak aktif, boleh ke nak daftar online?

Tak boleh, Anda kena buat kad baru lepas tu baru boleh daftar online banking.

2. Kalau kita pernah daftar AGROnet ni tapi dah tidak aktif macam mana ye nak aktifkan balik?

Anda kena call customer service Agrobank ye.

3. Dah buat semua macam dalam artikel diatas tapi masih tak dapat (Invalid username/password)?

Mungkin akaun Anda dah kena blok. Anda kena call customer service Agrobank ye.

4. Nak buat semua ni kena daftar dahulu di bank ya?

Iya betul, Anda kena daftar dulu sebagai pengguna akaun AGRONet.

5. Kalau bank kita kena sekat tak boleh ambil duit kat bank?

Boleh je, Yang tidak boleh hanyalah online Banking sahaja ye.