Sebagai pelanggan Agrobank, mungkin Anda sering gunakan perbankan internet Agrobank atau dikenali sebagai AGRONet. Perbankan internet AGRONet sangat berguna untuk membantu uruskan semua transaksi dalam akaun Agrobank secara online sehingga boleh jimatkan masa dan kos.
Dengan AGRONet, kini pengguna tidak perlu lagi pergi ke ATM atau beratur di cawangan Agrobank untuk transaksi transfer duit atau kelauarkan duit. Namun, sebelum pengguna boleh akses perbankan internet AGRONet, pengguna mesti mempunyai username atau password AGRONet.
Bagi Anda yang telah mempunyai akaun AGRONet tapi terlupa kata laluan AGRONet ataupun nak reset password AGRONet, Anda boleh ikuti step di bawah ini.
Cara Reset Password Agrobank Online AGRONet
Sebelum Anda menukar password AGRONet, pastikan Anda sudah mempunyai:
- Nombor Akaun Agrobank
- Nombor Kad ATM
- Nombor PIN
Sekiranya Anda telah mempunyai syarat diatas, sila ikuti step berikut ini.
- Lawati website AGRONet
- Klik Forgot my Password.
- Masukkan Username akaun Anda.
- Pada Account Number (16 digits), masukkan akaun nombor akaun Anda.
- Pada ATM Card Number, masukkan nombor Kad ATM akaun Anda.
- Pada ATM PIN Number, masukkan nombor PIN ATM Anda. Klik Continue.
- Seterusnya Anda perlu cipta kata laluan yang baru untuk AGRONet Anda.
- Seterusnya pula Anda perlu salin semula kata laluan yang Anda cipta tadi, lepas tu Anda klik Confirm.
- Tahniah, Anda kini dapat login menggunakan kata laluan baru.
Kemudian untuk mengelakkan masalah terlupa kata laluan pada masa hadapan, kami mengesyorkan Anda untuk membuat kata laluan dengan gabungan huruf dan nombor yang mudah di ingat.
Setakat ini, Anda telah berjaya mendaftar semula Perbankan Internet Agrobank. Seterusnya, Anda boleh log masuk ke AgroNet melalui HP, PC atau laptop dengan memasukkan username dan kata laluan baharu yang telah dibuat sebelum ini.
Sekiranya Anda ingin menukar no telefon Agrobank, Anda boleh follow step dalam artikel cara kemaskini nombor telefon Agrobank secara online.
Itulah maklumat mengenai cara mengatasi terlupa kata laluan AGRONet ataupun reset password AGRONet. Selain lebih praktikal sebab tak perlu pergi ke cawangan Agrobank, kaedah di atas juga tidak mengenakan sebarang bayaran/kos (percuma).