Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u Online

Posted on

ASNB dan Maybank adalah dua syarikat yang berbeza, tetapi mereka bekerjasama dalam memberikan peluang pelaburan kepada rakyat Malaysia.

Maybank merupakan salah satu bank terbesar di Malaysia dan telah lama menyediakan perkhidmatan kewangan. ASNB pula adalah syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Melalui kerjasama ini, pelanggan Maybank boleh mengakses pelaburan ASNB dengan lebih mudah dan cepat. Pelanggan boleh melakukan pembelian dan penjualan unit trust ASNB di kaunter Maybank atau melalui sistem online Maybank2u.

Tentu sahaja ni boleh memudahkan pelanggan untuk melabur dalam pelaburan saham yang selamat dengan hanya perlu berurusan dengan satu institusi kewangan sahaja.

Perkongsian kali ini adalah cara membuat pemindahan wang ataupun transfer duit ke akaun ASNB menggunakan aplikasi Maybank2u.

Tapi sebelum tu Anda perlu ingat bahwasannya transaksi ini hanya boleh bermula pada pukul 7 pagi sehingga 6 petang, pada hari ahad hingga jumat.

Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u

Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u

Maybank juga menyediakan perkhidmatan bimbingan pelaburan kepada pelanggan yang ingin melabur dalam pelaburan ASNB.

Pengurus bimbingan pelaburan Maybank akan memberikan nasihat dan panduan kepada pelanggan mengenai pelaburan yang sesuai dengan profil risiko dan matlamat pelaburan.

So kepada Anda yang nak transfer duit ke ASNB, Anda boleh follow step berikut:

  1. Untuk bahagian permulaan, Anda perlu log in dulu akaun Maybank2u Anda.
    Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u via Online Banking
  2. Kemudian pada paparan utama Maybank2u ni Anda perlu klik pada Pay & Transfer. Seterusnya Anda klik pula Transfer.
  3. Dibahagian Transfer Form ini Anda masukkan nombor akaun Maybank Anda, kemudian untuk Transfer To ni pula Anda perlu pilih ASNB Account.
    Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u via Online Banking Portal
  4. Nombor ASNB account akan dipaparkan secara automatik.
  5. Sekiranya Anda mempunyai akaun ASNB, so Anda klik pada akaun ASNB Anda, tapi sekiranya Anda nak transfer ke akaun ASNB orang lain, contohnya Anda nak transfer ke akaun ASNB Anda, Anda perlu klik pada bahagian New Transfer.
    Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u via Banking Portal
  6. So dekat sini Anda perlu pilih produk ASNB Anda dan Anda masukkan nombor ahli atau nombor ASNB Anda.
  7. Anda pilih Jenis ID, sama ada New ID, Old IC ataupun Police. Dah pilih, Anda masukkan pula nombor kad pengenalan Anda, lepas tu Anda masukkan lah jumlah wang yang Anda nak transfer.
  8. Dibahagian relationship Anda pilih salah satu kesesuaian Anda. Untuk tujuan transfer ini pula dia ada dua, Anda boleh pilih salah satu. Macam kami, kami nak buat Savings.
    Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u via Banking Website
  9. Lepas tu bila dah siap, Anda baca lah terma dan syarat yang dipaparkan kalau Anda dah okey Anda perlu klik pada butang Transfer.
    Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u via Internet Banking
  10. Lalu Anda proceed lah stepnya macam mana lagi, sekiranya Anda nak membuat pemindahan ke akaun ASNB Anda, Anda berbalik semula kepada step yang awal tadi yang mana Anda perlu klik pada nombor akaun ASNB Anda.
  11. Lepas tu Anda masukkan jumlah wang yang Anda nak transfer, lalu Anda klik pada kotak deklaration terma dan syarat ni, lepas tu Anda klik Transfer.
    Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u via Internet Banking Portal
  12. So nanti dia akan paparkan butiran transaksi, pastikan lah nombor akaun ASNB Anda betul, kalau dah betul, Anda baru Request TAC.
    Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u guna Internet Banking
  13. Dan masukkan nombor TAC yang Anda terima tadi pada SMS Anda, lepas tu barulah Anda klik Confirm.
    Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u guna Internet Banking Portal
  14. So Anda dah pun berjaya membuat pindahan daripada akaun Maybank2u Anda direct ke akaun ASNB Anda, tapi sebelum tu Anda perlu ingat dia mempunyai caj sebanyak RM1.
    Cara Transfer Duit Ke ASNB Guna Maybank2u guna Banking Website
  15. Kalau Anda guna myASNB dia tak ada caj, tapi bila Anda menggunakan macam ni dia ada caj sebanyak RM1.

Secara keseluruhannya, kerjasama ASNB dengan Maybank ini memberikan peluang pelaburan yang lebih baik dan mudah kepada pelanggan Maybank dan memudahkan pelanggan untuk menyertai dalam pelaburan saham di Malaysia.

Kalau nak keluarkan duit ASB, Anda boleh ikuti step dalam artikel ni cara keluarkan duit ASB secara online.

Soalan Lazim

Di bawah ni adalah beberpa soalan lazim mengenai ASNB.

1. Kalau nak transfer ke acc anak, pilih ASNB didik ke? Dan no ahli tu mana nak dapat? yang dekat buku tu ke?

Kami rasa elok Anda call customer service ASNB ye.

2. Kenapa lambat duit masuk ASB ke Maybank ya, dia dekat 2 hari memang begitu ke firstime buat?

Biasanya ambil masa 3 hari bekerja ye.

3. Apa beza saving dengan investment tu? Kalau saving tu tak dapat interest ke?

Sama je sebenarnya tapi kalau ASB kita selalu guna term investment, saving pun ada faedah ye.