Hari ini kami akan membincangkan mengenai cara-cara untuk transfer duit daripada TNG eWallet ke bank. TNG eWallet merupakan salah satu aplikasi mudah alih yang memudahkan kita untuk melakukan transaksi wang tanpa perlu membawa duit tunai.
Bagi sesiapa yang menggunakan TNG eWallet, pasti ada situasi di mana kita perlu memindahkan wang dari TNG eWallet ke akaun bank kita.
Sebelum ni, ramai yang risau nak guna TNG eWallet sebab takut duit tak boleh transfer ke akaun bank. Tapi sekarang, dengan kemudahan yang disediakan, Anda boleh transfer duit dengan mudah.
Apakah DuitNow
DuitNow adalah satu sistem pembayaran elektronik yang dicipta oleh Bank Negara Malaysia. Ia membolehkan individu atau syarikat untuk membuat pembayaran secara mudah dan pantas menggunakan akaun bank mereka.
DuitNow ni sangat mudah digunakan. Anda hanya perlu masukkan nombor telefon atau MyKad (untuk individu) atau nombor pendaftaran syarikat (untuk syarikat) untuk membuat pembayaran. Selain itu, Anda boleh juga gunakan QR code untuk membuat pembayaran.
Kelebihan lain DuitNow ialah ia membolehkan pembayaran 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. So, Anda tak perlu risau kalau nak buat pembayaran pada waktu yang tidak biasa seperti waktu malam atau hujung minggu.
Kelebihan Touch N GO eWallet
TNG eWallet adalah satu aplikasi pembayaran mudah yang membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan telefon pintar mereka. Berikut adalah beberapa kelebihan TNG eWallet:
- TNG eWallet mudah digunakan dan membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan hanya beberapa klik sahaja.
- Pengguna TNG eWallet boleh membuat kod QR sendiri dan menggunakan kod QR tersebut untuk menerima pembayaran daripada pelanggan.
- TNG eWallet sering menawarkan promosi dan diskuan yang menarik bagi pengguna mereka.
- Pengguna TNG eWallet boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membuat pembayaran di kedai-kedai dan restoran yang menyokong aplikasi tersebut.
- TNG eWallet dilindungi dengan lapisan keselamatan yang tinggi dan ia telah menjadi aplikasi yang dipercayai di Malaysia.
- TNG eWallet membolehkan pengguna mereka mengumpul point yang boleh ditebus untuk mendapatkan hadiah dan ganjaran yang menarik.
- Dengan TNG eWallet, pengguna boleh mengurangkan penggunaan wang kertas dan mengurangkan jumlah sampah di persekitaran.
Sekarang DuitNow dah tersedia dalam aplikasi Touch N GO atau TNG eWallet. Jika Anda nak cuba transfer duit dari TNG ke akaun Bank, Anda boleh ikuti step di bawah ni ye.
Cara Transfer Duit TNG eWallet ke Bank
Sebelum Anda transfer duit TNG ewallet ke bank, Anda perlu download aplikasi TNG eWallet di Playstore dan Appstore, lepas tu Anda tengok langkah-langkah berikut:
- Anda buka TNG eWallet dan Anda pilih Transfer.
- Untuk transfer dia ada 2 jenis, eWallet Transfer dan DuitNow.
- Anda pilih DuitNow.
- Lepas tu, Anda tekan Transfer To dan Anda pilih Bank/E-Wallet Account.
- Pilih Bank mana yang Anda nak transfer.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Untuk Transfer Type, Anda boleh pilih Fund Transfer.
- Lepas tu Anda masukkan berapa Amount yang Anda nak transfer.
- Dekat bahagian bawah tu Anda boleh tulis note.
- Lepas tu Anda klik pada butang Confirm Transfer.
- Lalu Anda masukkan No PIN dan transfer duit TNG eWallet ke bank telah berjaya.
Senang kan? Dan yang bestnya, transfer duit dari TNG eWallet ke akaun bank ni sangat pantas. Anda tak perlu risau nak tunggu lama-lama.
Selain itu, TNG eWallet juga mempunyai had jumlah minimum untuk transfer duit. Jadi, pastikan jumlah yang Anda nak transfer melebihi had minimum.
Macam mana cara topup TNG eWallet ni? Mudah je, jom follow artikel cara topup TouchNGo guna FPX online banking.
Itulah beberapa langkah mudah untuk memindahkan wang dari TNG eWallet ke akaun bank. Pastikan Anda mempunyai baki yang mencukupi dan semua butiran yang dimasukkan adalah betul dan tepat.