Cara Aktifkan Overseas Spending Visa TouchnGO e-Wallet

Posted on

Sebelum Anda nak pergi ke luar negara atau mencuba makanan luar negara, Anda kena pastikan dulu setting dalam aplikasi TouchNGo eWallet Anda dah betul.

Kalau tak, boleh jadi malapetaka bila Anda tercari-cari duit dalam poket depan, tapi wallet TouchNGo eWallet Anda macam taknak bersahabat dengan ATM luar negara. Mungkin Anda pernah dengar pasal Overseas Spending Visa TouchNGo eWallet, kan? Nah, setting ni sebenarnya penting, tapi ramai yang tak reti nak buat.

Jadi, masalahnya adalah ramai yang terlupa nak aktifkan fungsi ni sebelum pergi melancong. Agak-agaknya, kalau dah sampai kat kedai nak bayar guna VISA TouchNGo eWallet, pastu ternampak cashier senyum sambil geleng kepala, confirm setting Overseas Spending Anda belum aktif. Betul tak? Ha, tu la masalahnya.

Lagipun, Overseas Spending ni bukan setakat nak beli barang je, kalau nak ambil duit kat mesin ATM luar negara pun, kena pastikan setting ni on point. Kalau tak, boleh jadi Anda berangan nak jalan-jalan, tapi poket kering sebab tak boleh keluarkan duit.

Cara Aktifkan Overseas Spending Visa TouchnGO
Cara Aktifkan Overseas Spending Visa TouchnGO

Cara Aktifkan Overseas Spending Visa TNG e-Wallet

Nak selesai masalah ni tak susah pun, cuma kena tahu langkah betul je. So, kalau Anda nak tahu cara nak aktifkan Overseas Spending Visa TouchNGo eWallet ni, teruskan bacaan Anda.

  1. Pertama sekali, buka aplikasi TNG eWallet anda dan pastikan anda telah pun login account TNG eWallet anda. Contoh aku ada login jadi nampaklah gambar yang aku telah upload dalam aplikasi TNG ewallet aku.
  2. Untuk buat tetapan Overseas Spending anda kena tekan pada icon Visa Card dibawah. menu apk TNG eWallet
  3. Dan sekiranya anda tak nampak icon Visa Card tu seperti ni anda boleh tekan pada More dan boleh cari didalam bahagian More tersebut. kalau ada nampak icon seperti Visa Card anda tekan sahaja Visa Card tersebut.
  4. Kemudian dia akan buka paparan Visa Card seperti ni.  visa card tng ewallet
  5. Anda boleh nampak nombor tu memang dia tak tunjuk habis dia hanya tunjuk 4-Digit terakhir. Kalau anda nak tengok keseluruhan maklumat tu anda kena tekan pada Card Details.
  6. Oke untuk artikel ni memang aku nak tunjuk cara nak enable Overseas Spending, jadi nak enable Overseas Spending bagi card VISA TouchNGo eWallet Anda kena tekan pada Card Security.
  7. Dan dia akan minta aunthentication face aunthentication anda scan muka anda, selalunya Anda scan sekali dia akan terus masuk.
  8. Kalo dia minta PIN anda masukan PIN code eWallet TouchNGo anda. Ini adalah PIN code bagi aplikasi eWallet TouchNGo, kat sini aku tak tunjuk lah aku letak di luar screen camera, jadi aku masukan saja number PIN e-Wallet TouchNGo aku.
  9. Number PIN ni anda kena ingat oke, sebab anda number PIN Anda save waktu mula-mula Anda daftar eWallet TouchNGo.
  10. Oke bila dah berjaya masukan number PIN yang betul, Anda nak buat paparan seperti ini yaitu Card Security. card security tng
  11. Jadi anda boleh tengok dekat Overseas Spending memang dia disable, Anda perlu tekan bagi dia naik jadi warna Hijau jadi automatic dia adalah pada status buka aktiviti lah Anda sah kan. Nah bila jadikan dia warna Hijau so fungsi Overseas Spending tu dah di aktifkan.

Anda dah boleh pakai card VISA TouchNGo Anda di luar negara. Boleh pakai buat pembelian ataupun boleh buat pengeluaran cash dimana-mana mesin ATM di luar negara.

Sekiranya kad TNG Anda tak boleh dikesan, baca ni ye cara mengatasi kad Touch N Go tidak dikesan NFC.

Cara Disable Overseas Spending Visa TNG

Aku  nak kongsi cara macam mana nak matikan Overseas Spending ni, senang je!

  1. Pertama, buka la apps TNG eWallet dalam telefon Anda.
  2. Kat paparan utama, Anda nampak tak icon Visa Card tu? Klik la kat situ.
  3. Dalam tu, cari pilihan Card Security.
  4. Pastu, dia suruh Anda tengok muka atau masukkan PIN eWallet.
  5. Lepas tu, Anda akan sampai kat paparan Card Security. Cari la bahagian Overseas Spending.
  6. Nah, kat situ, Anda nampak tak button kat sebelah kanan? Tekan je kat situ, pastu dia jadi kelabu.
  7. Congrats, Anda berjaya matikan Overseas Spending kat kad Visa Anda!

Senang, kan? Jadi, bila Anda dah balik Malaysia, jangan lupa la follow langkah-langkah ni.