Bayar bil-bil bulanan seperti bil air dan bil elektrik memang menjadi satu rutin bagi kebanyakan rakyat Malaysia.
Namun, dengan kemajuan teknologi, kini kita boleh memudahkan lagi proses pembayaran ini dengan menggunakan Touch n Go eWallet.
Dengan aplikasi ini, kita boleh membayar bil-bil bulanan dengan lebih mudah dan pantas tanpa perlu kena pergi kaunter bayaran.
Bayaran bil air dan bil elektrik dengan menggunakan Touch n Go eWallet mempunyai banyak kelebihan. Yang paling ketara adalah kemudahan dan kecepatan dalam pembayaran.
Anda tidak perlu beratur di kaunter pembayaran atau mencari mesin ATM untuk membuat pembayaran. Anda hanya perlu membuka aplikasi Touch n Go eWallet di telefon pintar Anda dan membuat pembayaran dengan beberapa klik sahaja.
Cara Bayar Bil Elektrik Melalui TNG
Cara bayar bil elektrik dan bil air melalui Touch n Go sangat mudah kerana ia boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Jika Anda ingin mencuba bayar bil air dan elektrik, berikut kami kongsikan bagaimana cara bayar bil electrik dan bil air melalui aplikasi Touch n GO eWallet.
- Langkah pertama Anda buka aplikasi Touch ‘N Go eWallet.
- Pastikan total balance ni cukup untuk bayar bil elektrik, jika tidak cukup Anda boleh click reload untuk topup duit.
- Untuk bayar electric Anda klik pada Bills.
- Kemudian Anda klik Bills.
- Update terbaru dia boleh bayar untuk electric, lalu Anda klik pada Bills.
- Klik pada Tenaga Nasional Berhad.
- Kemudian Anda masukkan Nombor Akaun, rujuk Bil Electric.
- So Anda masukkan Nombor Akaun Bil Electric Anda.
- Pastikan Anda masukkan Nombor Akaun yang betul.
- Kemudian Anda masukkan Amount yang Anda nak bayar, minimum 3 Ringgit.
- Bila Anda tekan pada Amount, dia akan keluar nama pemilik akaun dan outstanding Bill Amount yag Anda perlu bayar.
- Jadi Anda masukkan sesuai dengan jumlah Amount yang tertera.
- Setelah Anda masukkan jumlah yang Anda nak bayar, kemudian Anda klik Pay Now.
- Kemudian Anda masukkan nombor PIN aplikasi Touch ‘N Go eWallet Anda.
- Sekiranya pembayaran dah berjaya, Anda boleh Screeshoot Resit pembayaran Anda.
- Kemudian Anda klik Done.
- Selesai
Cara Bayar Bil Air Touch N Go
Sekarang, marilah kita lihat bagaimana cara untuk membuat pembayaran bil air danm enggunakan Touch n Go eWallet.
- Langkah sama seperti tadi, Anda klik pada Bills.
- Anda pilih pada bahagian Bills.
- Anda boleh skroll kebawah, kemudian Anda pilih contoh Anda pilih Air Kedah.
- Langkah seterusnya Anda masukkan nombor akaun bil SADA, pastikan Anda masukkan nombor Akaun yang betul.
- Kemudian Anda masukkan Amount yang Anda nak bayar.
- Lalu Anda tekan Pay Now.
- Seterusnya Anda masukkan Nombor PIN.
- Anda dah pun berjaya membayar bil air.
- Seperti biasa Anda boleh Screeshoot Resit pembayaran bil air Anda.
- Kemudian Anda klik Done.
Dengan menggunakan Touch n Go eWallet untuk membayar bil-bil bulanan seperti bil air dan bil elektrik, kita boleh menjimatkan masa, wang dan mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.
So, jangan tunggu lagi, mula gunakan Touch n Go eWallet untuk membuat pembayaran bil-bil bulanan Anda hari ini.
Soalan Lazim
Berikut soalan yang mungkin boleh membantu Anda.
1. Kalau Sarawak macam mana bayar electric bill bayar sarawak energy?
Ya, rujuk bil kalo semenanjung TNB, kalo sarawak kami tak tahu pasti.
2. Saya punya bil eletrik kena bayar rm228 tapi boleh tak kalau saya bayar RM100 dulu?
Boleh je, nanti baki RM128 lagi tu akan jadi tunggakan untuk bil bulan akan datang.