Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang ingin menukar nama akaun bil elektrik seperti pindah rumah atau tukar pemilik. Jangan risau, proses tukar nama akaun bil elektrik ini sangat mudah dan cepat.
Anda boleh tukar akaun elektrik melalui portal myTNB kalau Anda berpindah ke rumah baru yang dah ada pemasangan elektrik. Kalau Anda beli rumah daripada pemilik sebelumnya atau nak daftar nama sendiri untuk akaun elektrik sebagai penyewa, Anda boleh tukar penyewaan tu.
Di bawah ini kami kongsikan langkah-langkah cara tukar nama akaun bil elektrik secara online menggunakan portal myTNB.
Cara Tukar Nama Akaun Bil Elektrik Secara Online
Jadi dalam artikel ni kami akan tunjukkan bagaimana cara untuk membuka akaun serta memohon pertukaran penyewaan atau charge tenancy di portal myTNB melalui browser di telefon masing-masing.
- Pertama sekali, Anda layari laman portal myTNB melalui browser https://www.mytnb.com.my
- Pada laman ini Anda log masuk ke akaun myTNB seperti biasa.
- Jika Anda belum mempunyai akuan myTNB, tekan pada New Here? Register Now! untuk membuka akaun tersebut.
- Setelah log masuk, pada bahagian ini, tekan pada i am and individual bagi tujuan kegunaan sebagai pemilik atau penghuni kediaman.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Confirm.
- Seterusnya, Anda perlu memilih jenis kediaman dan status kediaman tersebut sama ada Anda adalah pemilik atau sebaliknya.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Next.
- Sekiranya Anda pertama kali membuka akaun, terus scrool ke bawah dan pergi ke bahagian I Want to Apply for New Electricity Account dengan menekan butang Get Started.
- Pada laman ini, Anda perlu isikan alamat kediaman tersebut pada ruangan yang disediakan.
- Pastikan alamat tersebut adalah betul dan tepat untuk memudahkan pencarian melalui sistem.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Seterusnya, Anda perlu memilih tujuan permohonan ini pada senarai yang diberikan serta jenis pemilikan kediaman tersebut.
- Anda juga perlu menyediakan dokumen seperti yang diminta, ini untuk memudahkan proses permohonan seperti salinan IC, sekiranya sudah selesai tekan butang Start Application.
- Pada laman ini, isikan butiran diri Anda. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Save And Proceed.
- Seterusnya, Anda perlu isikan maklumat premis seperti yang diminta. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Save And Proceed.
- Pada bahagian Documents & Acknowledgement pula, Anda perlu memuat naik dokumen seperti yang diminta dan lengkapkan saja proses tersebut sehingga selesai.
- Akhir sekali, selepas Anda telah bersetujui dengan terma dan syarat yang dinyatakan, tekan butang Submit.
- Kemudian, ia akan memaparkan status permohonan Anda beserta nombor rujukan.
- Mengikut pengalaman kami, sekiranya permohonan Anda mempunyai masalah atau ada kesilapan, pihak mereka akan terus menghubungi Anda.
Sekarang Anda telah berjaya tukar nama akaun bil elektrik TNB, so kami nasihatkan Anda untuk ketahui cara bayar bil TNB melalui aplikasi myTNB agar Anda tak perlu beratur di kaunter dan boleh jimatkan masa.
Itulah beberapa langkah mudah yang perlu anda lakukan untuk tukar nama akaun bil elektrik. Ingatlah bahawa proses ini tidak memerlukan banyak masa atau usaha, jadi jangan risau. Jika anda memerlukan sebarang bantuan atau maklumat lanjut, sila hubungi customer service TNB.