Cara Daftar Akaun myTNB Melalui Portal / App Online

Posted on

myTNB App merupakan satu aplikasi yang membolehkan pengguna-pengguna TNB mengakses dan menguruskan bil elektrik mereka dengan lebih mudah dan pantas.

Tak perlu lagi beratur panjang di kaunter TNB atau menunggu surat bil elektrik dihantar ke rumah. Dengan myTNB App, semua urusan bil elektrik boleh dilakukan dengan hanya beberapa klik sahaja.

Dengan menggunakan portal dan aplikasi myTNB, Anda boleh bayar bil elektrik TNB secara online tanpa perlu beratur di kaunter. Anda boleh guna browser atau aplikasi myTNB untuk membuat pembayaran dengan mudah.

Selain itu, jika Anda nak tukar nama pada bil elektrik kepada penyewa atau pembeli rumah baru, myTNB App juga boleh bantu!

Cara Daftar Akaun myTNB

Cara Daftar Akaun Melalui Portal myTNB

Jadi dalam artikel ini, kami nak kongsi dengan cara untuk melakukan pendaftaran akaun myTNB melalui browser di telefon masing-masing.

Anda juga boleh melakukan pendaftaran ini melalui aplikasi mytnb dan proses pendaftaran tersebut lebih kurang sama.

  1. Pertama sekali, Anda google saja laman portal MyTNB melalui mana-mana browser.
  2. Kemudian, pada laman ini, untuk mula mendaftar, tekan pada New Here? Register Now!
    Cara Daftar Akaun myTNB via Online
  3. Seterusnya, Anda dikehendaki untuk mengisi alamat Emel dan Kata Laluan pada ruangan yang disediakan.
  4. Sekiranya sudah selesai, tekan butang Register.
    Cara Daftar Akaun myTNB via Online Portal
  5. Selepas itu, Anda dikehendaki untuk mengisi maklumat diri seperti Nama, Jenis Pengenalan Identiti, Nombor IC dan Nombor Telefon pada ruangan yang disediakan.
  6. Kemudian, tekan pada kotak di bawah sebagai tAnda persetujuan dengan Terma dan Syarat dari mytnb.
    Cara Daftar Akaun myTNB via Online Portal
  7. Seterusnya, tekan butang Create My Account dan Anda perlu masukkan 6 Digit Kod yang diterima pada bahagian ini untuk pengesahan.
    Cara Daftar Akaun myTNB via Online Website
  8. Kemudian, ia akan paparkan status akaun Anda.
    Cara Daftar Akaun myTNB guna Online Portal Website
  9. Untuk membuat pengesahan akaun melalui emel, Anda perlu buka emel tersebut dan pastikan Anda telah memasang aplikasi mytnb terlebih dahulu.
  10. Pada email ini, Anda tekan pada butang Verify Email Address dan ia akan terus buka aplikasi mytnb dimana akaun Anda telah diaktifkan.
    Cara Daftar Akaun myTNB guna Online Portal
  11. Selepas ini, Anda boleh log masuk untuk melakukan pembayaran Bil & Lain-Lain Urusan.
    Cara Daftar Akaun myTNB guna Online Website

Cara Daftar myTNB melalui App myTNB

Untuk mendaftar aplikasi myTNB, Anda perlu memuat turun aplikasi myTNB dari Google Playstore atau App Store terlebih dahulu

  1. Selepas dipasang, buka aplikasi myTNB dan klik butang Daftar atau Sign Up atau Register.
  2. Anda perlu mengisi butiran seperti nombor akaun TNB Anda, nama penuh Anda, emel, dan nombor telefon bimbit.
  3. Pastikan Anda memasukkan butiran yang tepat dan betul agar pendaftaran Anda dapat diproses dengan lancar.
  4. Setelah mengisi butiran, tekan butang Hantar atau Submit.
  5. myTNB App akan menghantar kod pengesahan (Verify Email Address) ke nombor telefon bimbit Anda ataupun emel.
  6. Masukkan kod tersebut di dalam aplikasi myTNB untuk mengesahkan akaun Anda.
  7. Selepas akaun Anda disahkan, Anda boleh log masuk ke dalam aplikasi myTNB dengan menggunakan emel dan kata laluan yang telah Anda tetapkan semasa pendaftaran.

Anda kini boleh mengakses maklumat bil elektrik Anda, membuat pembayaran bil elektrik, serta menguruskan akaun TNB Anda dengan lebih mudah dan pantas menggunakan myTNB App.

Kalau Anda mempunyai baki dalam akaun TNG, Anda boleh ikuti step cara bayar bil TNB guna Touch n GO ye.

So, tak perlu lagi risau tentang lupa membayar bil elektrik atau beratur panjang di kaunter TNB. Semuanya boleh dilakukan dengan myTNB App.

Jadi, jangan tunggu lagi, muat turun myTNB App sekarang dan daftar akaun myTNB untuk nikmati kemudahan yang disediakan.