Siapa yang tak kenal dengan TNB kan? TNB ni adalah syarikat bekalan elektrik kebangsaan kita di Malaysia.
Setiap bulan kita akan terima bil elektrik dari TNB. Kadang-kadang bila kita tengok jumlah bil tu memang boleh buat kita terkejut jugak la. Tapi, sebenarnya ada banyak sebab kenapa bil TNB kita boleh naik.
Antara sebab-sebab kenapa bil TNB boleh naik adalah seperti penggunaan elektrik yang berlebihan. Contohnya, kalau kita biasa sangat guna aircond, air panas dan sebagainya, memang la bil TNB kita akan jadi lebih tinggi.
Tak lupa juga kalau kita guna peralatan elektrik yang banyak dan tak padamkan bila tak digunakan. Jangan malu-malu nak padamkan peralatan elektrik bila tak guna ye Anda, sebab ia boleh menjimatkan bil TNB kita tau.
Bil elektrik merupakan salah satu bil utiliti yang perlu Anda bayar setiap bulan. Bil elektrik TNB mempunyai butir-butir seperti tarikh bil, jumlah bil, tarikh akhir pembayaran, jumlah unit penggunaan elektrik dan lain-lain.
Cara Bayar Bil TNB Guna CIMB OCTO App
Setiap bulan, Anda akan menerima bil elektrik daripada TNB yang perlu dibayar. Bayaran ini penting kerana jika Anda tak membayar bil elektrik Anda, TNB akan memutuskan bekalan elektrik Anda dan ini pastinya akan memberikan kesulitan kepada Anda.
Namun, dengan kemajuan teknologi pada hari ini, Anda tidak perlu lagi mengambil masa untuk pergi ke pejabat TNB untuk membayar bil elektrik Anda.
Sebelum membuat pembayaran bil, kami nasihatkan Anda untuk semak bil TNB 12 digit secara online untuk pastikan bil TNB terkini.
Anda boleh menggunakan aplikasi CIMB OCTO yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Google Play Store. Lepas tu Anda tengok langkah-langkah berikut:
- Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi CIMB OCTO, pada laman utama ini, tekan pada JomPAY yang terletak di tengah ini.
- Selepas itu, untuk transaksi baru, tekan pada New JomPAY.
- Pada bahagian ini, Anda perlu isikan nombor Biller Code untuk TNB.
- Bagi bayaran bil TNB, nombor Biller Code adalah 5454.
- Pada bahagian Enter Ref-1 ini, isikan pula nombor akaun TNB Anda pada ruangan yang disediakan.
- Dibawahnya pula, isikan nombor Ref-2 sekiranya ada.
- Untuk simpanan akaun bil TNB ini bagi pembayaran akan datang, tekan pada butang tersebut.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Kemudian, Anda perlu memilih jenis akaun untuk pembayaran bil TNB ini.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Untuk bahagian amaun pula, isikan jumlah bayaran bil tersebut pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
- Pada bahagian Confirmation ini, pastikan maklumat bayaran bil TNB ini adalah betul seperti nombor akaun TNB dan amaun bayaran bil tersebut.
- Tekan pada Approve dibawahnya untuk mengesahkan transaksi ini.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran bil TNB tersebut.
CIMB OCTO App juga membolehkan Anda untuk membuat pembayaran bil-bil lain seperti Astro, Unifi, dan banyak lagi penyedia perkhidmatan lain.
Dengan menggunakan CIMB OCTO App, Anda dapat memudahkan proses pembayaran bil elektrik TNB dan lain-lain penyedia perkhidmatan secara mudah dan pantas.
Jangan lepaskan peluang untuk mencuba aplikasi ini dan membayar bil Anda dengan lebih mudah hari ini.