Cara Transfer Duit Dari CIMB ke Bank Lain Maybank

Posted on

Melalui aplikasi perbankan CIMB Clicks, Anda boleh buat pelbagai jenis transaksi pembayaran, pindahan wang, tambah nilai kredit, bayar bil utiliti dan banyak lagi secara atas talian terus melalui laman website CIMB Clicks dan aplikasi CIMB Clicks Malaysia.

Jadi, dalam artikel ini, kami akan tunjukkan cara bagaimana Anda boleh melakukan pindahan duit yang ada dalam akaun CIMB Bank ke akaun bank lain seperti Maybank melalui aplikasi CIMB Clicks.

Cara Transfer Duit Dari CIMB ke Bank Lain

Apakah CIMB Clicks

CIMB Clicks ialah perkhidmatan perbankan online yang disediakan oleh CIMB Bank, salah satu bank terkemuka di Malaysia.

Melalui CIMB Clicks, Anda boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan secara online, seperti memindahkan wang, membayar bil dan melihat maklumat akaun.

Selain itu, CIMB Clicks juga menyediakan ciri-ciri lain seperti membeli produk dan perkhidmatan, membayar pinjaman, dan sebagainya.

Perkhidmatan ini boleh Anda akses melalui laman web CIMB Clicks dan melalui aplikasi CIMB Clicks Malaysia yang terdapat di App Store dan Google Play.

Cara Transfer Duit Dari CIMB ke Bank Lain

Cara nak transfer duit dari CIMB ke bank lain sangat mudah. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh Anda ikuti:

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi CIMB Clicks dan log masuk akaun Anda, pada laman utama tekan Transfer.
    Cara Buka Akaun AmBank
  2. Kemudian, tekan pada Transfer Money.
    Cara Buka Akaun AmBank
  3. Selepas itu, Anda dikehendaki untuk masukkan butiran yang diminta seperti nombor akaun bank penerima, jenis akaun untuk pindahan, jumlah dan tarikh pindahan, arahan transaksi dan makluman kepada penerima jika perlu. Sekiranya sudah selesai, tekan Transfer Money dibawahnya.
    Cara Buka Akaun AmBank
  4. Pada laman ini, sahkan maklumat transaksi yang dipaparkan ini adalah betul dengan menekan pada butang Confirm dibawah.
    Cara Buka Akaun AmBank
  5. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan duit tersebut. Anda boleh kongsi butiran pindahan ini dengan menekan pada Share.
    Cara Buka Akaun AmBank
  6. Anda juga boleh membuat transaksi lain dengan menekan pada Make Another Transfer.
    Cara Buka Akaun AmBank

Kelebihan Apps CIMB Clicks

Aplikasi CIMB Clicks ialah cara mudah dan praktikal untuk membuat pelbagai jenis transaksi kewangan melalui telefon bimbit, komputer, laptop atau tablet.

Dengan aplikasi CIMB Clicks, pelanggan boleh melakukan pelbagai jenis transaksi kewangan seperti pemindahan wang, pembayaran bil, semakan baki, dan banyak lagi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Terdapat beberapa kelebihan yang boleh diperoleh pelanggan kalau menggunakan aplikasi CIMB Clicks, antaranya:

  1. Anda boleh menjalankan transaksi kewangan hanya menggunakan telefon pintar atau laptop yang disambungkan ke internet, tanpa perlu datang ke bank atau ATM.
  2. Aplikasi CIMBClicks menggunakan teknologi terkini untuk melindungi data Anda dan transaksi kewangan. Selain itu, Anda juga boleh menggunakan kaedah pengesahan seperti kod OTP atau TAC untuk meningkatkan keselamatan transaksi.
  3. Anda tidak perlu beratur di bank atau ATM untuk membuat transaksi kewangan, sehingga Anda boleh jimat masa.
  4. Aplikasi CIMBClicks menyediakan ciri lengkap, seperti memindahkan wang ke akaun bank lain, membayar bil, menyemak baki dan banyak lagi.

Kami nasihatkan Anda untuk segera muat turun dan instal app CIMB Clicks di handphone Anda. Untuk membuat pendaftaran CIMB online banking, Anda boleh ikuti step dalam artikel cara daftar CIMB online banking. Jadi, itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga ianya dapat membantu.