Cara Tukar Kad CIMB Online ATM Expired Tamat Tempoh

Posted on

Ramai pelanggan CIMB yang bertanya, macam mana cara nak tukar kad debit CIMB expired atau tamat tempoh melalui online? Perkongsian kami untuk artikel kali ini adalah cara untuk tukarkan kad CIMB secara online dengan cara ini Anda tak perlulah ke cawangan CIMB untuk membuat pertukaran kad.

Tapi ada syarat yang Anda perlu patuhi yang mana kad tersebut sudah expired ataupun akan expired dalam masa 3 bulan, kalau kad Anda belum lagi tamat tempoh ataupun akan expired dalam masa 4 atau 5 bulan tak cukup syarat tak boleh buat pertukaran secara online.

Cara Tukar Kad CIMB Secara Online

Syarat Tukar Kad CIMB Secara Online

Untuk boleh menukar kad CIMB secara dalam talian, terdapat beberapa syarat yang mesti dipenuhi, antaranya:

  • Pengguna mestilah pelanggan CIMB Bank yang telah mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik, seperti CIMB Clicks.
  • Pengguna mesti mempunyai nombor akaun dan PIN yang telah diberikan oleh pihak bank.
  • Pengguna mesti memenuhi keperluan umur dan dokumen yang diperlukan mengikut peraturan yang berkenaan.
  • Pengguna mesti menghubungi perkhidmatan pelanggan CIMB Bank untuk memohon pertukaran kad debit.

Selain itu, pengguna juga mesti menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan, seperti salinan kad pengenalan atau pengenalan diri lain yang sah, serta menyediakan bayaran yang diperlukan untuk proses pertukaran kad debit.

Pengguna juga perlu memastikan akaun bank yang digunakan masih aktif dan mempunyai baki yang mencukupi untuk membuat transaksi.

Sebab Perlu Tukar Kad Bank CIMB

Terdapat beberapa sebab yang mungkin membuat Anda ingin menukar kad bank, antaranya:

  1. Kad bank mempunyai tarikh luput yang bermaksud ia akan tamat tempoh dan tidak lagi sah untuk digunakan setelah tarikh tersebut.
  2. Bank CIMB yang meminta untuk menukar kad debit Anda.
  3. Masalah dengan kad bank yang sedia ada.

Jika Anda ingin menukar kad bank Anda, adalah penting untuk mempertimbangkan sebab-sebab di atas dan membuat keputusan yang terbaik untuk keperluan Anda.

Cara Tukar Kad CIMB Secara Online

Untuk membuat penukaran kad ATM melalui online, Anda boleh ikuti step berikut:

  1. So untuk membuat pertukaran secara online ni, langkah yang pertama Anda perlu layari laman web https://apply.cimb.com.my/dcrform/
    Cara Tukar Kad CIMB Secara Online
  2. Seterusnya dekat paparan yang ini Anda perlu masukkan 6-Digits terakhir nombor kad pengenalan Anda. Dan Anda juga perlu masukkan 4-Digits terakhir nombor kad debit ataupun nombor kad ATM Anda.
  3. Lepas Anda masukkan nombor kad pengenalan dan empat digit terakhir nombor kad debit Anda, Anda perlu tekan butang Proceed.
    Cara Tukar Kad CIMB Secara Online
  4. Lepas tu Anda automatik akan menerima OTP melalui SMS Anda. So sila semak SMS dan Anda perlu masukkan Nombor OTP yang Anda terima tu dekat bahagian yang tersedia.
  5. Kemudian Anda perlu tekan butang Confirm, untuk tujuan verification.
    Cara Tukar Kad CIMB via Online Banking Portal
  6. Seterusnya Anda perlu pilih Renew my debit card and deliver it to me. Dan Anda tekan butang Proceed, untuk Anda ke langkah yang seterusnya.
    Cara Tukar Kad CIMB via Online Banking Portal
  7. Dekat sini Anda perlu semak bahagian alamat terkini Anda, jika alamat ini yang dipaparkan adalah berbeza dengan alamat terkini Anda, Anda perlu masukkan alamat yang baru dekat bahagian Mailing Address.
    Cara Tukar Kad CIMB via Online Banking Portal
  8. Dan kad tersebut akan dihantar ke alamat yang Anda masukkan dekat sini, sila pastikan alamat tersebut betul untuk elak Anda tidak menerima kad Anda.
  9. Kalo dah betul Anda klik pada butang Proceed.
    Cara Tukar Kad CIMB via Online Banking Portal
  10. Lepas tu Anda klik pada butang Yes, untuk mengesahkan permohonan Anda.
    Cara Tukar Kad CIMB via Online Banking Portal
  11. Dan untuk maklumat Anda semua, Anda akan menerima kad debit CIMB yang baru dalam tempo 14 hari bekerja.
    Cara Tukar Kad CIMB via Online Banking Portal
  12. Lepas Anda dah terima tu, Anda perlu pengaktifan terlebih dahulu, lepas tu dah boleh gunakan kad tersebut.

Bagaimana kalau TAC/OTP tidak masuk SMS, apa perlu buat? Tak perlu risau, sila follow artikel ni cara tukar nombor telefon CIMB melalui online.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang proses menukar kad bank yang tamat tempoh, sila hubungi customer service CIMB untuk maklumat lanjut.