CIMB Clicks ialah perkhidmatan perbankan yang disediakan oleh CIMB Bank. Anda boleh menggunakan CIMB Clicks untuk membayar pelbagai jenis bil, termasuk bil elektrik.
Untuk membayar bil elektrik melalui CIMB Clicks, Anda perlu mempunyai akaun CIMB Clicks dan menambah nombor pelanggan elektrik atau nombor bil TNB sebagai salah satu nombor bil yang perlu dibayar melalui perkhidmatan tersebut.
Kali ini kami akan kongsikan bagaimana caranya Anda nak membayar bil elektrik melalui laman web CIMB Clicks, jadi jom kita tengok.
Cara Bayar Bil Elektrik Melalui Laman Web CIMB Clicks Pay Bills
Sila ikuti langkah cara bayar bil elektrik TNB berikut ini.
- Langkah pertama seperti biasa kita buka laman website CIMB Clicks.
- Seperti biasa Anda perlu login menggunakan Username dan Password.
- Inilah paparan setelah Anda berjaya login, untuk bayar bil elektrik Anda klik pada Pay & Transfer.
- Kemudian Anda pilih Pay Bills.
- Seterusnya Anda masuk ke paparan Pay Bills.
- Langkah pertama tu Anda masukkan Nama Bil yang Anda nak bayar. Contoh Anda nak bayar bil elektrik untuk TNB, jadi Anda taip TNB.
- Untuk Anda yang pernah Save Favourite akaun TNB Anda, maka secara automatik akaun TNB tersebut akan muncul pada menu Recent/Favourite Anda.
- Ataupun bagi Anda yang belum pernah Save Favourite, Anda boleh klik pada Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada menu Available Biller.
- Kemudian Anda masukkan Nombor TNB Anda, pastikan Anda masukkan Nombor Account yang betul.
- Kalau Anda nak Save Favourite, Anda boleh klik pada kotak Save as Favourite. Boleh Anda masukkan sahaja nama Bil Favourite Anda, contoh nama bil TNB.
- Seterusnya From automatik dia akan pilih pada Account Anda.
- Kalau Anda ada Account lain, Anda boleh klik pada Pilihan Anda.
- Seterusnya, Anda masukkan Amount yang Anda nak bayar. Lepas tu Anda klik pada butang Make Payment pada bahagian bawah di sebelah kanan.
- Seterusnya Anda masuk ke Pay Bills Confirmation, pastikan butir pembayaran Anda ni adalah betul.
- Jika betul Anda klik pada Request TAC. Kemudian Anda masukkan Nombor TAC yang Anda terima melalui SMS.
- Seterusnya Anda klik Confirm pada butang bawah sebelah kanan.
- Lepas tu akan keluar status Successfull, dan Anda juga akan terima notification melalui sms yang menyatakan bayaran bil telah pun berjaya.
- Untuk Cetak Penyata, Anda boleh klik pada Tiga Titik dibahagian atas kanan. Kemudian Anda tekan butang Print.
- Disini ada penyata pembayaran, jadi Anda boleh Print atau terus Screenshoot resit sahaja.
Untuk mendaftar perkhidmatan CIMB Clicks, Anda boleh follow cara register CIMB Clicks.
Selain daripada laman website CIMB Clicks, bil elektrik juga boleh dibayar melalui pelbagai perkhidmatan lain seperti aplikasi CIMB Clicks dan melalui mesin ATM.
Anda juga boleh membayar bil elektrik terus di pejabat perkhidmatan pelanggan elektrik atau melalui ejen pembayaran perkhidmatan elektrik.