Tak boleh login ke akaun AEON Bank memang buat kita rasa stres, lebih-lebih lagi bila Anda nak buat transaksi penting.
Masalah ni biasanya timbul bila Anda terlupa password, atau mungkin sistem mengesan beberapa kali percubaan login yang salah.
Bila ni berlaku, akaun Anda akan dikunci buat sementara waktu. Dah tentu perkara ni boleh buat Anda rasa buntu, sebab urusan perbankan sekarang ni hampir semuanya kena buat online.
Kalau tak boleh akses akaun, nak semak baki ke, nak buat pembayaran bil ke, semuanya terhalang.
Tapi jangan risau, ada jalan penyelesaiannya! AEON Bank sediakan cara mudah untuk Anda reset password bila tak boleh login.
Cara Reset Password AEON Bank
Dengan ikut panduan ni, Anda boleh dapatkan semula akses akaun dengan selamat.
- Mula-mula, buka aplikasi AEON Bank dan pada skrin login tu, Anda akan nampak pilihan “Forgot Password”. Klik je pilihan tu.
- Lepas tu, Anda kena masukkan alamat email dan nombor MyKad untuk pengesahan.
- Kalau maklumat Anda dah disahkan, Anda akan terima kod pemulihan melalui email yang Anda daftarkan sebelum ni. Kod ni penting, jadi pastikan email Anda masih aktif dan Anda boleh akses.
- Bila Anda dah dapat kod tu, masukkan dalam aplikasi dan Anda boleh terus set password baru.
Tips Pilih Password Yang Kuat
Untuk pastikan akaun Anda lebih selamat, pilihlah password yang kuat. Password yang kuat ni biasanya ada:
- Huruf besar (A-Z)
- Huruf kecil (a-z)
- Nombor (0-9)
- Simbol khas (contoh: @, #, $, &)
Pastikan password tu lebih dari 8 aksara, dan elakkan guna maklumat yang senang teka macam nama sendiri atau tarikh lahir.
Juga, cuba elakkan guna password yang sama untuk akaun lain, supaya kalau ada apa-apa masalah dengan satu akaun, akaun lain tetap selamat.
Nak Tukar Maklumat Akaun?
Kalau Anda nak tukar email berdaftar, nombor telefon, atau nama penuh (seperti dalam MyKad), Anda kena hubungi team Khidmat Pelanggan AEON Bank.
Proses ni biasanya akan ambil masa 1 – 3 hari bekerja untuk selesai. Jadi, sabar sikit sementara team AEON uruskan perubahan maklumat tu.
Reset PIN Aplikasi AEON Bank
Kalau Anda terlupa atau nak tukar PIN untuk aplikasi mobile banking AEON Bank, jangan risau, boleh je tukar melalui aplikasi.
Caranya:
- Pergi ke bahagian “Account Settings” dalam aplikasi tu.
- Lepas tu pilih “Reset PIN”.
- Ikut je arahan yang diberikan untuk set semula PIN Anda.
Kalau Anda hadapi sebarang masalah sepanjang proses reset password ni, jangan segan-segan untuk hubungi team Khidmat Pelanggan AEON Bank.
Anda boleh call AEON Bank atau guna live chat dalam aplikasi untuk dapatkan bantuan segera.