Bayar bil ni memang boleh buat kita rasa leceh, kan? Bil yang datang tiap-tiap bulan macam bil elektrik, air, internet, dan telefon ni kadang-kadang memang menyusahkan.
Bila bil tak dibayar tepat pada masanya, masalah lain pula timbul. Contohnya, internet kena potong nak buat kerja dari rumah atau layan Netflix pun terganggu.
Bil elektrik pula, kalau tertunggak, kita risau je takut bekalan elektrik kena potong. Alat elektrik kat rumah macam peti sejuk, kipas, dan lampu semua bergantung pada elektrik.
Kalau air pula kena potong, memang kacau-bilau lah urusan harian. Semua ni boleh buat kita stress kalau tak dapat selesaikan dengan cepat.
Tapi sekarang ni, dengan AEON Bank App, urusan bayar bil jadi lebih senang! Anda boleh buat pembayaran bila-bila masa, kat mana-mana pun.
Cara Buat Pembayaran Bil Melalui AEON Bank App
Jom kami tunjukkan cara mudah nak buat pembayaran bil guna app ni, senang je!
- Pertama sekali, Anda kena buka app AEON Bank kat telefon.
- Dalam app tu, Anda akan nampak beberapa pilihan menu. Untuk bayar bil, Anda kena cari dan pergi ke bahagian ‘Bills’. Kalau tak nampak, Anda boleh swipe ke kiri lepas butang AEON Secure.
- Bila dah masuk ke bahagian ‘Bills’, Anda akan nampak list biller yang boleh dibayar. Anda pilihlah biller yang Anda nak, contoh macam bil elektrik, air, internet, atau bil telco.
- Lepas pilih biller yang Anda nak bayar, masukkan butiran seperti nombor akaun bil Anda. Pastikan nombor akaun atau nombor bil tu betul, sebab kalau salah, transaksi takkan berjaya dan Anda kena buat balik dari awal.
- Bila dah confirm semua maklumat yang Anda masukkan tu betul, klik ‘Submit’ untuk buat pembayaran. Nanti, Anda akan terima notifikasi yang cakap transaksi tu tengah diproses.
Lepas Anda dah buat pembayaran, Anda akan terima resit pembayaran sebagai bukti.
Anda boleh semak status pembayaran kat resit tu, kalau ada tulis ‘submitted’, maksudnya pembayaran tengah diproses.
Selain tu, Anda juga akan terima notifikasi push yang akan beritahu bila pembayaran Anda dah berjaya. Jadi, make sure Anda aktifkan notifikasi supaya tak terlepas sebarang update.
Tambah Biller Kegemaran
Kalau Anda ada bayar bil yang sama setiap bulan, Anda boleh simpan biller tu dalam list biller kegemaran.
Caranya mudah, lepas Anda dah berjaya buat pembayaran, akan keluar pilihan untuk save biller tu sebagai kegemaran.
Jadi, untuk pembayaran seterusnya, Anda tak payah cari lagi, boleh terus pilih dari senarai favorite tu.
Ini memang jimat masa, especially bila Anda ada banyak bil nak bayar tiap bulan.
Masa Pemprosesan Pembayaran
Satu benda penting yang Anda kena tahu, untuk sesetengah biller, pembayaran tak akan diproses serta-merta.
Kadang-kadang, bila Anda tengok status pembayaran tu tulis ‘submitted’, maksudnya transaksi masih dalam proses dan belum selesai.
Biasanya, ia akan ambil masa antara 1-3 hari bekerja untuk pembayaran tu sampai kat pihak biller.
Jadi, kalau lepas beberapa hari masih belum nampak apa-apa update, boleh terus contact pihak biller untuk confirmkan status.
Caj dan Surcaj
Satu lagi berita baik, AEON Bank tak kenakan caj untuk buat pembayaran bil.
Maknanya, Anda boleh buat pembayaran dengan percuma je. Tapi ada beberapa biller yang mungkin akan kenakan surcaj.
Jangan risau, kalau ada surcaj, Anda akan diberitahu sebelum confirmkan pembayaran. Anda boleh decide nak proceed atau tak lepas tu.
Jenis Bil yang Anda Boleh Bayar
Melalui app AEON Bank, banyak jenis bil yang Anda boleh bayar. Antaranya:
- Bil Utiliti – Contohnya bil elektrik, air, atau gas.
- Bil Telco – Untuk bayar bil telefon, internet, atau broadband.
- Bil lain-lain – Ada juga banyak lagi biller lain yang Anda boleh bayar, Anda boleh check senarai penuh dalam bahagian ‘Bills’.
Dengan banyak pilihan biller ni, Anda tak perlu lagi nak risau tentang kena bayar bil kat tempat lain. Semuanya boleh settle dalam satu app je. Mudah kan?
Dengan AEON Bank, pembayaran bil telco dan utiliti sekarang dah tak payah susah-susah lagi.
Semua boleh dibuat melalui app je, tak kira Anda nak bayar bil elektrik, air, internet, atau telefon. Prosesnya cepat, mudah, dan selamat.
Jangan lupa, lepas Anda buat pembayaran, simpan biller tu sebagai kegemaran untuk mudahkan urusan pada masa depan.