Pada artikel kali ni kami akan kongsikan cara untuk update fungsi MySejahtera trace dan cara untuk disable ataupun matikan fungsi MySejahtera trace dalam aplikasi Mysejahtera Anda.
Macam mana cara kemaskini dan aktifkan MySJ Trace dalam aplikasi MySejahtera? Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Apa Itu MySJ Trace
MySJ Trace adalah salah satu fungsi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia. MySJ Trace menggunakan pendekatan dorongan masyarakat (community driven) di mana HP pengguna akan saling bertukar maklumat sekiranya berada dalam jarak tertentu.
Pertukaran maklumat ini adalah satu interaksi di antara pengguna MySJ Trace yang membolehkan identifikasi pengguna MySJ Trace yang pernah berada berdekatan dengan seorang lagi individu MySJ Trace yang telah positif COVID-19.
MySJ Trace merupakan salah satu fungsi dalam aplikasi MySejahtera.
Perbezaan MySJ dan MySejahtera
MySJ Trace merupakan salah satu fungsi dalam aplikasi MySejahtera. Aplikasi ini diguna pakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membantu pengawalan penularan wabak COVID-19.
MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri dan membantu KKM mendapatkan maklumat awal untuk tindakan cepat dan berkesan. Manakala, MySJ Trace menjadi pelengkap kepada aplikasi MySejahtera untuk membuat pengesanan kontak dan mengenalpasti individu yang pernah ada kontak rapat dengan pesakit yang telah disahkan positif COVID-19.
Cara Update Trace dan Disable MySejahtera
Untuk permulaan anda perlulah update terlebih dahulu aplikasi MySejahtera anda, cara kemaskini aplikasi MySejahtera mudah sangat, sila ikuti langkah berikut.
- Pertama sekali buka Google Playstore
- Lepas tu buat carian MySejahtera
- Lalu klik pada butang Update
- Lepas tu sila tunggu sampai Update selesai.
- Bila dah selesai, anda perlu klik butang Open
- Kita perlu ubah tetapan untuk mysejahtera trace, lalu klik pada Tetapan MySJ Trace
- Lepas tu anda perlu klik pada bahagian Mula, untuk proses yang seterusnya
- Lalu anda perlu klik persetujuan, dan klik pada Setuju
- Seterusnya dibahagian kebenaran anda perlu klik Benarkan, untuk mengaktifkan mysejahtera trace anda
- Lepas tu anda perlu membenarkan mysejahtera untuk akses lokasi telefon anda
- Kalau location anda OFF, anda perlu aktifkan location anda
- Lalu anda perlu klik Benarkan bagi mengaktifkan bluetooth dan juga push notification
- Bila semuanya sudah on, ataupun dah dihidupkan. Lalu anda klik pada bahagian Tutup
- Fungsi mysejahtera trace dah berjaya diaktifkan
Terlupa password MySejahtera? Tak perlu risau, sila baca cara reset kata laluan MySejahtera.
Cara Disable MySejahtera Trace
Untuk disable atau tak aktifkan mysejahtera trace buat masa ini masih belum ada lagi option untuk anda disable kan mysejahtera trace.
Tapi kita boleh disable je untuk disable kan ataupun untuk tak aktifkan mysejahtera trace ni dengan kita tutup je fungsi bluetooth ataupun fungsi location di smartphone kita.
Bila kita tutup fungsi bluetooth atau fungsi location, secara automatik mysejahtera trace akan terpadam ataupun tak aktif.
So kalau Anda nak guna semula fungsi MySejahtera trace ni, Anda perlu buat semula step yang tadi.
Soalan Lazim
Berikut adalah senarai soalan lazim mengenai cara update fungsi trace dan disable MySejahtera trace.
1. Kalau memang tak aktifkan langsung MySejahtera trace itu tapi location dan bluetooth on, mysj tak dapat detect ke?
Tidak dapat, anda kena aktifkan dulu ya
2. Kalau sentiasa on location buat habis battery betul ke?
Anda boleh off location kalau anda ataupun tak guna mySJ Trace. Nanti kalau nak guna semula Anda boleh on semula fungsi mysj trace ya.
MySJ Trace mempunyai ciri Bluetooth Kuasa Rendah (Bluetooth Low Energy (BLE)) yang menggunakan tenaga bateri secara minima. Oleh itu, aplikasi ini tidak akan menggunakan tenaga bateri telefon bimbit pengguna secara berlebihan untuk tujuan mengumpul informasi pengesanan kontak yang berterusan.
Kenapa perlu mengaktifkan kebenaran lokasi untuk perisian Android? sebab perisian Android memerlukan kebenaran lokasi untuk membolehkan fungsi MySJ Trace menggunakan fungsi Bluetooth. Walau bagaimanapun, data geo lokasi tidak akan dikumpulkan. Untuk perisian iOS, hanya fungsi Bluetooth yang perlu diaktifkan.