Dalam artikel kali ini kami akan kongsikan cara tukar nama atau kemaskini nama dan nombor IC pada sijil digital vaksinasi MySejahtera.
Kami percaya ramai orang dapat masalah yang sama, yang mana kita salah isi nama dan juga nombor kad pengenalan kita.
Lepas kita terima dos yang pertama ataupun dos yang kedua baru kita boleh edit nama ataupun nombor kad pengenalan kita tersebut.
Apa yang perlu kita buat adalah kita perlu balik nama dan juga nombor kad pengenalan tersebut.
So bagaimana caranya nak edit atau kemaskini maklumat tersebut? Kepada anda yang mengalami masalah yang sama, anda boleh ikuti langkah-langkah yang kami tunjukkan dalam artikel ini.

Cara Tukar Sijil Vaksinasi MySejahtera
Biasanya bila kita buka aplikasi MySejahtera, lalu klik pada bahagian Profile, tekan pada My Personal Details dan Anda akan lihat maklumat anda yang salah tersebut.
Anda tak boleh edit sebab maklumat terkunci, dan apa yang perlu kita buat adalah.
3. Dan bila dah siap pilih bahasa, lalu anda klik Mula
4. Lalu pada skrin baru akan ada banyak sekali pilihan, anda perlu pilih bahagian C
5. Pilih pada, Saya ingin mengemaskini Nama, Nombor Kad Pengenalan/Pasport, ID Pengguna atau Memadam Akaun Saya
6. Lepas anda klik C, anda perlu pilih A
7. Pilih pada, Saya Ingin Menukar Nama dan Nombor Kad Pengenalan/Pasport
8. Seterusnya anda baca apa yang tertera pada skrin
9. Lalu anda perlu masukan ID Pengguna Baru
10. Bagi anda yang guna No Telefon, anda boleh guna Nombor Telefon
11. Dan Bagi anda yang guna Alamat Email, anda boleh guna Alamat Email tersebut
12. Seterusnya anda klik butang Hantar
13. Dan pada skrin selanjutnya, akan dipaparkan id pengguna anda, dan juga
Alamat Email yang anda daftarkan sebelumnya.
14. Seterusnya anda perlu salin balik Alamat Email, untuk pengesahan akaun anda
15. Bila dah siap anda klik butang Hantar
16. Secara automatik perubahan akan tersimpan
17. Seterusnya anda perlu semak emel anda, sebab helpdesk akan hantarkan pada emel anda
18. Lalu anda perlu satu lagi emel dari helpdesk, yang mana emel tersebut nak ambil masa 10 hingga 20 minit untuk hantar ke emel anda
19. Dan bila anda telah terima emel kedua, anda dah boleh rubah akaun dengan cara Edit ataupun Mengedit di halaman Vaksinasi
Baca juga cara padam akaun MySejahtera lama dan kemaskini.
Cara Tukar Sijil MySejahtera
Sila ikuti proses di bawah untuk mengedit nama dan kad pengenalan ataupun pasport anda
- Log masuk ke akaun MySejahtera anda
- Klik pada ikon Vaksinasi COVID-19 di laman utama
- Pilih Vaksin untuk Nama Anda
- Pada notification anda klik OK
- Klik pada bahagian Edit
- Masukkan nama penuh anda dan maklumat Kad Pengenalan/Pasport anda.
- Setelah diedit, sila klik Confirm untuk menyimpan perubahan anda.
- Seterusnya anda jawab semua soalan yang ditanyakan. Bila dah siap, anda boleh klik butang Submit
- Pada pop up yang keluar, anda boleh klik OK. Dan seterusnya anda tekan Close
- Lalu lihat pada bahagian vaccination, secara automatik sistim akan tukar kepada maklumat yang betul, dan maklumat sebelumnya secara automatik akan terpadam.
- Pada Bahagian profile pun, maklumat yang lama akan automatik diganti dengan maklumat yang baru
Itu saja perkongsian kami kali ni tentang cara tukar nama dan nombor kad pengenalan sijil vaksinasi dalam MySejahtera.