Hari ni kami nak kongsikan cara-cara semak dividen Tabung Haji yang Anda boleh guna untuk tahu berapa banyak duit yang Anda layak dapat. Siapa tak suka duit tambahan kan? Jom kita check dividen Tabung Haji Anda.
Dividen Tabung Haji merupakan keuntungan atau hasil pelaburan yang diberikan oleh Lembaga Tabung Haji kepada para peserta Tabung Haji yang mempunyai akaun dalam institusi tersebut.
Dividen ini dihitung berdasarkan hasil pelaburan yang diperoleh oleh Tabung Haji dari pelbagai jenis pelaburan, seperti hartanah, saham, sukuk dan lain-lain.
Cara Semak Dividen Tabung Haji Online
Setiap tahun, Lembaga Tabung Haji akan mengumumkan kadar dividen yang diberikan kepada para peserta. Kadar dividen ini berbeza-beza setiap tahun bergantung kepada keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan dalam tahun tersebut.
Dividen Tabung Haji merupakan salah satu kelebihan bagi peserta Tabung Haji kerana ia memberikan pulangan yang lebih baik berbanding simpanan di bank konvensional.
Selain itu, ia juga merupakan satu bentuk insentif atau bonus kepada peserta Tabung Haji yang mempunyai akaun di dalam institusi tersebut.
Untuk check Dividen Tabung Haji yang kita dapat, kita boleh semak menggunakan 3 cara, yaitu:
- THiJARI
- Online Banking
- ATM
Untuk semak dividen tabung haji online, Anda perlu layari portal rasmi THiJARI, lepas tu Anda ikuti langkah-langkah berikut:
- Mula-mula sekali Anda masuk dulu ke akaun THiJARI
- Untuk sesiapa yang tak tahu THiJARI ni apa, THiJARI ini adalah Online Banking untuk Tabung Haji
- Bila Anda dah masuk dalam akaun THiJARI
- Anda pergi ke menu THiJARI, dan pilih Ringkasan Akaun
- Lepas tu Anda tekan dekat bahagian Nombor Akaun
- Untuk bahagian jenis transaksi Anda pilih semua transaksi dan pilih 30 hari terakhir untuk bahagian Tempoh
- Bila Anda tekan Cari Transaksi
- Anda akan dapat tengok berapa keuntungan yang Anda dapatkan
Guna Bank Islam Online
Pertama sekali, Anda kena pastikan Anda dah ada akaun Bank Islam dan juga dah register untuk akses online banking.
Kalau belum, boleh pergi ke mana-mana cawangan Bank Islam untuk buka akaun dan daftar online banking. Sila ikuti step cara daftar Bank Islam online, kalau dah siap register, Anda boleh login ke akaun online banking Anda.
- Untuk Bank Islam mula-mula sekali Anda Login dulu dan tekan pada bahagain Menu.
- Lepas tu Anda tekan MyAccounts dan Pilih Tabung Haji.
- Tekan Nombor Akaun.
- Dan pilih Statement Date.
Guna Maybank2u
Anda kena pastikan yang Anda dah ada akaun Maybank2u. Kalau belum ada, Anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Maybank untuk buka akaun.
Lepas tu, Anda kena daftar untuk akses online banking. Kalau Anda dah ada akaun dan dah daftar, Anda boleh teruskan ke langkah seterusnya.
- Untuk Maybank pula, Anda Login dulu dalam Maybank2u.
- Lepas tu Anda tekan pada bahagian atas dan Anda pilih Wealth.
- Pilih Tabung Haji.
- Dan tekan Nama Anda, dekat sini dia akan tunjuk berapa keuntungan agihan Anda.
Itulah beberapa langkah mudah untuk semak dividen Tabung Haji Anda secara online. Selain daripada semak dividen, Anda juga boleh memeriksa akaun simpanan Tabung Haji, menguruskan akaun dan membuat pelbagai transaksi dalam talian.