Cara Deposit Wang Guna CDM Bank Islam Tanpa Kad

Posted on

Terdapat pelbagai cara untuk mendepositkan wang tunai iaitu dengan kad ATM atau tanpa kad. Deposit tunai melalui Cash Deposit Machine (CDM) Bank Islam ini adalah penyelesaian kepada Anda yang ingin membuat deposit tunai pada hari cuti.

Anda tidak perlu mengunjungi cawangan Bank Islam terdekat untuk membuat deposit tunai. Pelanggan hanya perlu pergi ke mesin CDM Bank Islam yang terdekat, seterusnya ikuti langkah yang kami kongsikan di bawah ini.

Cara Deposit Wang Guna CDM Bank Islam

Cara Deposit Wang Guna CDM Bank Islam

Salah satu inovasi yang boleh memudahkan pelanggan membantu aktiviti harian ialah perkhidmatan transaksi tanpa kad atau deposit tunai dan pengeluaran duit tanpa kad ATM.

Kemudahan ini membolehkan pelanggan Bank Islam tidak perlu membawah kad debit jika ingin membuat deposit tunai.

Berikut adalah terma dan syarat bank in Bank Islam:

  • Keadaan fizikal wang mestilah dalam keadaan baik dan tidak koyak. Mesin CDM akan menolak sekiranya wang tersebut rosak.
  • Mesin CDM hanya menerima RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.

Di bawah ini step cara deposit tunai guna mesin CDM Bank Islam tanpa kad.

  1. Pertama sekali anda pilih Bahasa yang anda nak guna, anda boleh guna Bahasa Melayu ataupun English
    Cara Deposit Wang Guna CDM Bank Islam
  2. Pilih Bank Islam Deposit Wang
    Cara Deposit Wang Guna CDM Bank Islam via Online Portal
  3. Masukkan nombor akaun Bank Islam: Sendiri ataupun Orang Lain. Klik pada Tekan Jika Betul.
  4. Sahkan Nombor Akaun penerima.
  5. Langkah seterusnya, masukkan Wang Tunai maksimum 99 Keping sahaja.
    Cara Deposit Wang Guna CDM Bank Islam via Portal Online Website
  6. Lepas tu anda klik butang Teruskan.
  7. Jika mahu masukkan tambahan tunai, anda boleh klik Tambah Wang dibawah. Jika tidak anda hanya perlu klik Sah.
    Cara Deposit Wang Guna CDM Bank Islam via Portal Online Website
  8. Anda dah pun berjaya deposit wang guna Mesin CDM.

Setelah Anda deposit wang di mesin CDM, kami nasihatkan Anda untuk check baki akaun Bank Islam untuk mengetahui baki akaun terkini.

Soalan Lazim

Di bawah ini adalah pelbagai pertanyaan mengenai cara bank in duit Bank Islam guna CDM.

1. Semua bank ke boleh bank in ke bank islam tampa gune card ?

Kalau melalui CDM hanya boleh transfer ke akaun bank islam sendiri/orang lain sahaja ya.

2. Nombor resit pada resit tu yang mana satu ye? CDM ID atau CDM SEQ?

Untuk nombor rujukan resit CDM SEQ.

Itu sahaja perkongsian kali ini, semoga ianya dapat membantu anda.