Cara Semak Saman JPJ Online Guna MyJPJ App

Posted on

Dahulu kala, nak semak saman JPJ kena ke kaunter JPJ atau poskan surat ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Tapi sekarang, dengan kemajuan teknologi, kita boleh semak saman JPJ secara online dengan mudah.

So, apa yang perlu Anda lakukan untuk semak saman JPJ secara online? Pertama sekali, Anda perlu tahu saman Anda ada di mana. Saman JPJ biasanya berkaitan dengan kesalahan trafik seperti melanggar had laju, tidak memakai tali pinggang keselamatan atau melanggar peraturan jalan raya lain. Anda boleh semak saman JPJ di laman web rasmi JPJ atau melalui aplikasi JPJ.

Dah pernah dengar pasal MyJPJ tak? MyJPJ ni adalah satu aplikasi yang memudahkan kita nak dapat maklumat pasal lesen memandu, cukai jalan, semakan saman, dan macam-macam lagi. Senang je, semua maklumat terus dari JPJ.

Semak Saman JPJ Secara Online

Semak Saman JPJ Secara Online

Dalam artikel ini, kami nak kongsi dengan Anda cara untuk semak saman dengan JPJ di MyJPJ app.

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka dan log masuk ke aplikasi ini, pada laman utama, dibahagian Saman JPJ, tekan pada Semakan Saman.
    Semak Saman JPJ Secara Online
  2. Seterusnya, pada laman ini pula, isikan saja nombor kad pengenalan dan nombor kenderaan Anda pada ruangan yang disediakan.
  3. Jika Anda ingin menyemak saman JPJ bagi pihak ketiga pun tiada masalah, masukkan saja nombor kad pengengalan dan nombor kenderaan mereka pada ruangan tersebut.
  4. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.
    Semak Saman JPJ Secara Online
  5. Disini, ia akan paparkan maklumat saman tersebut sekiranya ada.
  6. Secara ringkasnya, saman yang dikeluarkan oleh JPJ terbahagi kepada dua iaitu saman yang boleh dikompaun dan saman yang tidak boleh dikompaun.
  7. Saman yang boleh dikompaun boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam sama tersebut.
  8. Manakala saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah yang ditetapkan dalam notis saman.

Senang kan? Cepat je nak semak saman dengan MyJPJ app ni. So, jangan tunggu lagi. Muat turun aplikasi tu sekarang dan semak saman Anda dengan mudah.

Kalau Anda nak bayar saman, sila ikuti step dalam artikel ni ye cara bayar saman PDRM guna Maybank.

Soalan Lazim

Soalan dan jawapan dibawah ni boleh membantu Anda.

Apa itu MyJPJ?
A: MyJPJ adalah satu aplikasi yang memudahkan kita nak dapat maklumat pasal lesen memandu, cukai jalan, semakan saman, dan macam-macam lagi terus dari JPJ.

Bagaimana cara semak saman JPJ secara online?
Muat turun aplikasi MyJPJ, daftar dan log masuk, pilih bahagian “Semak Saman”, masukkan butiran kenderaan dan semak maklumat saman.

Di mana boleh muat turun aplikasi MyJPJ?
Aplikasi MyJPJ boleh dimuat turun di App Store untuk pengguna iOS dan Google Play Store untuk pengguna Android.

Adakah kita perlu membayar untuk menggunakan perkhidmatan semakan saman di MyJPJ?
Tidak perlu. Semakan saman di MyJPJ adalah percuma.

Apa maklumat yang akan dipaparkan apabila semak saman di MyJPJ?
Maklumat saman yang akan dipaparkan termasuk tarikh kesalahan, jenis kesalahan, dan jumlah denda yang perlu dibayar.

Adakah MyJPJ mempunyai fungsi lain selain daripada semakan saman?
Ya, MyJPJ mempunyai fungsi lain seperti semakan status lesen memandu, pemilik kenderaan, cukai jalan, dan sebagainya.