Cara Semak Keputusan Ujian Memandu Secara Online

Posted on

Hari ini, kami ingin berkongsi tips tentang cara semak keputusan ujian memandu JPJ secara online. Bagi sesiapa yang telah mengambil ujian memandu, pastinya Anda ingin tahu keputusan ujian Anda dengan segera.

Sekarang ni JPJ dah bangunkan sistem online yang boleh Anda akses pada bila-bila masa. Aplikasi tersebut dikenali MyJPJ.

Aplikasi MyJPJ adalah sebuah aplikasi mudah alih (mobile app) yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk memudahkan pengguna di Malaysia mengakses dan menguruskan urusan berkaitan dengan JPJ secara dalam talian.

Aplikasi MyJPJ menawarkan pelbagai fungsi dan kemudahan kepada penggunanya seperti semakan keputusan ujian memandu, pembayaran cukai jalan, semakan rekod kenderaan, semakan status lesen memandu dan banyak lagi.

Cara Semak Keputusan Ujian Memandu Secara Online

Cara Semak Keputusan Ujian Memandu Secara Online

Jadi, dalam artikel ini, kami nak kongsi dengan Anda cara untuk semakan keputusan ujian memandu melalui aplikasi MyJPJ.

Dengan adanya aplikasi MyJPJ, pengguna kini boleh menguruskan urusan-urusan JPJ dengan lebih mudah dan efisien. Selain itu, aplikasi ini turut membantu mempercepatkan proses urusan di JPJ dan mengurangkan kesesakan di kaunter-kaunter JPJ yang seringkali memerlukan masa yang lama untuk menyelesaikan urusan pengguna.

Bagi sesiapa yang ingin memuat turun aplikasi MyJPJ, ia boleh didapati secara percuma di Google Playstore atau App Store (Android dan iOS).

Kalau Adah instal aplikasi MyJPJ di handphone Anda, Anda boleh follow step di bawah ni ye.

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka dan log masuk ke aplikasi ini, pada laman utama, tekan pada Semakan Keputusan Ujian.
    Cara Semak Keputusan Ujian Memandu Secara Online via App
  2. Seterusnya, pada laman ini pula, isikan saja nombor kad pengenalan Anda pada ruangan yang disediakan.
  3. Jika ingin menyemak keputusan ujian memandu bagi pihak ketiga pun tiada masalah, masukkan saja nombor kad pengenalan mereka pada ruangan tersebut.
  4. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.
    Cara Semak Keputusan Ujian Memandu Secara Online via App
  5. Disini, ia akan paparkan maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan.
  6. Dibawahnya pula, ia akan paparkan keputusan ujian memandu yang telah Anda ambil, contohnya seperti PSV, LDL Komputer dan sebagainya.
    Cara Semak Keputusan Ujian Memandu Secara Online via App
  7. Antara maklumat yang paparkan adalah tarikh ujian, lokasi ujian, kelas lesen dan keputusan ujian tersebut.
    Cara Semak Keputusan Ujian Memandu Secara Online via App

Sekiranya Anda ingin tahu perbezaan lesen memandu, Anda boleh baca artikel jenis lesen memandu ye.

Aplikasi MyJPJ adalah satu usaha yang baik dari JPJ untuk memudahkan urusan pengguna di Malaysia. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh menguruskan urusan-urusan berkaitan dengan JPJ dengan lebih mudah dan jimat masa. Oleh itu, sila download aplikasi MyJPJ dan nikmati kemudahan yang ditawarkan.