Lesen memandu mesti dimiliki oleh setiap warganegara Malaysia yang memandu kenderaan di jalan. Lesen memandu digunakan sebagai bukti bahawa Anda sudah memiliki kemampuan untuk memandu kenderaan motosikal/kereta dan juga mengetahui peraturan lalu lintas.
Sekarang bukan sahaja membuat permohonan lesen memandu baru secara online, Anda juga boleh memperbaharui lesen memandu secara online.
Boleh dikatakan bahawa cara memperbaharui lesen memandu secara online sangat memudahkan kita untuk segera memperbaharui lesen memandu.
Renew Lesen Memandu Online
Adakah Anda tahu jika renew lesen memandu online boleh dilaksanakan di portal mySIKAP? Selain itu, portal mySIKAP juga membolehkan Anda untuk membuat permohonan lain seperti
- Permit memandu antarabangsa
- Rayuan bagi lesen memandu tamat tempoh
- Penukaran lesen dari asing/tentera atau anggota polis kepada lesen memandu Malaysia
- Kemaskini alamat dan penambahan kelas atau permintaan untuk maklumat lesen memandu penuh.
Portal mySIKAP menyediakan semakan bagi Anda yang ingin mengetahui status kenderaan (senarai hitam atau dirampas), mata KEJARA dan tempoh penggantungan lesen.
Cara Daftar mySIKAP
Bagi Anda yang tidak mempunyai akaun di portal mySIKAP sila lakukan pendaftaran di kaunter JPJ terdekat, berikut adalah senarai syarat dan langkah-langkah cara daftar mySIKAP.
Pendaftaran akaun mySIKAP perlu dilakukan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan yang terdekat, sila membawa MyKad/MyPR/Pasport (salah satu sahaja).
Nombor Rujukan akan diberikan oleh pihak JPJ sejurus proses pendaftaran selesai. Nombor rujukan ini Anda gunakan untuk proses daftar masuk kali pertama.
Syarat Daftar mySIKAP
Berikut adalah senarai syarat untuk mendaftar di portal mySIKAP.
- Pendaftaran dibuka kepada orang awam yang mempunyai MyKad (Warganegara Malaysia), MyPR (Penduduk Tetap Malaysia), Paspot (Warga asing), Agensi (Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan) – Tempatan atau asing dengan nombor pendaftaran yang diiktiraf.
- Bagi pemegang MyKad, MyPR dan Paspot , anda haruslah berumur 16 tahun ke atas dan telah mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) rekod transaksi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan. Contoh transaksi – anda mempunyai saman atau notis, mempunyai lesen memandu yang sah, mempunyai rekod kenderaan yang sah dah sebagainya.
- Pendaftaran Perniagaan / Syarikat / Pertubuhan / Kerajaan melibatkan sektor awam atau asing yang mempunyai nombor pendaftaran yang diiktiraf dengan tarikh luput sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tamat tempoh tarikh pendaftaran.
Kategori Pendaftaran Peribadi/Orang Awam
- Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah, atau
- Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah, atau
- Pemegang pasport yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP, atau
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ.
- Mempunyai alamat emel aktif.
Langkah-langkah aktifkan mySIKAP untuk daftar masuk kali pertama:
- Klik pautan Daftar Masuk.
- Sila masukkan No. Rujukan yang telah Anda terima semasa mendaftar di kaunter JPJ. Tekan Teruskan.
- Klik Isi Semula untuk mengisi semula No. Rujukan.
- Sekiranya akaun Anda berjaya di aktfkan, Anda akan mendapat pemberitahuan pada skrin.
- Sila kemaskini telefon bimbit, alamat email dan telefon rumah. Klik Teruskan untuk proses pengesahan.
- Skrin pemberitahuan akan dipaparkan sekiranya Anda telah berjaya melakukan pendaftaran ID. Klik Tutup.
- ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan, sila gunakan ID Pengguna dan Kata Laluan Sementara untuk masuk ke portal mySIKAP.
- Kami syorkan untuk segera menukar kata laluan sementara tersebut dengan yang lebih mudah diingat. Tarik luput kata laluan sementara berlaku 7 hari sahaja.
Cara Perbaharui Lesen Memandu di mySIKAP
Sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk portal mySIKAP.
- Pilih Tab/Menu Lesen Memandu.
- Pilih menu Pembaharuan Lesen Memandu.
- Skrin Permohonan Pembaharuan Lesen akan dipaparkan, pilih Jenis Lesen dan Tempoh melalui drop down list. Klik Cari.
- Maklumat detail lesen akan dipaparkan di skrin, sila klik Bayar untuk meneruskan transaksi.
- Pilih kaedah pembayaran yang Anda inginkan. Klik Bayar.
- Klik Teruskan untuk meneruskan transaksi mengikut kaedah pembayaran yang dipilih.
Cara Renew Lesen Memandu Melalui MYEG
Sekarang ini Anda boleh renew lesen memandu secara online melalui MYEG. Sila ikuti langkah-langkah di bawah ini:
- Lawati laman website https://www.myeg.com.my
- Klik Login.
- Masukkan Username dan Password Anda.
- Pilih Jabatan Pengangkuatan Jalan (JPJ).
- Pilih Driving Licence Renewal atau Pembaharuan Lesen Memandu CDL.
- Kemudian klik Proceed.
- Isikan segala maklumat yang diminta, contoh tempoh pembaharuan berapa tahun, pilih cara poskan lesen dan lainnya.
- Semak maklumat yang dipaparkan, lepas tu tekan Proceed.
- Sila buat pembayaran secara online, Anda boleh gunakan Internet Banking atau Kad Kredit.
- Lesen baru akan dihantar ke rumah Anda dalam tempoh 4-5 hari selepas pembayaran berjaya dilakukan.
Renew Lesen Memandu LDL
Syarat dan dokumen pembaharuan lesen belajar memandu (LDL) ini berlaku sekiranya Anda ingin memperbaharui lesen memandu di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB)
Syarat Pembaharuan
- Tempoh LDL tidak melebihi 2 tahun.
- Tidak disenaraihitamkan.
Dokumen Yang Diperlukan
- MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil.
- Pengenalan diri asal wakil.
- Lesen memandu asal/salinan.
- Dokumen pengenalan diri wakil yang asal.
- 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm.
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing).
- Bayaran RM20.00 untuk 3 bulan, RM40.00 untuk 6 bulan bagi kelas B & C. (Kelas A/A1 atau B2 tunggal RM2.00). Bayaran RM30.00 untuk 3 bulan (RM60.00 untuk 6 bulan) bagi kelas D & ke atas.
Renew Lesen Memandu CDL
Syarat dan dokumen pembaharuan lesen memandu (CDL) ini berlaku sekiranya Anda ingin memperbaharui lesen memandu di JPJ Negeri/Cawangan, UTC, Kaunter 1JPJ, kiosk eKhidmat dan rangkaian Pejabat Pos Malaysia Berhad (PMB).
Syarat Pembaharuan
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1, 2, 3, 4 dan 5 tahun sahaja.
- Tidak disenaraihitamkan.
Dokumen Yang Diperlukan
- MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil.
- Pengenalan diri asal wakil.
- Lesen memandu asal/salinan.
- Dokumen pengenalan diri wakil yang asal.
- 1 gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm.
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga asing).
- Bayaran RM20.00/tahun bagi kelas B2 B & C (Kelas A/A1 RM2.00). Bayaran RM30.00/tahun bagi kelas D & ke atas. (Warganegara).
- Bayaran RM120.00 untuk semua kelas B2, B, C, D, DA, F, G, H, I (Bukan Warganegara)
Renew Lesen Belajar Memandu LDL
Pembaharuan lesen memandu vokasionalboleh dilakukan di JPJ Negeri/ Cawangan, UTC dan Kaunter 1JPJ.
Syarat Pembaharuan
- Tempoh pembaharuan dibenarkan adalah 1 tahun sahaja.
- Tidak disenaraihitamkan.
- Mengemukakan laporan perubatan dan tempoh sah laku laporan perubatan (Borang JPJ L8) tidak melebihi satu (1) tahun.
- Lesen Memandu kompeten (CDL) mesti berkuatkuasa melebihi satu (1) tahun.
Dokumen Yang Diperlukan
- MyKad /Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil.
- Pengenalan diri asal wakil.
- Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal atau salinan.
- Pengesahan kesihatan Pegawai Perubatan(Borang JPJL8).
- 1 keping gambar warna (berlatar putih) berukuran 25mm x 32mm.
- Bayaran RM20.00/tahun.
- Memegang pasport yang masih berkuatkuasa(warga Singapura).
Itulah cara renew lesen memandu online yang boleh membantu Anda memperbaharui lesen memandu dengan cepat.