Cara Topup Aplikasi eWallet MAE by Maybank2u Online

Posted on

E-wallet MAE by Maybank adalah aplikasi perbankan digital yang dikeluarkan oleh Maybank. Aplikasi ni membolehkan pengguna untuk melakukan transaksi perbankan seperti pembayaran bil, pembelian dalam talian dan pengeluaran tunai tanpa perlu menggunakan kad debit.

E-wallet MAE juga membolehkan pengguna untuk memindahkan wang kepada pengguna e-wallet lain atau ke akaun bank lain. Pengguna juga boleh menyimpan wang di dalam e-wallet sebagai cara mudah untuk menyimpan wang atau mengelakkan daripada mengeluarkan wang secara berlebihan.

Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u

Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u

Kepada Anda yang menggunakan aplikasi eWallet MAE, tahu kah Anda bagaimana untuk topup eWallet MAE ini, disini kami akan tunjukkan kepada Anda cara-cara atau step by step bagaimana untuk topup eWallet MAE Anda. Sila ikuti step berikut ini.

  1. Pertama sekali Anda masuk kedalam Aplikasi MAE.
  2. Langkah seterusnya Anda klik Wallet, pada bahagian atas sebelah kanan skrin.
    Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u
  3. Masukkan PIN untuk eWallet Anda.
    Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u
  4. Jika diperhatikan balance eWallet kami adalah RM0.10. Untuk Topup eWallet ini Anda klik Top Up MAE.
    Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u
  5. Disini Anda dikehendaki untuk memasukkan Password Maybank2u, jika Anda mempunyai Maybank2u.
  6. Masukkan Password Maybank2u Anda. Lepas tu Anda klik Continue.
    Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u
  7. Seterusnya masukkan amount yang hendak di topup ke dalam aplikasi eWallet MAE Anda, disini kami masukkan RM10.
    Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u
  8. Seterusnya Anda klik butang Topup Now.
    Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u
  9. Topup Successful, lepas tu Anda klik butang Done.
    Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u
  10. Topup untuk eWallet MAE telah berjaya dan jika diperhatikan daripada balance tersebut caj RM10.10. Maksudnya Anda telah topup sebanyak RM10 untuk eWallet ini.
    Cara Topup Aplikasi E-wallet MAE by Maybank2u via Website Portal Online

Topup e-wallet MAE melalui Maybank2u adalah cara yang mudah dan selamat untuk menambahkan wang ke dalam e-wallet MAE. Pengguna boleh menambahkan wang dengan menggunakan akaun bank Maybank yang berdaftar dengan Maybank2u.

Proses topup akan dilakukan dalam masa yang singkat dan wang akan ditambahkan ke dalam e-wallet MAE dengan segera. Pastikan jumlah yang ditambahkan dalam akaun bank cukup sebelum melakukan transaksi, jika tidak transaksi akan ditolak.

Kalau nak sembunyikan baki akaun MAE Anda, Anda boleh follow artikel cara hide baki akaun eWallet MAE Maybank.

MAE Maybank2u ni jugak menawarkan kemudahan dan keselamatan kepada pengguna untuk melakukan transaksi secara online.