Baki akaun MAE boleh dilihat dengan membuka aplikasi MAE by Maybank2u atau dengan menggunakan mesin ATM. Untuk melihat baki akaun MAE menggunakan aplikasi MAE by Maybank2u, pertama-tama Anda perlu log masuk ke akaun Anda dengan menggunakan username dan kata laluan Anda.
Namun, tidak semua orang berasa selesa jika ada pihak lain yang dapat melihat jumlah baki mereka. Untuk hide atau memaparkan jumlah baki akaun eWallet MAE, pengguna boleh mengklik icon wallet/dompet di sudut kanan atas skrin akaun MAE, kemudian klik ikon dompet dalam bahagian baki eWallet MAE.
Cara Hide Baki Akaun eWallet MAE
Yang belum ada akaun MAE lagi, Anda boleh download app MAE di playstore atau apple app store. Sekiranya Anda telah mempunyai akaun MAE atau aplikasi MAE, Anda boleh follow step berikut ni.
- Pertama-tama Anda buka aplikasi MAE, kemudian di bahagian atas tu akan nampak baki akaun ewallet Anda.
- Contoh macam kami, kami dah ada balance RM0.20 jadi macam mana Anda nak sembunyikan? Anda tekan sahaja pada icon wallet diatas.
- Kemudian Anda masukkan nombor PIN kod ewallet Anda.
- Selepas Anda masukkan PIN, tunggu lah sesaat. Seterusnya dia akan tunjukkan nombor akaun MAE dan juga balance. Lalu pada sisi kanan atas skrin ada menu titik tiga, itu adalah menu setting, lepas tu Anda klik pada titik tiga tersebut.
- Dan Anda boleh nampak ada menu hide balance on dashboard, kemudian Anda tekan pada menu hide balance on dashboard.
- Kemudian Anda tekan butang home, dan seterusnya baki akaun Anda sudah tak nampak pada skrin.
- Itulah cara bagiamana Anda nak hide baki akaun dalam ewallet MAE Anda.
- Kalau Anda nak paparkan balik, Anda masuk pada ewallet Anda. Anda akan set balik macam tadi juga sehingga sama seperti macam tadi, tekan pada icon tiga titik.
- Kemudian Anda pilih pada show balance on dashboard.
- Lepas tu Anda boleh tengok semula baki pada ewallet Anda.
Kalau Anda nak tambah nilai kredit Digi, Anda boleh ikuti step dalam artikel cara topup kredit Digi guna MAE.
Itu sahaja perkongsian kami kali ini mengenai cara hide baki akaun ewallet MAE, semoga perkongsian diatas boleh membantu Anda.