Aplikasi MAE Maybank menjadi pilihan utama kerana ia hanya memerlukan perkhidmatan internet pada telefon bimbit. Setiap pelanggan Maybank diwajibkan memiliki perkhidmatan ini agar dapat membuat transaksi pembelian kredit secara online dan pada bila-bila masa.
Kali ini kami akan tunjukkan kepada Anda semua bagaimana untuk topup phone Anda menggunakan aplikasi MAE by Maybank2u. Kepada Anda yang ingin menggunakan aplikasi ini Anda boleh download dan daftar aplikasi tersebut. Lagi elok jika Anda mempunyai akaun Maybank2u.
Topup Phone Guna E-Wallet MAE
Sekiranya Anda sudah mempunyai aplikasi MAE Maybank, Anda boleh ikuti step berikut ni.
- Pertama sekali buka Aplikasi MAE.
- Seterusnya tekan butang Reload Now pada bahagian atas.
- Lepas tu Anda dikehendaki untuk memasukkan Password Maybank2u Anda. Masukkan Password Anda. Seterusnya klik butang Continue.
- Pada bahagian ini, pilih Layanan yang Anda nak gunakan. Sekiranya Anda mengguakan layanan Digi, Anda pilih Digi Internet Reload.
- Seterusnya masukkan Nombor Telefon Anda pada bahagian yang tersedia.
- Seterusnya pilih Amount yang hendak digunakan dan seterusnya klik butang Continue.
- Disini Anda dikehendaki untuk meletakkan lockscreen pada handphone Anda, kepada Anda yang tidak mempunyai Lockscreen, aplikasi ini akan memaparkan untuk Anda membuat Screenlock.
- Anda dikenakan untuk memilih Screenlock Type.
- Disini kami memilih Patternlock Sebagai Lockscreen untuk phone ini.
- Lepas tu Anda tekan butang Activate Now.
- Dan seterusnya tekan butang Confirm.
- OTP PIN akan dihantar ke handphone yang Anda dapatkan untuk aplikasi MAE ini. Masukkan PIN yang Anda terima.
- Enter your ID Number, disini Anda kena masukkan Nombor Kad Pengenalan Anda sebagai bukti pengesahan. Seterusnya Anda klik butang Continue.
- Enter your device name, disini Anda dikehendaki untuk masukkan nama device biasanya akan muncul secara automatik, seterusnya Anda klik butang Continue.
- Disini Anda dikehendaki untuk memilih salah satu akaun yang berada di dalam MAE Anda.
- Seterusnya Anda klik Approve.
- Lalu Anda klik Done.
- Reload Successfull, proses reload menggunakan aplikasi MAE ini telah berjaya.
Itu adalah cara-cara bagaimana untuk Anda reload phone Anda menggunakan aplikasi MAE, cukup mudah kan caranya.
Kalau Anda nak bayar bil elektrik TNB juga boleh melalui MAE, sila ikuti step cara bayar bil TNB guna MAE Maybank2u.
Play Tap Tastic Game MAE Maybank
Seterusnya kita akan bermain permainan Tap Tastic, ini adalah salah satu promosi yang dilancarkan oleh MAE Maybank2u untuk memperkenalkan aplikasi eWallet MAE ini kepada pengguna Maybank dan pengguna bukan Maybank.
- Untuk bermain Tap Tastic ini, Anda just klik pada butang Play Now.
- You Have 1 Chances Left, disini ada satu peluang untuk bermain Tap Tastic.
- Anda boleh menekan baloon yang mana mahu mempunyai hadiah, Win Up To RM 1,000.
- Seterusnya tekan baloon tu dan kami mendapat RM0.10 hadiah daripada permainan Tap Tastic tersebut.
MAE Maybank menjadi pilihan yang popular bagi mereka yang ingin melakukan urusan kewangan dengan cepat dan mudah, tanpa perlu ke bank atau ke kaunter bayaran. Oke rasanya itu sahaja bagaimana untuk topup phone Anda menggunakan aplikasi MAE by Maybank2u.