Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u Online

Posted on

TNB (Tenaga Nasional Berhad) adalah syarikat utiliti terbesar di Malaysia yang menyediakan bekalan elektrik ke seluruh negara. Walaupun ramai orang di Malaysia dah mempunyai bil TNB yang perlu dibayar setiap bulan, masih ramai yang belum tahu cara untuk membayar bil TNB secara online.

Baca habis artikel ini untuk cara bayar bil TNB anda menggunakan aplikasi MAE by Maybank2u dan jadikan akaun TNB ini sebagai favourite supaya ia dapat menyimpan maklumat akaun untuk pembayaran bil yang akan datang.

Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u

Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u

Setiap bulan, TNB akan menghantar bil elektrik kepada pelanggan-pelanggan mereka yang menunjukkan jumlah elektrik yang telah digunakan serta kos yang perlu dibayar.

Bil TNB akan menunjukkan jumlah elektrik yang telah digunakan dalam kilowatt-jam (kWh) serta kadar yang dikenakan untuk setiap kWh elektrik yang digunakan.

Sekiranya Anda nak bayar bil elektrik TNB guna MAE Maybank2u, Anda boleh ikuti step di bawah ini.

  1. Pertama sekali, selepas anda buka aplikasi MAE. Pada laman utama ini, untuk mula membayar bil sebagai contoh bil TNB, tekan pada Pay Bills.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u via App
  2. Seterusnya, tekan sekali lagi pada Pay Bills.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u via App

  3. Pada bahagian ini, ia akan menyenaraikan bil-bil yang boleh dibayar.
  4. Untuk membayar bil TNB, anda boleh saja terus membuat carian pada bahagian ini dengan menaip Tenaga dan terus tekan pada Tenaga Nasional Berhad.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u via App
  5. Kemudian, anda dikehendaki untuk mengisi nombor akaun bil TNB tersebut pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u via App
  6. Selepas itu, isikan pula jumlah bayaran bil yang ingin dibayar. Lepas tu tekan Right di sebelah kanan bawah ini.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u via App
  7. Pastikan nombor akaun bil dan jumlah bayaran adalah betul seperti yang dipaparkan ini. Lepas tu, anda perlu pilih jenis akaun untuk bayaran bil ini sama ada dari akaun simpanan atau dari akaun MAE. Kemudian tekan Pay Now.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u via App
  8. Kemudian, tekan Approve.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u via App
  9. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran bil ini. Untuk menyimpan atau kongsi resit bayaran bil ini, tekan pada Share Receipt.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u via App
  10. Dan jika anda ingin menyimpan maklumat akaun bil TNB ini bagi memudahkan urusan bayaran bil pada masa akan datang, tekan pada Add to Favourite.
  11. Sahkan maklumat akaun TNB ini dengan menekan pada Add to Favourites.
    Cara Bayar Bil TNB Melalui MAE Maybank2u via App

Pelanggan TNB boleh membayar bil elektrik mereka melalui pelbagai cara seperti melalui kaunter di cawangan TNB atau di pejabat pos, melalui mesin ATM, Maybank2u, atau melalui aplikasi MyTNB di telefon bimbit.

Sekiranya Anda perlukan penyata bank, Anda boleh download penyata Maybank melalui aplikasi MAE Maybank2u.