Cara Download Penyata MAE Maybank Online PDF

Posted on

Maybank adalah salah satu bank terbesar di Malaysia yang merupakan sebuah institusi kewangan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia. Bank ini telah lama menjadi pilihan utama bagi kebanyakan orang di Malaysia untuk menyimpan wang mereka serta mengeluarkan pelbagai jenis perkhidmatan kewangan.

Maybank telah mengeluarkan sebuah statement yang menyatakan bahawa mereka akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan-pelanggan mereka serta akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan mereka.

Untuk mewujudkan hal tersebut, Maybank telah melancarakan aplikasi MAE Maybank yang boleh membantu pelanggan uruskan kewangan secara online dan pada bila-bila masa.

Dalam aplikasi Maybank terdapat satu ciri atau fungsi yang boleh digunakan oleh pelanggan untuk dapatkan sejarah transaksi. Ciri tersebut dikenali statement bank atau penyata bank.

Cara Download Penyata MAE Maybank

Cara Download Penyata MAE Maybank

Bagi pengguna akaun MAE Maybank, Anda boleh dapatkan penyata MAE dengan begitu mudah melalui aplikasi MAE, Anda boleh mengikuti langkah-langkah yang kami kongsi dalam artikel ini.

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi MAE, pada laman ini, tekan pada Maybank2u dan lengkapkan saja proses pengesahan tersebut.
    Cara Download Penyata MAE Maybank
  2. Seterusnya, tekan pada akaun MAE.
    Cara Download Penyata MAE Maybank
  3. Pada bahagian ini pula, tekan pada View Statements.
    Cara Download Penyata MAE Maybank
  4. Ia memberi Anda pilihan untuk muat turun Penyata MAE mengikut tahun dan bulan. Jadi, untuk muat turun penyata tersebut, Anda boleh tekan pada butang Share yang terletak di penjuru atas kanan.
    Cara Download Penyata MAE Maybank
  5. Anda boleh terus saja kongsi ke aplikasi Whatsapp, Telegram atau simpan terus dalam bentuk PDF.
    Cara Download Penyata MAE Maybank
  6. Selepas ini, Anda boleh melihat transaksi yang dilakukan dari Akaun MAE seperti duit keluar dana masuk dengan lebih terperinci.

Tiada akaun atau belum instal aplikasi MAE? Jangan risau, sila ikuti panduan cara setup apps MAE Maybank2u.

MAE Maybank2u telah berkembang menjadi salah satu apps perbankan dalam talian yang paling popular di Malaysia, yang boleh membantu memudahkan kehidupan pelanggan Maybank dengan menyediakan perkhidmatan kewangan yang mudah dan cepat diakses.

Itu sahaja perkongsian kali ini mengenai cara cetak penyata Maybank melalui aplikasi MAE, semoga perkongsian diatas boleh bermanfaat. Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai apps MAE, Anda boleh hubungi customer service Maybank.