Hari ini kami akan berkongsi mengenai cara daftar DuitNow di Touch N GO. DuitNow adalah platform perbankan digital yang membolehkan pemindahan wang secara mudah, pantas dan selamat antara akaun bank.
Sementara itu, Touch N GO adalah aplikasi e-wallet yang popular di Malaysia yang membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran.
Dengan DuitNow, pengguna Touch N GO boleh menghantar dan menerima wang dari akaun bank mereka secara terus dari aplikasi Touch N GO.
Untuk memulakan proses pendaftaran, pengguna Touch N GO perlu mempunyai akaun bank yang didaftarkan dengan DuitNow. Proses pendaftaran adalah mudah dan boleh diselesaikan dalam beberapa langkah sahaja.
Cara Daftar DuitNow di Touch N GO
Sebelum Anda daftar DuitNow di Touch N GO, Anda perlu download aplikasi TNG eWallet di Playstore dan Appstore, lepas tu Anda tengok langkah-langkah berikut:
- Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada Profile yang terletak di penjuru atas kanan.
- Kemudian, Anda perlu scroll ke bawah dan tekan pada DuitNow.
- Selepas itu, tekan pada Link eWallet with DuitNow.
- Seterusnya, tekan pada Activate Touch ‘n Go eWallet.
- Pada bahagian ini, sahkan nombor telefon tersebut dan Anda tekah bersetuju dengan terma dan syarat pengaktifan DuitNow dengan menekan pada Confirm.
- Kemudian, isikan saja nombor OTP yang diterima pada ruangan ini.
- Akhir sekali, ia akan paparkan status pengaktifan tersebut.
- Selepas ini, kawan atau keluarga Anda boleh buat pindahan duit dari akaun bank mereka ke akaun Anda hanya menggunakan nombor telefon Anda.
Tahukah Anda kalau TNG ni boleh buat macam-macam pembayaran bil? Kalau Anda nak tahu cara bayar bil Astro melalui Touch N GO, Anda boleh ikuti step dalam blog ni ye.
Soalan Lazim
Di bawah ini adalah beberapa soalan dan jawapan mengenai cara daftar DuitNow di Touch N GO mungkin boleh membantu Anda.
1. Adakah perlu mempunyai akaun bank untuk mendaftar DuitNow di Touch N GO?
Ya, pengguna perlu mempunyai akaun bank yang didaftarkan dengan DuitNow untuk mendaftar dan menggunakan perkhidmatan DuitNow di Touch N GO.
2. Apa kegunaan DuitNow di Touch N GO?
DuitNow membolehkan pengguna Touch N GO menghantar dan menerima wang secara terus dari akaun bank mereka melalui aplikasi Touch N GO.
3. Berapa lama proses pendaftaran DuitNow di Touch N GO?
Proses pendaftaran boleh diselesaikan dalam beberapa langkah sahaja dan mengambil masa beberapa minit sahaja.