Kita semua tahu betapa pentingnya hiburan di rumah dan salah satu cara yang paling popular untuk mendapatkan hiburan di rumah adalah melalui langganan Astro.
Namun, apabila tiba masanya untuk membayar bil bulanan, terkadang kita terlupa atau sibuk dengan kerja sehingga terlepas bayar.
Tetapi jangan risau, kerana kini bayaran bil Astro boleh dilakukan dengan lebih mudah melalui aplikasi Touch n Go eWallet. Anda tidak perlu lagi ke kedai pembayaran atau membayar secara manual melalui kaunter.
Dalam perkongsikan kali ini, kami akan kongsikan step cara bayar bil Astro melalui Touch n Go.
Cara Bayar Bil Astro Melalui Touch N GO TNG
Pertama sekali, pastikan Anda mempunyai aplikasi Touch n GO eWallet yang telah dimuat turun di telefon pintar Anda.
Jika belum ada, Anda boleh download aplikasi tersebut di App Store atau Google Play Store.
Lepas tu sila log masuk ke dalam aplikasi Touch n GO eWallet, lalu ikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah pertama Anda buka aplikasi TNG eWallet.
- Anda pastikan eWallet Anda adalah cukup untuk bayar bil.
- Jadi untuk bayar Bil Astro Anda klik pada Bills.
- Dan Anda tekan pada Bills lagi sekali.
- Di bahagian bawah, dibahagian TV & Radio disana ada Astro, lalu Anda klik pada Astro tersebut.
- Seterusnya Anda masukkan Nombor Akaun Astro.
- Seterusnya Anda masukkan Amount yang Anda nak bayar, minimum RM10.
- Lepas Anda dah masukkan Nombor Akaun Astro dan Amount Astro yang Anda nak bayar, lalu Anda klik pada Pay Now.
- Dia minta No PIN, lalu Anda masukkan Nombor PIN Anda.
- Status paid, maksudnya Anda dah pun berjaya membuat pembayaran astro melalui TNB eWallet.
- Lalu Anda boleh klik pada bahagian Done.
- Baki ewallet Anda pun telah berkurang.
Mudah kan? Dengan cara ini, Anda tidak lagi perlu risau kalau kelewatan pembayaran bil Astro Anda. Anda boleh membuat pembayaran di mana sahaja dan pada bila-bila masa yang sesuai untuk Anda.
Selain guna TNG, Anda juga boleh bayar bil Astro guna Maybank2u, CIMB Click, Bank Islam dan banyak lagi.
So, jangan tunggu lagi, bayar bil Astro Anda melalui Touch n Go eWallet hari ini dan nikmati hiburan di rumah Anda tanpa sebarang gangguan.