Aplikasi AmOnline memudahkan Anda untuk membuat transaksi perbankan sama ada pindahan wang, pembayaran dan sebegainya. Melalui aplikasi AmOnline juga, Anda boleh mengaktifkan kad ATM Debit AmBank Anda sebelum boleh digunakan untuk pengeluaran wang di mesin ATM dan sebagainya.
Kad debit Ambank ialah kad bank yang dikeluarkan oleh AmBank. Kad debit Ambank boleh digunakan untuk membuat transaksi kewangan seperti membayar barangan runcit di kedai atau membeli produk atau perkhidmatan dalam talian.
Kad debit Ambank disambungkan ke akaun bank pelanggan, so apabila pelanggan membuat transaksi menggunakan kad, wang akan dikeluarkan terus dari akaun bank pelanggan. Kad debit Ambank juga boleh digunakan sebagai kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai di mesin ATM.
Jadi, dalam artikel ini, kami akan tunjukkan cara mudah untuk Anda mengaktifkan kad ATM Debit AmBank baru Anda melalui aplikasi AmOnline.
Cara Aktifkan Kad Debit AmBank
Sebelum menggunakan kad debit Ambank, pelanggan perlu mengaktifkannya terlebih dahulu. Pengaktifan kad debit Ambank biasanya dilakukan dengan mengisi borang pengaktifan yang disediakan oleh bank atau melalui perbankan internet atau perbankan mudah alih.
Pengaktifan kad debit Ambank diperlukan supaya kad tersebut boleh digunakan untuk membuat transaksi kewangan dalam talian atau di kedai yang menerima pembayaran menggunakan kad bank.
Selain itu, pengaktifan juga diperlukan supaya kad tersebut boleh digunakan sebagai kad ATM untuk mengeluarkan wang tunai di mesin ATM.
Jika kad debit Ambank belum diaktifkan, pelanggan tidak boleh membuat transaksi menggunakan kad dan tidak boleh mengakses ciri yang disediakan oleh kad.
Langkah pengaktifan kad debit AmBank secara online guna aplikasi AmOnline.
- Pertama sekali, Anda buka aplikasi AmOnline di telefon masing-masing.
- Kemudian, Anda tekan pada bahagian Activate Card.
- Pada laman ini, Anda isikan saja nombor kad ATM tersebut pada ruangan yang disediakan.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Continue.
- Pada laman ini pula, isikan nombor kad pengenalan anada pada ruangan yang disediakan. Tekan butang Continue.
- Sebelum Anda boleh menggunakan kad ATM ini, nombor PIN kad tersebut perlu ditetapkan terlebih dahulu.
- Jadi, isikan nombor PIN itu pada ruangan yang disediakan. Lepas tu tekan butang Continue.
- Seterusnya, isikan nombor verifikasi TAC pada laman ini. Klik butang Confirm.
- Akhir sekali, ia akan memaparkan status pengaktifan kad Anda.
- Selepas ini, Anda boleh menggunakan kad ATM tersebut di mesin ATM atau membuat bayaran dikaunter seperti biasa.
Tips Keselamatan Kad Debit AmBank
Berikut ialah beberapa petua yang boleh dilakukan untuk memastikan kad debit sentiasa selamat:
- Sentiasa simpan kad debit di tempat yang selamat, seperti dalam dompet Anda atau di tempat yang sukar dicapai oleh orang lain.
- Jangan berikan maklumat tentang kad debit kepada pihak yang tidak dikenali, termasuk nombor kad, PIN dan maklumat lain yang berkaitan dengan kad debit.
- Jangan simpan maklumat tentang PIN Anda berhampiran kad debit Anda atau di tempat ia boleh didapati dengan mudah oleh orang lain.
- Sentiasa semak baki akaun Anda secara berkala untuk memastikan transaksi yang tidak diingini tidak berlaku.
- Jika Anda menemui transaksi yang tidak diingini atau tidak diketahui, hubungi customer service Ambank dengan segera untuk melaporkan perkara ini.
- Sentiasa periksa mesin ATM sebelum menggunakannya untuk memastikan tiada peranti yang tidak diketahui dipasang pada mesin ATM.
Jadi, setakat itu sahaja perkongsian kali ini, semoga ianya dapat membantu Anda.