Cara Tukar Nombor Telefon AmBank Online ATM Kaunter

Posted on

Ramai pelanggan AmBank yang tidak tahu cara menukar atau kemaskini nombor telefon AmBank. Untuk artikel kali ini kami akan kongsikan kepada Anda, bagaimana cara untuk tukarkan nombor telefon untuk AmBank online banking Anda.

So kepada Anda yang nak tukarkan telefon ataupun nak kemaskini maklumat nombor telefon untuk AmOnline, Anda boleh lah follow step yang kami tunjukkan dalama artikel ni, kami harap artikel ini dapat membantu Anda semua.

Cara Tukar No Telefon Ambank Online

Sebab Anda Perlu Kemaskini No Telefon AmBank

Terdapat beberapa sebab mengapa Anda mungkin perlu menukar nombor telefon AmBank:

1. Nombor telefon lama tidak lagi aktif

Jika Anda tidak lagi menggunakan nombor telefon yang didaftarkan ke akaun bank Anda, maka Anda perlu mengemas kini nombor telefon yang aktif supaya Anda boleh terus mengakses akaun bank Anda.

2. Nombor telefon hilang atau dicuri

Jika seseorang kehilangan nombor telefon atau nombor telefon dicuri, Anda perlu mengemas kini nombor telefon yang didaftarkan ke akaun bank Anda untuk mengelakkan penyalahgunaan akaun.

3. Nombor telefon baharu

Jika seseorang membeli nombor telefon baharu atau bertukar kepada operator selular lain, maka Anda perlu mengemas kini nombor telefon yang didaftarkan ke akaun bank AmBank supaya Anda boleh terus mengakses akaun bank Anda melalui nombor telefon baharu Anda, terutamanya untuk dapatkan TAC atau OTP.

4. Keselamatan

Mengemas kini nombor telefon boleh membantu meningkatkan keselamatan akaun kerana hanya orang yang mempunyai akses kepada nombor telefon yang disenaraikan boleh mengakses akaun bank.

Cara Tukar No Telefon AmBank Online

Untuk Anda tukarkan nombor telefon AmBank Anda, ada dua cara yang Anda yang boleh Anda gunakan:

1. Tukar Nombor Telefon di Kaunter

  1. Yang mana cara yang pertama adalah melalui kaunter AmBank.
  2. So untuk cara ni Anda pergi je kemana-mana kaunter AmBank.
  3. Dan Anda perlu maklumkan kepada pegawai bertugas yang Anda nak membuat pengemaskinian ataupun pertukaran nombor telefon.
  4. Dan yang paling penting bila Anda ke kaunter tu, Anda perlu bawa bersama kad pengenalan dan juga kad ATM AmBank.

2. Tukar Nombor Telefon Melalui Customer Service

Bagi Anda yang tak nak ke kaunter, Anda bokeh menggunakan cara yang kedua.

  1. Yang mana uuntuk cara yang kedua ni adalah melalui panggilan ke customer services AmBank.
  2. Untuk cara ni Anda boleh menghubungi pusat panggilan AmBank pada talian yang tertera ni 03-2178 8888.
  3. Lepas menghubungi talian ni, Anda perlu pilih menu bahasa & pilih nombor 1 iaitu AmOnline.
  4. Lepas tu Anda perlu masukkan nombor IC Anda.
  5. Sila tunggu sebentar untuk Anda bercakap dengan pegawai AmBank.
  6. Untuk cara yang kedua ni dia mengambil masa 3 hingga 5 hari bekerja untuk pihak bank memproses ataupun mengupdate nombor telefon Anda.
  7. Sekiranya Anda nak update nombor telefon Anda dalam kadar yang segera, Anda perlulah menggunakan cara yang pertama yang mana Anda perlulah ke kanter AmBank.

Untuk maklumat Anda semua, pertukaran atau pengemaskinian nombor telefon untuk AmBank ni dia tak boleh buat melalui mesin ATM dan juga tak boleh buat lewat AmOnline banking. Kalau Anda nak tingkatkan limit transaksi, Anda boleh baca artikel cara tukar limit transaksi AmBank.

So kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga artikel ini bermanfaat dan berguna kepada Anda semua