Cara Download Penyata AmBank Guna Aplikasi AmOnline

Posted on

Statement bank atau penyata bank ialah laporan yang menunjukkan transaksi kewangan yang telah dibuat pada akaun bank. Penyata bank biasanya dikeluarkan oleh bank secara berkala, biasanya setiap bulan, dan boleh diakses oleh pelanggan melalui perbankan internet atau dengan melawat cawangan AmBank yang berdekatan.

Penyata bank AmBank akan menunjukkan semua transaksi yang telah dibuat ke akaun bank yang Anda miliki. Ini termasuk pembayaran yang telah Anda buat, wang diterima, baki akaun dan maklumat lain yang berkaitan dengan akaun bank Anda. Penyata bank juga boleh menunjukkan maklumat tentang yuran atau faedah yang telah dicajkan ke akaun Anda.

Untuk dapatkan penyata AmBank, Anda boleh menggunakan perkhidmatan perbankan internet AmBank online ataupun aplikasi AmOnline yang disediakan oleh pihak bank. Anda juga boleh melawat cawangan AmBank dan meminta pegawai bank untuk mencetak penyata bank Anda.

Sebelum pergi ke cawangan AmBank, pastikan Anda membawa kad pengenalan yang sah dan maklumat akaun bank yang Anda miliki, supaya pegawai boleh mengesahkan identiti Anda dan mengeluarkan penyata bank yang Anda inginkan.

Pada artikel kali ini kami akan kongsikan cara muat turun penyata AmBank melalui aplikasi AmOnline.

Cara Muat Turun Penyata Ambank melalui Aplikasi Amonline

Cara Muat Turun Penyata AmBank melalui Aplikasi AmOnline

Bagi Anda yang tidak mempunyai akaun AmOnline, Anda boleh mendaftar dahulu. Sila ikuti panduan cara daftar AmBank online banking.

Berikut ini kami nak kongsikan cara muat turun penyata AmBank via aplikasi mobile.

  1. Pertama sekali Anda buka aplikasi AmOnline.
    Cara Muat Turun Penyata Ambank via Amonline App
  2. Lepas tu Anda login seperti biasa.
    Cara Muat Turun Penyata Ambank via Amonline App
  3. Masukkan Kata Laluan Anda, lepas tu Anda klik pada butang Log In Now.
    Cara Muat Turun Penyata Ambank via Amonline App
  4. Langkah seterusnya, klik pada Saving/Current Account.
    Cara Muat Turun Penyata Ambank via Amonline App
  5. Klik pada Tap for Quick Actions.
    Cara Muat Turun Penyata Ambank via Amonline App
  6. Lepas tu Anda klik pada View eStatement.
    Cara Muat Turun Penyata Ambank via Amonline App
  7. Hanya dalam tempoh 6 bulan terkini sahaja Penyata akan disiarkan di dalam sistem.
  8. Anda hanya perlu pilih sahaja pada bulan yang diperlukan, kemudian Anda klik Download.
    Cara Muat Turun Penyata Ambank via Amonline App
  9. Anda juga boleh kongsikan penyata melalui Emel, WhatsApp dan Lain-lain Platform.
    Cara Muat Turun Penyata Ambank via Amonline App
  10. Lepas tu Anda klik Logout.
    Cara Muat Turun Penyata Ambank via Amonline App

Untuk makluman Anda, penyata bank boleh digunakan sebagai salah satu dokumen yang diperlukan untuk melengkapkan keperluan permohonan pinjaman.

Melalui penyata bank, bank atau syarikat pemberi pinjaman boleh mengetahui maklumat tentang keupayaan kewangan seseorang, seperti pendapatan tetap/gaji, perbelanjaan bulanan, dan baki yang tinggal dalam akaun bank.

Penyata bank juga boleh digunakan sebagai asas untuk menentukan jumlah pinjaman peribadi yang akan diberikan, serta jumlah faedah yang akan dikenakan.

Selain itu, penyata bank juga boleh digunakan sebagai bukti bahawa pemilik akaun mempunyai akaun bank yang aktif dan boleh digunakan untuk membayar balik pinjaman yang telah diberikan.