Soalan keselamatan Touch ‘n Go eWallet adalah satu lagi lapisan keselamatan yang ditawarkan oleh Touch ‘n Go eWallet. Ini adalah pertanyaan keselamatan yang Anda perlu menjawab sekiranya Anda ingin membuat perubahan pada akaun Anda, seperti menukar nombor telefon atau kata laluan.
Soalan keselamatan Touch ‘n Go eWallet ni dipilih semasa Anda mendaftar akaun Touch ‘n Go eWallet. Anda diminta untuk memilih satu pertanyaan dan memberikan jawapan yang hanya Anda yang tahu. Pastikan jawapan Anda mudah diingat dan tidak mudah ditebak oleh orang lain.
Jika Anda ingin membuat sebarang perubahan pada akaun Anda, Anda perlu menjawab soalan keselamatan Touch ‘n Go eWallet ini terlebih dahulu sebagai langkah pengesahan. Ini membantu untuk memastikan bahawa akaun Anda selamat dan dilindungi daripada aktiviti penipuan atau penyalahgunaan akaun.
Anda harus menjaga soalan keselamatan Touch ‘n Go eWallet Anda dengan selamat dan tidak berkongsi dengan sesiapa untuk mengelakkan sebarang penipuan.
Terlupa Soalan Keselamatan Touch ‘n Go eWallet
Jika Anda lupa jawapan kepada soalan keselamatan Touch ‘n Go eWallet, Anda perlu menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Touch ‘n Go untuk mendapatkan bantuan dalam mengakses akaun Anda atau Anda boleh ikuti step berikut ni untuk Anda menukar soalan keselamatan tersebut jika terlupa.
- Pertama sekali, Anda buka aplikasi Touch ‘N Go eWallet
- Kemudian pada laman utama ini, tekan pada Icon Profile yang terletetak dipenjuru atas kanan.
- Seterusnya, pada bahagian ini, Anda tekan pada Settings.
- Pada laman ini, untuk menukar soalan keselamatan tersebut, Anda tekan pada Reset Security Questions.
- Untuk verifikasi, Anda perlu masukkan 6 digit terakhir nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan ini.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Submit.
- Pada laman ini pula, Anda boleh menukar soalan keselamatan tersebut.
- Anda perlu pilih mana-mana Soalan Keselamatan beserta dengan jawapan bawahnya.
- Sekiranya sudah selesai, tekan butang Submit dan penukaran tersebut sudah berjaya.
Sekiranya Anda nak dapatkan kad Visa Touch N GO, Anda boleh follow step dalam artikel cara mohon kad Visa Touch N GO secara online.
Jadi setakat itu sahaja artikel kami pada kali ini, semoga Anda semua dapat berjaya dalam menukar soalan keselamatan Touch ‘n Go eWallet.