Penyata AmBank ialah dokumen yang memaparkan butiran transaksi dan baki akaun bank yang Anda miliki di AmBank. Fungsi utama penyata AmBank adalah sebagai bukti atau dokumen rasmi yang merekodkan semua transaksi yang berlaku dalam akaun bank Anda.
Penyata AmBank atau statement bank boleh digunakan sebagai bukti pembayaran atau bukti transaksi yang telah dibuat, seperti membayar bil, memindahkan dana ke akaun lain, atau membeli produk atau perkhidmatan menggunakan kad debit atau kredit. Penyata AmBank juga boleh digunakan untuk mengetahui baki akaun semasa Anda, serta menyemak butiran transaksi yang telah dibuat.
Penyata AmBank boleh diakses melalui perkhidmatan perbankan internet AmBank Online atau app AmOnline. Untuk perkongsian kali ini kami just nak share cara untuk print penyata akaun AmBank online banking secara online, tanpa perlu Anda ke kaunter AmBank.
Cara Dapatkan Penyata Akaun Ambank Secara Online
Jadi sekiranya Anda nak dapatkan penyata ambank, Anda hanya perlu follow step yang kami tunjukkan dalam artikel ini. Dan kami harap artikel ini dapat membantu Anda semua.
- Untuk permulaan Anda perlu ke website AmBank online https://ambank.amonline.com.my
- Kemudian Anda perlu log masuk akaun Ambank Online Banking Anda.
- Anda masukkan Username.
- Lepas tu dan masukkan Password, dan Anda klik Log In.
- Oke pada paparan utama ni, bagi mereka yang nak Print atau Download akuan Ambank Online Banking Anda.
- Anda perlu klik pada bahagian e-Statement.
- Kemudian akan ada senarai statement untuk bulan bulan sebelum ini. Contoh dari bulan juni sehinggalah bulan oktober.
- So kalo Anda nak klik Statement, apa yang Anda perlu buat adalah Anda klik sahaja pada salah satunya.
- Dan Automatik Statement akan dipaparkan, bagi mereka yang nak download, Anda perlu klik pada icon kanan atas.
- Lalu automatik sistem akan download penyata akaun AmBank Anda.
- Bagi mereka yang tak nak dapatkan penyata untuk bulan yang tiada, contohnya macam bulan Mei, bulan April ataupun bulan March.
- Anda perlu ke kaunter ambank untuk mendapat penyata bagi bulan-bulan tersebut.
Tiada akaun AmBank online atau AmOnline? Tak perlu risau, jom ikuti cara daftar AmBank online banking.
Cara Print Penyata AmBank di ATM
Pergi ke mana-mana mesin ATM AmBank yang berdekatan, lepas tu sila ikuti step berikut:
- Masukkan kad ATM Ambank Anda.
- Pilih Bahasa. Contoh Anda pilih Bahasa Melayu sebab lebih mudah faham.
- Masukkan PIN.
- Pilih Lain- lain Urusniaga.
- Pilih Lain- lain Perkhidmatan.
- Pilih Penyata Ringkas/Penyata Mini.
- Penyata ringkas akan dicetak keluar.
- Selesai.
Penyata AmBank juga boleh diperolehi secara fizikal di cawangan bank terdekat, atau dihantar melalui pos ke alamat Anda.
Jika Anda memerlukan penyata AmBank yang lebih lengkap, Anda boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan AmBank untuk meminta penyata yang lebih terperinci.