Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank AmOnline

Posted on

Kalau sebelum ni nak membuat pemindahan wang ataupun transfer duit ke luar negara proses pemindahan wang tersebut adalah rumit dan tak semua tempat menyediakan kemudahan untuk membuat transaksi tersebut.

Namun pada hari ini pemindahan wang ataupun transfer duit dapat dilakukan dimana mana sahaja dan yang paling penting ia ini lebih mudah, selamat dan cepat.

Tahukah Anda, kebanyakan bank-bank di Malaysia telah menyediakan kemudahan ini dan sekiranya Anda ingin menggunakan AmBank untuk transaksi transfer duit ke luar negara, Anda boleh ikuti tutorial cara untuk membuat pemindahan wang ke luar negara melalui AmBank online banking ataupun yang sering dikenal AmOnline berikut ini.

Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank

Cara Transfer Ke Indonesia Melalui AmBank

Untuk maklumat Anda semua pemindahan wang keluar negara akan diproses di pusat kiriman wang terletak di Kuala Lumpur pada hari berikutnya. Misalnya bila Anda transfer hari ini, resit baharu transaksi Anda tu akan diproses.

Dan sekiranya Anda melakukan transaksi pada hari sabtu, ataupun hari cuti umum transaksi Anda akan di proses pada hari bekerja berikutnya.

Limit harian pula adalah minimal RM250 hingga RM10,000. Untuk melakukan kiriman wang luar negara Anda mestilah menggunakan aplikasi AmOnline. Sebabnya pada website AmOnline banking memang tak boleh, hanya boleh dilakukan lewat aplikasi sahaja

  1. So apa perlu tunggu lagi, Anda perlu install aplikasi AmOnline pada telefon Anda.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank via Mobile Banking
  2. Dan lepas Anda dah siap install, barulah Anda boleh log lah log masuk akaun AmBank Banking Anda.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank via Mobile Banking App
  3. So untuk Anda transfer ke luar nagara, apa yang Anda perlu lakukan adalah Anda pelru klik pada bahagian Transfer Overseas.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank via Mobile Banking Apps
  4. Lepas tu dekat sini Anda perlu pilih jenis mata wang negara yang nak Transfer, contohnya transfer ke indonesia, lalu Anda pilih Indonesian Rupiah.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank via Mobile Banking Application
  5. Seterusnya Anda perlu masukkan jumlah yang Anda nak transfer, minimal amount adalah rm250 dan maximum adalah RM10,000.
  6. So Anda taip saja jumlah wang yang Anda nak transfer. Dan akan keluar jumlah dalam bentuk mata wang Indonesia iaitu Rupiah.
  7. Lepas tu Anda akan kena caj perkhidmatan iaitu sebesar RM25. Jadi jumlah keseluruhan yang Anda perlu bayar adalah RM275.
  8. Lepas tu Anda perlu klik pada bahagian Continue.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank via Mobile App
  9. Lepas tu Anda perlu masukkan butiran maklumat bank penerima. Pertama Anda perlu pilih negara bank tersebut berada.
  10. Lepas tu Anda taip nama Bank Penerima.
  11. Lalu Anda perlu masukkan Nombor Akaun Penerima.
  12. Lepas tu Anda perlu masukkan Nombor BIC ataupun Nombor Swift Code.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank via Mobile Apps
  13. BIC ini adalah bank Identifier Code, kalo Anda tak tahu Anda boleh check google tantang Swift Code untuk bank yang Anda nak.
  14. Dekat sini akan keluar macam ni, Anda cari lah Bank Penerima Anda.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank via Mobile Application
  15. So Anda masukkan Swift Code tersebut.
  16. Bila dah siap masukkan Swift Code tuh, lalu Anda masukkan pula alamat.
  17. Untuk bahagian alamat ni Anda boleh masukkan alamat penerima sekiranya Anda tahu.
  18. Sekiranya Anda tak tahu, Anda boleh biar kosongkan sahaja.
  19. Lepas dah siap masukkan maklumat bank, sila semak lagi sekali dan sekiranya betul Anda boleh klik pada bahagian Continue.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank guna Mobile App
  20. Dekat sini Anda boleh masukkan nama penerima Anda, sila masukkan nama penuh penerima.
  21. Status Kewarga Negaraan.
  22. Status Kerakyatan Penerima.
  23. Dan last sekali ialah masukkan alamat surat menyurat penerima Anda.
  24. Bila Anda dah isi semua maklumat yang diperlukan.
  25. Lepas Anda dah isi semua maklumat Penerima, Anda perlu klik pada bahagian Continue.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank guna Mobile Application
  26. Lepas tu Anda perlu pilih Tujuan Pemindahan Anda. So Anda boleh pilih yang mana tujuan yang sesuai.
  27. Lepas tu Anda boleh masukkan pula nombor rujukan penerima.
  28. Untuk nombor rujukan ni Anda boleh masukkan sama ada Nombor Kad Pengenalan ataupun Nombor Passport ataupun Nombor Telefon penerima.
  29. Dan untuk langkah seterusnya Anda perlu tekan pada bahagian Continue.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank guna Mobile Apps
  30. Dekat sini dia akan paparkan maklumat yang dah Anda isi tadi, sila pastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah betul dan tepat. Kalo dah betul lalu Anda pilih Agree & Continue, dan transaksi Anda dah pun selesai.
    Cara Transfer Ke Luar Negara Melalui Ambank guna Mobile Banking Application

Itu sahaja cara-cara untuk Anda membuat pemindahan wang ke luar negara melalui AmOnline banking. Sekiranya Anda mempunyai masalah, ataupun pertanyaan atau Anda risau untuk melakukan transaksi Anda, kami nasihatkan Anda untuk menghubungi customer service AmOnline pada 03-2178 8888 untuk dapatkan bantuan.