AmBank Online, atau AmOnline, ialah perkhidmatan perbankan internet daripada AmBank. Perkhidmatan ini menawarkan kemudahan dan kelajuan dalam menjalankan transaksi perbankan dalam talian, seperti pemindahan dana, pembayaran bil dan banyak lagi.
Pengguna boleh mengakses AmOnline dengan mudah melalui laman website atau aplikasi AmOnline yang tersedia di App Store dan Google Play Store. Selain itu, AmOnline juga menyediakan ciri-ciri yang memudahkan pengguna menjalankan aktiviti perbankan, seperti ciri pembayaran pantas dan ciri tambah nilai (topup kredit).
Untuk boleh menggunakan perkhidmatan AmOnline, pengguna mesti terlebih dahulu mendaftar dan menjadi pelanggan AmBank. Proses pendaftaran boleh dibuat secara online atau di cawangan AmBank terdekat. Setelah mendaftar, pengguna akan dapatkan username dan password yang boleh digunakan untuk log masuk ke perkhidmatan AmOnline.
Dengan AmOnline, pengguna boleh menjalankan aktiviti perbankan dengan mudah, cepat dan selamat. Perkhidmatan ini sangat berguna untuk mereka yang sibuk atau tiada masa untuk datang ke cawangan bank.
Pada artikel kali ini kami akan kongsikan bagaimana cara membuat pendaftaran AmBank melalui online banking iaitu AmOnline.
Cara Daftar Ambank Online Banking
So bagi Anda yang mempunyai akaun Ambank dan masih belum mendaftar online banking, Anda boleh follow step yang kami tunjukkan dalam artikel ini dan kami harap artikel ini dapat membantu Anda.
Syarat Daftar AmOnline
Anda mesti mempunyai salah satu syarat berikut:
- Debit Card
- Credit Card/Credit-i
- Mortgage
- Hire Purchase/i
- Personal Loan
Untuk makluman, Anda juga boleh aktifkan kad debit AmBank secara online. Sila ikuti step cara aktifkan kad debit AmBank dalam artikel tersebut.
Lepas tu Anda boleh ikuti step berikut:
- Langkah yang pertama untuk membuat akaun AmBank, Anda perlu ke website https://ambank.amonline.com.my
- Lepas tu untuk tujuan pendaftaran, Anda perlu klik pada bahagian Register.
- Sekaran Anda perlu masukkan username yang Anda nak gunakan. Untuk username ni Anda perlu menggabungkan nombor dan huruf dan pastikan username yang Anda guna tu tidak mempunyai jarak, panjang username adalah 6-15 digit.
- Langkah yang seterusnya Anda perlu buat Password ataupun Anda perlu cipta kata laluan untuk AmBank online banking Anda.
- So untuk Password ni, pastikan Anda tidak menggunakan username Anda sebagai password dan Anda mestilah menggabungkan huruf besar, huruf kecik, nombor dan simbol. Ini adalah contoh Password yang mungkin Anda boleh gunakan nanti : AzamPAndai@7*
- Lepas Anda dah siap membuat Password, Anda perlu menyalin semula Password yang Anda cipta tadi.
- Lepas tu Anda boleh pilih Gambar Keselamatan untuk akaun Anda.
- Sekiranya Anda tak suka dengan gambar yang dipaparkan, Anda boleh klik Refresh dan Anda bolehlah membuat carian lain. Sekiranya Anda dah jumpa, Anda perlu klik pada gambar yang Anda nak guna. Dan seterusnya Anda klik Continue.
- Lepas tu Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan Anda. Seterusnya Anda masukkan pula alamat email dan juga nombor telefon Anda.
- Untuk pendaftaran, Anda boleh menggunakan Debit Card, Credit Card dan sebagainya.
- Contoh Anda akan menggunakan kad debit untuk mendaftar ambank online banking, So klik pada bahagian Debit Card dan lepas tu Anda masukkan nombor kad debit Anda, masukkan nombor yang berada pada kad debit iaitu 16-digits. Lepas Anda dah masukkan nombor kad debit Anda, Anda perlu masukkan pula nombor PIN kad debit Anda, nombor ni adalah 6 digits. Klik Continue.
- Seterusnya Anda perlu semak lah semua maklumat yang dipaparkan, sila pastikan maklumat yang dipaparkan adalah betul dan tepat. Dan sekiranya semua maklumat tersebut adalah betul dan tepat, Anda perlu klik pada bahagian Agree dan Submit.
- So Anda dahpun berjaya membuat pendaftaran ambank online banking, dan Anda boleh login akaun ambank online banking atau AmOnline Anda.
- Klik pada Login untuk terus Login.
- Sila masukkan Username yang dah Anda buat tadi, bila dah siap, Anda klik Login In Now.
- Dan sila pastikan sekuriti imej yang dipaparkan adalah sememangnya milik Anda, lalu Anda klik Yes.
- Lepas tu Anda masukkan Password ambank online Anda, dan Anda klik Login.
- Anda perlu membuat pengesahan tac bagi tujuan keselamatan. So dekat sini Anda perlu semak SMS Anda dan dan nombor tac yang Anda terima pada sms tu dan Anda klik Confirm.
- So ini lah paparan utama dalam ambank online banking, disebabkan Anda baru mendafatar ambank online Anda tentu sahaja Anda perlu mengupdate maklumat pribadi Anda. So, Anda klik pada bahagian Update Now.
- Anda akan dibawa kabahagian update information. Sekarang Anda boleh lah update maklumat peribadi Anda, Anda nak Update Alamat Email, Alamat Rumah, Nombor Telefon dan semua yang berkaitan dengan Anda. Lepas tu Anda klik Continue.
- Seterusnya Anda perlu update juga maklumat perkerjaan Anda, Anda bolehlah pilih jenis perkerjaan Anda.
- Lepas tu masukkan pula nama majikan, kalau Anda bekerja sendiri Anda boleh taip nama Anda sendiri.
- Lepas tu Anda pilihlah pekerjaan Anda, ataupun perniagaan Anda.
- Seterusnya Anda perlu pilih jumlah pendapatan Anda untuk setahun.
- Lepas tu Anda pilihlah maklumat sumber dana Anda, sekiranya Anda dapatkan daripada gaji sekiranya pelaburan Anda pilih mengikut kesesuaian Anda.
- Lepas tu Anda pilih tujuan Anda buka akaun ambank.
- Dan untuk maklumat yang Anda isi tadi adalah untuk maklumat simpanan AmBank sahaja.
- Dan bila Anda dah siap isi semua maklumat yang diminta, Anda perlu klik Continue.
- Dan last sekali kalo Anda dah yakin dengan maklumat yang Anda masukkan tadi, Anda klik Yes Proceed.
- Anda akan menerima SMS TAC untuk pengesahan, sila semak SMS dan masukkan nombor TAC tersebut. Last sekali Anda klik Confirm.
- Sekarang Anda pun dah siap kemaskini maklumat peribadi Anda dan Anda bolehlah menggunakan ambank online banking Anda.
- Anda dah boleh membuat transfer pembayaran bill dan sebagainya.
Soalan Lazim
Berikut adalah soalan dan jawapan mengenai pendaftaran AmBank online.
1. Kalau pakai HP boleh ke daftar online banking ambank?
Anda daftar melalui browser internet ye, nanti setkan sebagai desktop view ye.
2. Perlu daftar ATM ke?
Anda perlu ke kaunter untuk kemaskini nombor telefon ye.