Dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank Rakyat melalui perkhidmatan internet banking iRakyat pelanggan dapat memepercepatkan transaksi setiap di Bank Rakyat. Pelanggan boleh melakukan transaksi secara online tanpa perlu ke kaunter ataupun ATM Bank Rakyat.
Untuk dapat menggunakan perkhidmatan online banking iRakyat, Anda perlu mendaftar nombor telefon untuk dapatkan kod pengesahan TAC.
Bagi Anda yang ingin menukar nombor telefon Bank Rakyat sebab bila request TAC tak dapat-dapat ataupun no telefon expired, Anda boleh ikuti step cara tukar no telefon Bank Rakyat berikut.
Cara Kemaskini No Telefon Bank Rakyat Online
Jadi untuk Anda melakukan transaksi melalui irakyat, Anda perlu mendaftar nombor telefon Anda di Bank Rakyat, sekiranya nombor telefon yang Anda daftarkan telah hilang ataupun telah tamat tempoh, Anda perlu membuat pengemaskinian nombor telefon Anda yang baru.
Ada 3 cara untuk kemaskini nombor telefon untuk Bank Rakyat.
Apa itu TAC
Kod TAC atau ringkasan kepada Transaction Authorization Code merupakan nombor rahsia yang akan dihantar kepada pengguna, bagi mengesahkan transaksi yang ingin digunakan.
Setiap transaksi yang pelanggan lakukan di laman website iRakyat memerlukan TAC (Transaction Authorisation Code). Perlu Anda ketahui kalau TAC ini amat penting sekali.
TAC Bank Rakyat diwajibkan untuk beberapa transaksi kerana ia merupakan ciri-ciri tambahan keselamatan untuk melindungi akaun bank Anda dari hacker atau jenayah.
Kemaskini No Telefon Bank Rakyat Online via Kaunter
Yang mana cara pertama adalah melalui kaunter Bank Rakyat. Untuk cara ni, sila hadir ke cawangan Bank Rakyat.
- Sila bawa bersama kad pengenalan beserta kad atm ataupun kad debit Bank Rakyat.
- Dan sila ambil nombor giliran dan tunggu sehingga no Anda dipanggil.
- Seterusnya Anda perlu memaklumkan kepada pegawai yang bertugas, yang Anda ingin membuat pertukaran nombor telefon yang baru.
Cara Tukar No Telefon Bank Rakyat Online via Customer Services
Cara yang kedua, adalah melalui panggilan telefon iaitu tele-Rakyat:.
- Untuk cara ni Anda perlu Call Customer Service Bank Rakyat dipaparan pada nombor ni 1-300-80-5454.
- Sila maklumkan kepada pegawai bank yang Anda ingin mengemaskini nombor telefon.
- Pegawai tersebut akan membantu Anda sehingga nombor telefon Anda berjaya dikemaskini.
Nota: Untuk penukaran nombor telefon secara panggilan, tidak lagi boleh dilakukan. Sekarang ni hanya boleh melalui email dan ke cawangan yang berdekatan sahaja.
Cara Kemaskini No Telefon Bank Rakyat Online via Email
Cara yang ketiga pula adalah melalui Email.
- Untuk cara ini Anda perlu menghantar satu email baru ke alamat email telerakyat@bankrakyat.com.my..
- Dan ini adalah contoh email yang kami dah hantar kepada telerakyat@bankrakyat.com.my
- Lepas Anda dah antar email ini, pihak Bank Rakyat akan membalas email Anda
- So pastikan Anda selalu Semak Email Anda
- Dan dekat email yang dihantar oleh pihak Bank Rakyat akan ada dua document yang mana borang yang pertama adalah borang untuk pengemaskini maklumat
- Dan dokumen yang kedua adalah panduan untuk mengisi borang pengemaskinian maklumat
- Selepas Anda dah isi borang tersebut, Anda perlu mengupload semula borang tersebut di website https://enquiries.bankrakyat.com.my/
- Untuk maklumat Anda, proses pengemaskini nombor telefon melalui email akan mengambil masa 3-5 hari bekerja
So itu sahaja 3 cara untuk tukar atau kemaskini nombor telefon Bank Rakyat.
Soalan Lazim
Berikut adalah pertanyaan dan jawapan mengenai penukaran no telefon Bank Rakyat.
1. Kalau tak ada iRakyat online banking, tetap boleh guna cara ni tak kemaskini no telefon?
Boleh je, Anda coba buat dulu ye.
2. Kalau borang tak dapat tapi suruh tunggu 3 hari untuk maklum balas email saya dah di terima
Anda tunggu dulu ye, kalau tak dapat juga Anda try emel ke alamat ni telerakyat@bankrakyat.com.my
3. Saya ada buat penukaran nombor telefon melalui email, pihak Bank Rakyat balas dan suruh saya isi borang (nombor telefon baru). Selepas itu, saya tidak menerima apa-apa panggilan daripada mereka. Apa perlu buat?
Kami nasihatkan Anda untuk hubungi 1-300-80-5454 untuk dapatkan jawapan dan semakan lanjut.
4. Saya ada buat penukaran no talipon di kaunter, tapi sehingga ke hari ini masih lagi TAC dihantar ke nombor yang lama, mengapa ya?
Sila hubungi 1-300-80-5454 untuk dapatkan jawapan dan pengkemaskinian.