Hari ni kami nak kongsikan dengan Anda cara-cara nak aktifkan fungsi DuitNow QR Bank Rakyat. Apa tu DuitNow QR? DuitNow QR adalah satu fungsi untuk membuat pembayaran secara mudah dan pantas dengan menggunakan aplikasi mudah alih.
Dengan DuitNow QR, Anda boleh buat pembayaran dengan hanya menggunakan kod QR yang terdapat pada gerai-gerai peniaga.
Pertama sekali, Anda perlu download aplikasi Bank Rakyat Mobile Banking (iRakyat). Lepas tu, Anda perlu daftar akaun dan log masuk ke dalam aplikasi tu.
Cara Aktifkan Fungsi DuitNow QR Bank Rakyat
Pertama sekali Anda perlu muat turun terlebih dahulu aplikasi Bank Rakyat iaitu iRakyat, Anda boleh muat turun di Playstore ataupun App Store, lepas tu Anda boleh tengok pada tutorial dibawah ini:
- Anda buka aplikasi iRakyat pada telefon bimbit Anda.
- Sebelum tu Anda kena Update aplikasi iRakyat terlebih dahulu.
- Lepas tu Anda buka Playstore ataupun App Store.
- Seterusnya Anda klik pada butang Update.
- Sila tunggu sekejap untuk update aplikasi iRakyat Anda.
- Bila dah selesai update, Anda login seperti biasa ke akaun iRakyat Anda.
- Pada laman utama ni, sila pilih pada menu Scan QR.
- Seterusnya Anda diminta untuk masukkan password Anda.
- Bila dah selesai, Anda klik pada butang Next.
- Pada laman seterusnya, Anda boleh baca Terma & Syarat.
- Seterusnya Anda klik pada bahagian Agree & Proceed.
- Anda boleh pilih guna mana-mana akaun untuk pembayaran Anda.
- Bila dah selesai, Anda klik pada butang Next.
- Lepas tu Anda perlu setkan pula Limit Harian yang Anda nak.
- Bila Anda dah siap setkan kedua limit tersebut, Anda perlu klik pada bahagian Terma & Syarat.
- Lepas tu Anda klik pada bahagian Confirm & Request TAC.
- Untuk TAC ni Anda boleh terima melalui SMS, jadi sila semak SMS Anda.
- Dan Anda perlu masukkan TAC tersebut dekat bahagian sini. Lepas tu Anda klik pada bahagian Proceed.
- So bila dia paparkan status macam ni, maksudnya Anda telah berjaya aktifkan fungsi duitnow QR untuk Bank Rakyat.
- Jadi Anda boleh membuat pembayaran atau penerimaan duitnow QR daripada Bank Rakyat.
Selain daripada itu, fungsi DuitNow QR juga membolehkan Anda untuk membuat pembayaran kepada rakan-rakan atau keluarga Anda cuma perlu minta kod QR mereka dan pindai menggunakan aplikasi Bank Rakyat.
Berikut adalah step cara transfer duit Bank Rakyat guna DuitNow.
Itulah cara-cara nak aktifkan fungsi DuitNow QR Bank Rakyat. Mudah je kan? Lagi satu kelebihan, bila Anda menggunakan DuitNow QR, Anda tak perlu la nak share nombor akaun bank Anda, jadi lebih selamat dan mudah.