Resit transaksi adalah bukti yang sah apabila Anda membuat transaksi pemindahan/transfer wang di mesin ATM atau melalui iRakyat.
Ternyata manfaat atau fungsinya sangat penting terutama ketika berurusan dengan penjual kedai online sebab Anda perlu memberikan bukti pemindahan/transfer untuk pembayaran. Namun, kadangkala pelanggan yang membuat pemindahan melalui mesin ATM atau iRakyat terlupa untuk mencetak resit transaksi ini.
Artikel kali ini kami buatkan khas kepada pengguna portal iRakyat.com.my dan kepada mereka yang terlupa nak print ataupun nak screenshoot gambar resit transaksi yang dilakukan melalui portal tersebut.
Cara Dapatkan Resit Transaksi Bank Rakyat
So kepada Anda yang nak dapatkan semula resit transaksi Bank Rakyat Anda, Anda boleh follow step di bawah ini.
- Pertama Anda login dulu akaun i-Rakyat Anda. Kemudian Anda masukkan Username, lepas tu klik Login.
- Semak fasa keselamatan, pastikan dia sememangnya milik Anda. Dan Anda masukkan Kata Laluan.
- Lepas tu Anda salin balik Security Word. Dan bila dah siap Anda klik Login.
- So ini adalah paparan utama dalam i-rakyat, dan untuk mendapatkan semula resit transaksi Bank Rakyat Anda. Anda perlu klik pada bahagian iRakyat History.
- Anda perlu pilih mengikut transaksi yang Anda nak. Sekiranya Anda nak resit transaksi yang berjaya, Anda perlu klik pada bahagian Successfull.
- Anda perlu pilih transaksi mana yang Anda nak tengok resit transaksinya. Contohnya bila nak tengok resit resit salah satu, Anda klik pada Reference Number.
- Bila Anda klik pada bahagian Reference Number, secara automatik dia akan keluar resit transaksi Anda. So inilah resit transaksi yang Anda nak tadi.
- Sekiranya Anda nak print resit ni, Anda klik dekat bahagian Print.
- Dan lepas tu inilah resit transaksi yang Anda nak print.
Sekiranya Anda sukar mendapatkan resit transaksi Bank Rakyat daripada mesin ATM, maka Anda boleh menggunakan perkhidmatan iRakyat untuk memudahkan Anda berurus niaga dan check sejarah transaksi Bank Rakyat. Boleh dikatakan melihat atau mencetak resit transaksi melalui portal iRakyat adalah sangat mudah dan pantas.
Soalan Lazim
Di bawah ini adalah pertanyaan yang sering pelanggan cari.
1. Kalau transaction history lebih dari 5 bulan tak boleh ye nak check?
Tak boleh, hanya transaksi selama 90 hari sahaja.
2. Untuk app iRakyat tak de pun nak buat resit to PDF?
Anda kena screenshot ye.
3. Kalau Bank rakyat memang tak de PDF untuk receipt ke? macam bank lain.
Ada je, biasanya bila Anda klik print resit dekat situ Anda boleh pilih nak print ataupun nak save sebagai PDF.