Tambah nilai atau topup kini boleh dilakukan dengan mudah dan cepat. Pengguna bukan sahaja boleh membeli kredit melalui kedai fizikal, kini mereka juga boleh menggunakan pelbagai platform digital, salah satunya adalah aplikasi iRakyat atau perbankan mudah alih iRakyat.
Aplikasi iRakyat menyediakan beberapa ciri yang memudahkan pengguna membuat transaksi tanpa tunai (non-cash), termasuk pembelian kredit.
Pekongsian kami untuk artikel kali ini adalah cara reload topup melalui aplikasi iRakyat, so kepada Anda yang telah pun mendaftar aplikasi iRakyat Anda bolehlah melakukan pembelian topup melalui aplikasi iRakyat.
Cara Reload Topup Melalui Aplikasi iRakyat
Untuk dapat menambah nilai kredit melalui aplikasi iRakyat, Anda perlu terlebih dahulu mempunyai aplikasi iRakyat pada telefon bimbit Anda. Aplikasi iRakyat boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store atau App Store.
Selepas membuat permohonan, Anda juga dikehendaki mengaktifkan akaun terlebih dahulu. Sekiranya Anda dah mempunyai akaun profil iRakyat, sila semak berikut ini cara nak reload topup melalui aplikasi iRakyat.
- Untuk permulaan, Anda perlu buka dulu aplikasi irakyat Anda. Kemudian dekat pilihan menu ni Anda perlu klik pada bahagian Prepaid Reload.
- Seterusnya dekat sini sila pastikan Username yang dipaparkan adalah Username Anda dan bila betul Anda perlu klik dekat bahagian Next.
- Dekat sini Anda perlu klik Next lagi sekali sekiranya Secure Phrase adalah betul. Dan Anda perlu masukkan Password untuk iRakyat Anda.
- Bila Anda dah siap masukkan Password untuk iRakyat, Anda perlu klik dekat bahagian Next.
- Dekat sini Anda perlu klik pada nombor akaun bank rakyat Anda, maksudnya Anda perlu klik pada nombor akaun yang Anda nak membuat pembelian. Disini ada dua akaun, dan kami akan pilih salah satu akaun untuk melakukan pembelian Topup.
- Dan dekat paparan seterusnya ni Anda perlu klik dekat Icon Tambah di bahagian New Prepaid Reload.
- Lepas tu dekat bahagian Mobile Number ni Anda perlu masukkan Nombor Telefon Anda ataupun Nombor Telefon orang yang Anda nak Reload.
- Lepas dah masukkan Nombor Telefon, seterusnya di bahagian Product Type ni Anda perlu pilih Mobile Reload.
- Dan Anda juga perlu pilih Service Provider serta juga jumlah yang Anda nak Reload. Lepas dah siap Anda perlu klik pada butang Proceed.
- Dan dekat sini Anda perlu semak Nombor Telefon untuk elakkan salah masukkan topup.
- Kalau nombor telefon yang Anda dah masukkan tu adalah betul, seterusnya Anda perlu klik dekat bahagian Confirm & Request TAC.
- Dan lepas tu Anda perlu klik dekat Request TAC.
- Nombor TAC ni akan Anda terima melalui SMS.
- Lepas tu Anda masukkan Nombor TAC tersebut, dan klik Proceed. Dan dekat sini dah pun keluar status Succesfull, maksudnya Anda dah berjaya Topup Reload Anda.
Sekiranya Anda nak kemaskini nombor telefon Bank Rakyat untuk keperluan TAC, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan dalam artikel cara tukar no telefon Bank Rakyat online.
Simple dan cepat sahaja kan cara dia, so kami rasa setakat itu sahaja perkongsian kami untuk artikel kali ini. Semoga dapat membantu Anda..