Cara Reset Password HLB Connect App Mobile Banking

Posted on

Apa yang perlu Anda buat kalau terlupa password untuk login ke HLB Connect App? Anda pernah tak alami situasi ni? Kalau pernah, jangan risau, kami akan ajar macam mana nak reset password tu.

Pertama, Anda kena siapkan maklumat yang sama dengan yang Anda guna masa daftar untuk HLB Connect tu. Contohnya, nombor telefon dan nombor kad pengenalan.

Pastikan Anda ada semua maklumat ni sebelum buat reset password. Lepas tu, Anda boleh guna langkah-langkah di bawah ni untuk reset password.

Reset Password Hong Leong Bank Online

Terlupa Password Hong Leong Connect App

Berikut langkah mudah untuk atasi masalah ni. So, mari Anda teruskan bacaan ni untuk tahu langkah-langkahnya.

  1. Pertama sekali, selepas Anda buka aplikasi HLB Connect Mobile Banking, pada laman log masuk ini, tekan pada Login with Password.
    Reset Password Hong Leong Bank Online
  2. Kemudian, untuk mula tukar kata laluan baru, tekan pada Forgot Password.
    Reset Password Hong Leong Bank Online
  3. Pada bahagian ini, isikan nombor kad pengenalan Anda pada ruangan ID number.
  4. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
    Reset Password Hong Leong Bank Online
  5. Seterusnya, isikan Nombor TAC yang diterima pada ruangan ini.
  6. Jika dah selesai tekan Next.
    Reset Password Hong Leong Bank Online
  7. Selepas itu, isikan pula nombor kad ATM dan PIN kad bank Anda pada ruangan yang disediakan.
  8. Sekiranya dah selesai, tekan Next.
    Reset Password Hong Leong Bank Online
  9. Selepas itu, baru Anda boleh tukar kata laluan dengan mengisikan Kata Laluan baru pada ruangan disediakan.
  10. Diingatkan, Kata Laluan ini mestilah mengikuti kriteria yang ditetapkan oleh Hong Leong Bank.
  11. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
    Reset Password Hong Leong Bank Online
  12. Akhir sekali, kata laluan baru Anda telah berjaya ditukar.
    Reset Password Hong Leong Bank Online
  13. Selepas ini, Anda boleh log guna kata laluan baru ini.

Sekarang Anda sudah berjaya reset password Hong Leong Bank Online Anda. Ingatlah untuk selalu jaga kerahsiaan password dan jangan kongsikan dengan sesiapa.

Senang je kan? Tapi kalau Anda masih tak boleh login, ada dua kemungkinan yang boleh jadi:

1. Anda dah masukkan username atau password yang salah.

Pastikan Anda betul-betul taip username dan password yang betul. Jangan lupa, password tu sensitif dengan huruf besar dan kecil.

Kalau password Anda ada huruf besar, pastikan taip huruf besar tu betul-betul.

2. Akaun Connect Anda dah lama tak guna.

Kalau dah lebih daripada 12 bulan Anda tak login, akaun Connect Anda boleh jadi dormant. Bila dah jadi dormant, Anda tak boleh login dah.

Jangan risau, Anda still boleh reset password macam biasa tu. Lepas dah reset password, Anda boleh guna HLB Connect App macam biasa.

Jadi, kalau Anda dah terlupa password untuk login ke HLB Connect App, jangan risau. Ikut langkah-langkah yang kami ajar tadi untuk reset password.

Pastikan Anda ada semua maklumat yang sama dengan masa daftar dulu. Jangan lupa juga, kalau tak boleh login, pastikan Anda taip username dan password yang betul.

Kalau dah lebih daripada 12 bulan tak login, reset password je macam biasa, dan Anda dah boleh guna HLB Connect App balik.

Still tak berjaya log masuk HLB Connect App? Sila hubungi customer service Hong Leong Bank ye.

Soalan Lazim

Berikut beberapa soalan lazim yang mungkin membantu Anda untuk tukar kata laluan Hong Leong Connect App.

1. Apa yang perlu saya lakukan jika tidak menerima kod pengesahan untuk reset password?

Jika Anda tidak menerima kod pengesahan untuk reset password, pastikan nombor telefon yang didaftarkan adalah betul dan aktif.

Jika masih tidak menerima kod pengesahan, sila hubungi Hong Leong Bank Customer Care untuk mendapatkan bantuan lanjut.

2. Adakah saya boleh reset password Hong Leong Bank online melalui cawangan bank?

Boleh je, Anda minta bantuan staff bank ye.

3. Berapa lama tempoh sah kod pengesahan untuk reset password Hong Leong Bank Online?

Tempoh sah kod pengesahan untuk reset password Hong Leong Bank Online adalah 1 minit sahaja. Jika tempoh sah kod pengesahan tamat, Anda perlu memohon kod pengesahan yang baru.

4. Bolehkah saya menggunakan password yang sama seperti yang digunakan sebelum ini?

Boleh. Untuk mengelakkan penipuan dan keselamatan akaun Anda, sila gunakan password yang baru dan unik setiap kali Anda reset password Hong Leong Connect Anda.