Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect Online

Posted on

Anda pernah tak bayangkan hidup Anda tanpa elektrik? Kalau takde elektrik, takde lampu, takde kipas, takde aircond, takde televisyen, takde handphone dan banyak lagi perkara yang Anda guna setiap hari.

So, untuk memastikan hidup kita sentiasa dihiasi dengan kemudahan elektrik, ada satu syarikat yang berperanan penting dalam menjayakan perkara ni – Tenaga Nasional Berhad (TNB).

TNB ni adalah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia. Mereka menyediakan bekalan elektrik kepada lebih daripada 9 juta pelanggan di seluruh negara.

Mereka sentiasa cuba memperbaiki sistem bekalan elektrik mereka untuk memastikan bekalan elektrik sentiasa stabil dan tanpa gangguan. Selain tu, mereka juga mempunyai pelbagai program dan inisiatif untuk membantu pelanggan mereka mengurangkan kos bil elektrik.

Anda mesti teringin nak tahu, macam mana TNB ni kira bil elektrik kita kan? Jangan risau, TNB ni punya sistem kiraan bil elektrik yang sangat telus dan mudah difahami.

Mereka menggunakan meter elektrik untuk mengukur penggunaan elektrik kita setiap bulan. Bil elektrik kita kemudian dikira berdasarkan bilangan unit yang digunakan dan kadar harga yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect

Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect

Jika Anda merupakan pelanggan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga mempunyai akaun di Hong Leong Bank, Anda boleh membayar bil elektrik Anda dengan mudah menggunakan aplikasi HLB Connect.

HLB Connect adalah aplikasi perbankan mudah alih yang membolehkan Anda mengakses akaun bank Anda dan melakukan transaksi kewangan secara mudah dan selamat. Di bawah ini, kami kongsikan cara untuk membayar bil elektrik TNB menggunakan aplikasi HLB Connect:

  1. Pertama sekali, selepas anda log masuk ke aplikasi ini (Aplikasi HLB Connect), pada laman utama ini, tekan pada Menu.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via App
  2. Pada bahagian menu ini, tekan pada Pay Bill.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via App
  3. Pada bahagian Pay Bill, ini untuk mula membayar bil, tekan pada New Bill.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via Application
  4. Seterusnya, anda perlu buat carian dengan menaip Tenaga Nasional Berhad dan tekan pada hasil carian tersebut.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via Application
  5. Pada laman ini, anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran bil tersebut seperti Ref-1 dan Ref-2 sekiranya ada.
  6. Untuk Ref-1, ia merupakan nombor akaun TNB anda.
  7. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via Application
  8. Untuk Nombor 2, pilih jenis akaun untuk bayaran bil ini.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via Online Application
  9. Selepas itu, isikan pula jumlah bayaran bil TNB anda pada ruangan yang disediakan.
  10. Jika sudah selesai, tekan Done.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via Application
  11. Pada bahagian ini, anda boleh memilih tarikh bayaran bil dan mod bayaran bil ini.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via Online Application
  12. Sekiranya sudah selesai, tekan Next dan sekali lagi tekan Next.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via Applications Online
  13. Pastikan maklumat yang dipaparkan ini adalah betul seperti nombor akaun TNB dan jumlah bayaran dengan menekan pada Ready to Pay.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via Applications Online
  14. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran bil TNB ini.
  15. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Receipt.
  16. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Done.
    Cara Bayar Bil TNB Guna Aplikasi HLB Connect via Applications Online

Itulah langkah-langkah mudah untuk membayar bil elektrik TNB menggunakan aplikasi HLB Connect. Proses pembayaran ini tidak hanya mudah dan pantas, tetapi juga selamat dan boleh dilakukan dari mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

TNB juga menyediakan pembayaran bil melalui bank lain macam Maybank, CIMB dan banyak lagi. Sekiranya Anda ingin bayar bil TNB guna Maybank, Anda boleh cuba cara bayar bil TNB guna MAE Maybank2u.

Jadi, jangan tunggu lagi, muat turun aplikasi HLB Connect sekarang dan nikmati kemudahan pembayaran bil anda secara atas talian.