Cara Bayar Bil Indah Water IWK Melalui BSN Online

Posted on

Dalam era yang semakin canggih seperti hari ini, hampir semua pembayaran boleh dibuat secara online. Jadi Anda tidak perlu bersusah payah keluar rumah sebab hanya melalui hujung jari sahaja Anda dah boleh membuat pembayaran ataupun transfer wang.

Sekiranya Anda adalah pelanggan dari Indah Water Konsortium (IWK), Anda dah pun boleh membuat pembayaran secara online melalui MyBSN.

Di bawah ini kami kongsikan step cara bayar bil IWK melalui BSN online ataupun MyBSN.

Cara Bayar Bil Indah Water Melalui BSN Online

Cara Bayar Bil Indah Water Melalui BSN Online

Untuk tutorial kali ini kami akan kongsikan bagaimana cara bayar Indah Water melalui lama web myBSN, jom kita tengok.

Syarat Pembayaran Bil IWK melalui MyBSN

Walaupun tidak banyak, terdapat beberapa terma dan syarat yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembayaran melalui MyBSN. Berikut adalah syarat-syaratnya.

  • Sudah Mendaftar MyBSN.
  • Merupakan pelanggan IWK.
  • Buat pembayaran sebelum tarikh akhir.

Cara Bayar Bil IWK Melalui MyBSN

Sekiranya Anda sudah mempunyai akaun MyBSN, sila ikuti step di bawah ini.

  1. Langkah pertama Anda buka google, Anda taip myBSN lalu tekan Enter. Pastikan lama webnya www.myBSN.com.my kemudian Anda klik pada MyBSN.
    Cara Bayar Bil Indah Water via BSN Online
  2. Jadi langkah pertama Anda perlu Login terlebih dahulu. Masukkan Username, lalu tekan Login.
    Cara Bayar Bil Indah Water via BSN Online Banking
  3. Pastikan Security Image adalah betul. Kemudian Anda klik Yes.
    Cara Bayar Bil Indah Water Melalui BSN Online Banking
  4. Seterusnya Anda masukkan Password dan klik Login.
    Cara Bayar Bil Indah Water guna BSN Online Banking
  5. Untuk membayar bil Indah Water, Anda klik pada Payment.
  6. Lalu Payee Category Anda pilih Utilities.
  7. Kemudian untuk Payment Name, Anda pilih Indah Water Konsoritium (IWK). Kemudian Anda klik Submit.
    Cara Bayar Bil Indah Water Melalui BSN Online Portal
  8. Lalu Anda akan masuk kebahagian Make a Payment.
  9. Dibahagian ni dia ada tiga langkah yang Anda perlu buat.
  10. Langkah pertama Anda perlu enter Payment Info, pastikan payee name adalah betul iaitu Indah Water Konsoritium (IWK).
  11. From account Anda boleh pilih daripada akaun Anda.
  12. Payment to Anda boleh pilih sama ada MyFavourite ataupun New Biller.
  13. Untuk pembayaran kali pertama Anda perlu kilk pada New Biller.
  14. Seterusnya Anda perlu masukkan Bill Account Number iaitu nombor Akaun Indah Water.
  15. Anda boleh klik View Sample untuk melihat contoh bill.
  16. Seterusnya Anda masukkan Amount yang Anda nak bayar. Lepas tu Anda klik Submit.
    Cara Bayar Bil Indah Water Melalui BSN Online Portal
  17. Untuk langkah kedua Anda boleh semak untuk pengesahan.
  18. Pastikan nombor Indah Water ni adalah betul dan juga amount yang dah Anda bayar juga adalah betul. Seterusnya Anda klik pada Request TAC.
  19. Kemudian Anda akan terima Nombor TAC melalui SMS. Bila dah terima, Anda masukkan Nombor TAC tersebut. Lepas tu Anda klik butang Submit.
    Cara Bayar Bil Indah Water Melalui BSN Online Portal
  20. Disini transaction status dia keluar successful maksudnya Anda dah berjaya membuat pembayaran. Untuk mendapatkan resit, Anda boleh klik pada Get Receipt.
    Cara Bayar Bil Indah Water Melalui BSN Online Portal
  21. Jadi Anda boleh Print bila Anda nak Print, ataupun Anda boleh Screenshot dan Simpan.
  22. Lalu Anda boleh klik Register This Bill untuk simpan dia sebagai Favourite.

Bagi Anda yang ingin buat pembayaran lain seperti bil Unifi, Anda boleh ikuti step cara bayar bil Unifi melalui MyBSN. Setakat itu sahaja perkongsian kami kali ini, semoga ianya bermanfaat.