Cara Print Mini Statement Bank BSN di Mesin ATM

Posted on

Bank statement/penyata bank merupakan salah satu dokumen yang diperlukan dalam perniagaan kerana ia dapat memberikan maklumat yang diperlukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam urus niaga seperti pembeli, penjual, pemilik perniagaan, dan bank. Penyata bank boleh dipercayai untuk tujuan pengesahan kewangan seseorang atau syarikat.

Bank statement juga merupakan salah satu dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan loan, seperti pinjaman perumahan atau kereta. Ia memainkan peranan penting dalam menilai keupayaan seseorang atau syarikat untuk membayar balik pinjaman yang diluluskan.

Untuk perkongsian kami kali ini kami akan beritahu cara untuk print penyata akaun BSN melalui mesin ATM BSN.

Cara Print Penyata Bank BSN di ATM

Cara Print Penyata Bank BSN di ATM

So sekiranya Anda nak dapatkan penyata BSN Anda tapi Anda malas nak ke kaunter ataupun Anda tidak mempunyai akaun myBSN, Anda bolehlah mendapatkan penyata Anda melalui mesin ATM. Jadi, jom kami tunjukkan bagaimana step dia.

  1. Oke untuk step yang pertama Anda perlulah menghadirkan diri Anda ke mesin ATM BSN yang berhampiran.
  2. Lepas tu Anda masukkan kad BSN Anda pada bahagian yang disediakan.
  3. Tunggu sebentar, kemudian kad Anda akan diproses oleh mesin ATM.
  4. Seterusnya Anda nak pilih bahasa yang Anda nak gunakan.
  5. Kami akan gunakan bahasa melayu, so kami klik pada bahagian Bahasa Malaysia.
    Cara Print Penyata Bank BSN via ATM
  6. Lepas tu Anda masukkan 6 digit kad pin ATM Anda.
    Cara Print Penyata Bank BSN via ATMs
  7. Seterusnya Anda pilih YA.
    Cara Print Penyata Bank BSN via mesin ATM
  8. Dan dekat sini Anda perlu pilih pertukaran PIN/Urusan Lain.
    Cara Print Penyata Bank BSN via mesin ATMs
  9. Seterusnya Anda pilih pula Penyata Mini.
    Cara Print Penyata Bank BSN via ATM Machine
  10. Dan dekat sini dia dah nyatakan bahwasannya penyata mini Anda akan dikenakan caj sebanyak RM0.50
  11. Kalo Anda nak, Anda pilih YA.
    Cara Print Penyata Bank BSN via ATMs Machine
  12. Lepas tu Anda klik Tidak.
    Cara Print Penyata Bank BSN guna ATM
  13. Seterusnya penyata mini Anda akan dicetak dan Anda bolehlah mengambil kad ATM Anda bersama dengan penyata mini BSN Anda.
  14. So Anda dahpun selesai, step dia sangat simple dan mudah.

Kami rasa itu sahaja untuk perkongsian kali ini. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat pada Anda dan juga keluarga Anda yang lain.

Soalan Lazim

Berikut ni adalah beberapa senarai soalan lazim yang mungkin boleh bantu Anda.

1. Kalau boleh tahu ada apa dalam penyata mini ni?

Ada nombor akaun dan sejarah transaksi ye.

2. Kalau pakai statement ni untuk beli kereta secondhand boleh ke?

Seeloknya Anda kena dapatkan penyata rasmi dekat kaunter ye.

3. Dekat penyata mini tu ada tak maklumat detail contohnya penama yg bank in duit ke akaun kita?

Tak de ye, Anda kena semak melalui kaunter ye.

4. Adakah bank statement BSN boleh dicetak melalui internet banking MyBSN?

Ya, bank statement BSN boleh dicetak melalui internet banking dengan mengikuti langkah-langkah yang disediakan di dalam laman web internet banking BSN.

Anda perlu memasukkan maklumat login Anda dan mengikuti arahan yang diberikan untuk mencetak bank statement Anda. Pastikan Anda mempunyai perisian yang diperlukan (seperti Adobe Reader) untuk membuka dan mencetak penyata bank.

Sila iktui step cara dapatkan penyata bank BSN melalui MyBSN ni.

5. Adakah bank statement BSN hanya boleh dicetak untuk akaun simpanan sahaja?

Bank statement BSN boleh dicetak untuk pelbagai jenis akaun yang diuruskan oleh BSN, termasuk akaun simpanan, akaun kad kredit, dan akaun pelaburan.

6. Apakah yang harus dilakukan jika terdapat kesalahan atau kekeliruan dalam bank statement BSN yang dicetak?

Sekiranya Anda menemui kesalahan atau kekeliruan dalam bank statement BSN yang dicetak, Anda boleh menghubungi pusat sokongan pelanggan BSN atau mengunjungi cawangan bank terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Pastikan Anda membawa salinan bank statement yang bermasalah dan memberitahu mereka tentang kesalahan yang Anda nyatakan. BSN akan membantu Anda menyelesaikan masalah tersebut dan memberikan statement yang betul kepada Anda.