Penyata bank boleh dikategorikan sebagai item penting. Kenapa? Sebab penyata bank boleh menjadi bukti pembayaran yang sah dan valid untuk aktiviti transaksi.
Terdapat beberapa jenis transaksi yang memerlukan penyata bank, contohnya ketika kita membeli barang secara online, membuat bayaran dan melihat sejarah transaksi.
Sekiranya Anda perlu cetak penyata mini BSN di ATM untuk suatu keperluan, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan dalam artikel ini.
Cara Print Penyata Mini BSN di ATM
Hari ini kami akan kongsikan cara untuk dapatkan penyata mini BSN ataupun penyata yang kecil dalam resit tu, Anda boleh print melalui ATM BSN yang berdekatan dengan Anda.
- Pertama Anda kena pergi kemana-mana ATM, jan lupa bawa kad bank BSN/kad debit.
- So Anda pilih bahasa yang Anda nak.
- Kemudian Anda masukkan Nombor PIN Anda.
- Setelah tu dia akan keluar menu utama, Anda tengok sebelah bawah sekali Anda penukaran Pin/Urusan Lain, dan Anda tekan dekat tu.
- Lepas tu Anda akan berubah ke skrin yang kedua sebelah kanan bahagian atas akan tertera sebelah situ Penyata Mini.
- Dan penyata bank Anda akan dicetak. So Anda tunggulah penyata mini tu keluar.
- Mesin ATM akan keluarkan kertas penyata mini resit masuk dan keluar duit Anda dalam akaun BSN Anda.
Sekiranya Anda ingin dapatkan penyata bank BSN melalui online, Anda boleh follow ni cara dapatkan penyata bank BSN guna MyBSN.
Cara mencetak penyata bank di atas sangat berguna untuk Anda yang sering membuat pemindahan kepada orang lain atau antara bank dan juga boleh digunakan untuk syarat memohon pinjaman peribadi.
Biasanya penyata bank akan digunakan sebagai bukti pembayaran atau untuk laporan transaksi kewangan. Apabila Anda kehilangan penyata bank, Anda boleh mencetaknya semula dengan mengikuti panduan yang kami kongsikan.
So setakat itu perkongsian kami mengenai cara print penyata mini BSN di ATM, kami harap tutorial ini dapat membantu Anda.
Soalan Lazim
Di bawah ini adalah beberapa soalan dan jawapan yang mungkin boleh membantu Anda.
1. CR Dan DR dalam penyata bank tu apa maksudnya?
Itu adalah credit dan debit, duit masuk dan keluar.
2. Kalau buat statement kat mesin ATM ada nama dengan nombor akaun tak kertas tu?
Takde, yang tu Anda boleh dapat dekat kaunter ataupun melalui mybsn ye.
3. Nombor telefon yang terkini ada tertera tak dalam penyata mini tu?
Tiada, hanya ada no akaun sahaja.
4. Macam mana nak mohon penyata 3 bulan?
Rasanya elok Anda ke kaunter ye.