Cara Bayar Pinjaman PTPTN Online BSN MyBSN

Posted on

Sebagai peraturan, pinjaman PTPTN hanya boleh dibuat oleh pelajar Malaysia yang mendaftar ke institusi pendidikan tinggi di negara ini. Pelajar harus memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh PTPTN.

Pelajar juga perlu memenuhi syarat-syarat akademik yang ditetapkan oleh institusi pendidikan tinggi yang ingin pelajar masuki. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk membuat pinjaman PTPTN, Anda boleh menghubungi PTPTN atau institusi pendidikan tinggi yang ingin Anda masuki.

Sekiranya Anda dah membuat pinjaman PTPTN dan ingin membuat pembayaran PTPTN menggunakan MyBSN, Anda boleh ikuti step yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui BSN

Pinjaman PTPTN Melalui BSN

Hari ini kami nak kongsikan cara bayar pinjamna PTPTN dengan menggunakan myBSN, Jadi kepada Anda yang nak membuat pembayaran PTPTN menggunakan myBSN tapi Anda tak tahu bagaimana cara-caranya, Anda boleh follow je step yang kami tunjukkan dala artikel ni.

Apakah PTPTN

PTPTN adalah singkatan dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Ini adalah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab untuk menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar Malaysia yang mahu melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi di Malaysia.

PTPTN bertujuan untuk membantu pelajar Malaysia memperoleh pendidikan tinggi yang berkualiti dan membantu mereka menyelesaikan hutang pinjaman mereka selepas lulus dari institusi pendidikan tinggi.

Semakan Pinjaman PTPTN Online

Sila ikuti langkah berikut untuk membuat pembayaran PTPN melalui MyBSN.

  1. Untuk pembayaran PTPTN melalui myBSN, Anda perlulah mempunyai nombor pinjaman PTPTN, Anda masih ingat lagi kah nombor pinjaman PTPTN Anda?
  2. So bagi mereka yang ingat tapi nakkan kepastian ataupun bagi mereka yang tak ingat langsung nombor pinjaman PTPTN Anda.
  3. Apa yang perlu Anda buat adalah Anda perlu membuat semakan penyata pinjaman PTPTN.
  4. Kemudian dekat sini Anda masukkan nombor kad pengenalan Anda, klik icon search.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui BSN via PTPTN Portal
  5. Lepas tu Anda klik Semak.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui BSN via PTPTN Portal Website
  6. Dekat sini Anda perlu login akaun PTPTN Anda, yang mana Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan masukkan juga kata laluan. Lepas dah siap, Anda klik log masuk.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui BSN via PTPTN Website
  7. Dipaparan utama PTPTN ni Anda perlu klik pada penyata baki, lepas tu Anda tunggu sekejap.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui BSN via PTPTN Online
  8. Dekat sini dia akan paparkan semua butiran maklumat pinjaman Anda. Anda skroll je sampai Anda jumpa bahagian semakan nombor pinjaman. So Anda klik semakan nombor pinjaman.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui BSN via PTPTN Online Portal
  9. Nanti dia automatik keluar paparan macam ni, dan inilah nombor pinjaman PTPTN Anda.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui BSN via PTPTN Online Website
  10. Untuk step yang pertama Anda dah setel iaitu tahun nombor pinjaman Anda.

Cara Bayar Pinjaman PTPTN Guna MyBSN

  1. Untuk step yang kedua pula, Anda perlu buat bayaran menggunakan myBSN.
  2. So apa yang Anda perlu buat adalah Anda perlu login akaun myBSN Anda.
  3. Masukkan username, lepas tu masukkan password lalu klik login.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN via MyBSN
  4. Untuk Anda membuat pembayaran PTPTN menggunakan myBSN ni pada paparan utama ni Anda perlu klik pada bahagian payment. Lepas tu Anda perlu klik pada education loan.
  5. Next Anda perlu pilih payee name, Anda klik je pada PTPTN-bayaran balik pinjaman. Dan seterusnya Anda klik Submit.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN via MyBSN Portal
  6. Untuk from account ni Anda klik pada akaun BSN Anda.
  7. Lepas tu dibahagian payment to ni pula Anda pilih pada new biller.
  8. Kemudian Anda masukkan nombor kad pengenalan Anda.
  9. Dan bila Anda dah siap, Anda perlu masukkan nombor pinajaman PTPTN Anda.
  10. Lepas tu Anda masukkan pula jumlah yang Anda nak bayar. Bila dah siap Anda klik Submit.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN via MyBSN Website
  11. Dekat sini Anda perlu membuat pengesahan butiran maklumat yang dipaparkan, Anda sahkan lagi sekali pastikan semuanya okey dan betul.
  12. Lalu Anda klik request TAC, dan nombor TAC akan dihantar ke SMS Anda. Cek SMS dan masukkan nombor TAC, lepas tu Anda klik butang Submit.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN via MyBSN Portal Online
  13. So Anda dah pun berjaya membuat pembayaran PTPTN dan sila pastikan status transaksi Anda adalah berjaya ataupun successful.
    Cara Bayar Pinjaman PTPTN via MyBSN Online

Anda juga boleh membuat pembayaran bil elektrik melalui BSN, sila ikuti step cara bayar bil elektrik guna MyBSN.

Untuk maklumat Anda semua, proses pembayaran ini mengambil masa 1 hingga 3 hari bekerja. Jadi kalau Anda membuat pembayaran harian ni mungkin Anda boleh cek pada bahagian penyata baki terperinci Anda, pada 3 hari kemudian, Anda boleh tengok dekat situ atau Anda dia nyatakan penyataan yang Anda buat dalam hari ini.