Unifi baru-baru ini mendapat permintaan yang tinggi oleh pengguna internet di Malaysia, kerana kualitinya yang sangat baik. Bukan sahaja kelajuan internet yang luar biasa, perkhidmatan penyedia internet ini juga telah mula meliputi banyak kawasan di Malaysia.
Mempunyai internet dengan kelajuan yang sangat baik, tidak jarang ada pelanggan yang terlupa bayar bil Unifi sehingga sambungan internet terputus secara tiba-tiba.
Sebelum rangkaian internet di rumah Anda kena block atau terputus, lebih baik Anda bayar bil Unifi Anda segera.
Cara Bayar Bil Unifi Melalui BSN Online
Kami akan kongsikan bagaimana caranya Anda bayar bil Unifi melalui laman web myBSN, jadi jom kita tengok.
- Langkah pertama Anda buka google, lalu Anda search MyBSN.
- Kemudian Anda buka laman web https://www.mybsn.com.my
- Ini adalah paparan utama laman web MyBSN.
- Jadi seperti biasa Anda perlu Login terlebih dahulu.
- Untuk membayar bil Unifi, Anda klik pada Payment.
- Seterusnya Anda klik pada Jompay.
- Setalah Anda masuk kepaparan jompay, pada bahagian From Account Anda pilih Akaun Bank Anda.
- Payment to untuk kali pertama Anda pilih New Biller.
- Seterusnya Anda masukkan biller code, biller code boleh Anda rujuk dalam bil Unifi.
- Contoh biller code untuk Unifi ialah 8888.
- Seterusnya Anda masukkan Ref-1, Ref-1 Anda boleh rujuk dalam bil Unifi.
- Untuk Ref-2 Anda boleh masukkan Nombor Telefon Anda.
- Seterusnya Anda masukkan Amount Unifi yang Anda nak bayar.
- Lalu Anda klik pada kotak kecil Terma dan Syarat.
- Kemudian Anda klik Submit.
- Seterusnya Anda masuk ke langkah yang kedua iaitu Payment Confirmation.
- Anda semak kembali semua butiran yang telah Anda masukkan tadi, bila dah betul, seterusnya Anda klik pada Request TAC.
- Lalu Anda klik Confirm.
- Kemudian Anda akan terima Nombor TAC melalui SMS.
- Lalu Anda masukkan Nombor TAC yang Anda terima melalui SMS.
- Kemudian Anda tekan Submit.
- Anda telah pun berjaya membuat pembayaran bil untuk Unifi.
- Untuk save bil Unifi ni Anda boleh klik pada Register This Bill.
- Biller Prefered Name ni Anda boleh letakkan bil Unifi.
- Lalu Anda masukkan Ref-1 dan Ref-2 tadi.
- Kemudian Anda klik pada Add Bill.
- Seterusnya Anda tekan Submit.
- Kemudian Anda perlu Request TAC sekali lagi.
- Bila Anda dah masukkan nombor TAC, lalu Anda klik Confirm.
- Anda telah berjaya Save Bil Unifi.
- Untuk membuat pembayaran pada bulan yang akan datang, Anda perlu klik pada Payments.
- Lalu Anda klik pada Jompay.
- Kemudian Anda pilih From Account.
- Dan di bahagian Favourite dia akan ada bil Unifi yang Anda dah Save tadi.
- Kemudian dia automatik akan keluar detail bil Unifi.
- Lalu Anda bayar seperti biasa, cara ni memudahkan Anda untuk membuat bayaran di masa yang akan datang.
BSN turut menyediakan resit transfer BSN, dalam resit transfer tersebut dipaparkan tarikh transaksi, nombor rujukan, sumber dana, jenis transaksi, nama pelanggan, nombor pelanggan dan jumlah pembayaran.
Itulah beberapa penjelasan mengenai cara membayar Unifi melalui BSN yang sangat mudah. Hanya dengan menggunakan telefon bimbit atau komputer Anda boleh membayar bil Unifi tepat pada waktunya.